Saturday, January 1, 2011

Sejarah Kerja Aku

1st Job - Southern Wire Shah Alam : 1994

Ni lah kerja pertama aku iaitu pada tahun 1994. Masa ni baru aje lepas grad dari UKM. Jawatannya Production Engineer. Kilang besi lah katakan. Perangai orang kat dalam kilang ni pun macam besi. Sikit-sikit nak marah. 

Punyalah jauh aku berulang alik dari Cheras ke Shah Alam. Hari hari naik motor ikut Lebuhraya Persekutuan. Kadang tu bila kena hujan, rasa macam nak nangis aku dibuatnya. Itu belum kira bila tayar motor bocor. Nangis terus...

Semua tu aku tak kisah. Yang aku betul betul tak tahan bila waktu kerja tapi takde kerja nak dibuat. Zaman tu mana ada internet, lagilah aku tak tahu nak buat apa apa. Mengantuk aje hari hari. Nak tidur, kena tangkap kang kena buang kerja la pulak. 

Boss semuanya cina sepet yang perangai macam lahabau. Hari hari aku berdoa supaya dapat kerja lain. Tapi tak dapat dapat jugak, maklumlah masa tu aku tak de pengalaman sapa nak amik kerja.
 
Apapun hasil dari kerja nilah aku mampu beli kereta pertama aku Proton Saga putih WBJ yang aku beli dengan duit bonus. Harga beli RM20,000 tu. Mahal betul kereta 2nd hand masa tu. 

Seronok abis aku ada kereta walaupun belum ada lesen. Sekali tu aku pernah bawa mak ayah dan adik adik balik raya di Perak dengan takde lesen dari KL. Dua tahun jugaklah aku kerja kat Southern Wire nih sehingga aku dapat offer di PSC Naval Dockyard pada 1996.

2nd Job - PSC Naval Dockyard : 1996

Aku sebelum nih tak tahu pun yang kat Lumut ada peluang kerja. Satu pagi Ahad tu aku terbaca iklan besar kat Mingguan Malaysia pasal temuduga terbuka kat hotel di KL ada pengambilan untuk projek PV. 

Terus aku pergi temuduga tu. Punyalah lama nak tunggu giliran, dari pukul 10.00 pagi, sampai 7.30 mlm baru interview, bayangkanla. Orang yang interview aku En Khalid. Seronok aku bila dapat tau berjaya dapat kerja tu Sebagai Planning Engineer. 

Terus pindah ke Sitiawan kat Taman Acheh Jaya, menyewa rumah di sana. Seronok jugak kerja PSC ni, sebab tulah aku boleh kerja lama di sini. 

Masa aku kerja di PSC ni lah aku telah berkahwin dengan SayangKu (Cik Puan Nora) pada 1997, hasil menghimpun duit bonus + gaji...hahahaa. Masa ni jugak beli rumah dan macam macam lagi,

Masa kerja sini jugaklah aku kena hantar je Germany pada 2001 selama 6 bulan. Lepas balik itulah aku dapat kumpul duit sikit dan merasalah pulak beli kereta baru yang pertama dalam hidup aku.

Aku sebenarnya suka kerja PSC nih, tapi nampaknya masa untuk mencari rezeki di lubuk baru sudah tiba. Puncanya kawan aku Azri yang baik hati tu bagitau nak pakai planner kat Sime Darby, apa lagi aku pun terus apply. 

Akhirnya pada March 2006 akupun melangkahkan kaki keluar dari company yang penuh dengan kenangan ini. 

PSC Naval Dockyard

3rd Job - Sime Darby, Pasir Gudang : 2006

Aku join company nih pada April 2006. Habis kami sekeluarga pindah ke Pasir Gudang. Masa interview, tinggal kat Hotel Selesa sampai 3 hari. Masa cari rumah pulak, tinggal kat motel di Masai aje.....nak jimat belanja. Kat sana menyewa rumah "Sidi". Rumah teres corner lot dua tingkat. Mahal jugak sewa kat situ, sampai RM700 sebulan.

Masa kat sinilah aku belajar kerja bidang Oil & Gas ni. Belajar guna p3 sampai boleh dianggap sebagai seorang planner. Seronok jugak kehidupan di Pasir Gudang nih. 

Aku ingat lagi masa hari raya haji kat Pasir Gudang, ke sana ke mari cari lemang  tak jumpa jumpa, mana boleh kari dengan rendang dah buat...gigih mencari akhirnya dapat juga. Dan peristiwa terlepas sembahyang raya. Beria-ria bersiap empat beranak bila sampai masjid rupanya depa dah abis solat, terkilan betul.

Tempat tempat macam tasik, Muzium Layang Layang, Danga Bay, Kipp Mart, Todays, Tanjung Langsat (Tayung lazat kata Haikal) semua tu dalam kenangan. 

  Sime Darby

4th Job - Kencana HL Sdn Bhd

Tamat contract di Sime Darby, aku apply MMHE dan Kencana HL. Macam sebelum ni aku dapat dua offer sekali gus( Dulu MMHE  dan Sime Darby - aku pilih Sime Darby). Kali ini pun dapat dua jugak, dan aku pilih Kencana HL dengan tujuan nak balik duduk Perak semula.

Kerja tempat cina bukit ni aku mampu bertahan dua tahun lebih. Maklumlah kalau dah cina bukit tu memang la kedekut gila. Kantin pun takde. Dah la bos si "Bobo" tu angin semacam. Sikit sikit nak mengamuk, macam kerja dalam zoo kadang kadang aku rasa.

Apapun company nih banyak berjasa sebab banyak betul knowledge pasal bidang planning ni aku pelajari disini. Cuma bila Bobo semakin menyakitkan hati, akupun mula mengaktifkan semula resume aku. Dan aku mula berpindah lagi...
 
 Kencana HL

5th Job - Carigali PTTEPI Operating Company : 2009-2010

Kali ni aku ke anak syarikat Petronas : Carigali PTTEPI Operating Company di KLCC. Maka berpindahlah kami sekeluarga ke Kuala Lumpur. Menyewa rumah kecik yang mahal di Taman Setapak Indah. 

Kerja ni agak seronok, cuma yang kurangnya tak boleh nak berkereta ke Menara KLCC tu maklumlah KL, tambah-tambah area Setapak dan Wanga Maju tu dunia traffic jam. Hari-hari kena naik LRT. Selalunya kena berdirilah. Masa balik pulak selalu aje kena berdiri dan cium macam-macam bau masam dalam LRT  hahahhahaa. Kadang-kadang aku nak tergelak pun ada bila ada seorang dua yang dok bangga sangat tinggal KL, macam ni punya kualiti hidup kau nak bangga??? hahhahaha

Macamanapun memang baguslah kerja kat sini dan merasa pengalaman kerja offshore yang idaman ramai katanye (offshore tu sekali sekala aje, kebanyakan kat opis). Setahun jugak aku kerja kat sini sebelum mendapat offer lagi untuk bekerja di Lumut. Tawaran menarik yang sukar dilepaskan, apa lagi berpeluang balik semula dan tinggal di Manjung, rumah sendiri pulak tu, tak perlu menyewa.


6th Job - BNS

Aku rasa BNS ni bakal jadi tempat kerja terakhir aku sampai pencen. Tak kuat lagi nak berpindah- randah. Baru sebulan aku join, ada call dari Shell nak offer join depa, aku kata sudah-sudahlah tu. Terasa aku dah semakin berusia dan  perlu settle down. Lagipun BNS ni memang best environmentnya. Mula-mula masuk sabtu kena kerja, tak lama kemudian kerja 5 hari saja.Memang terbaiklah.