Tuesday, May 4, 2010

Kunjungan Ibu, beradik dan Lawatan HKL

Tahap pembacaan yang tinggi



Layan diri

Makan malam tu mee bandung dan kueteow

Jumaat lepas emak datang ke KL sebab nak melawat Pak Lang Tapa yang sedang sakit di hospital Kuala Lumpur. Keluarga Abang Chaq, Aziz dan anak-anak Hadi pun ada sekali. Entah bila laa Abang Chaq nak menang Chess, asyik kalah aje....hehhehehee. Petang jumaat kami pegi makan kat kedai dekat LRT Taman Melati sempena Aziz belanja makan sebab dia dah kerja dan sudah kaya sekarang ni.

Esoknya kami melawat Paklang Tapa di wad 19 HKL. Sebab hari sabtu, semua orang boleh masuk dengan bebas termasuk kanak-kanak. Baru aku tau HKL ni jauh kurang selesa berbanding HUKM yang emak masuk tempohari. Katil rapat-rapat dan panas sebab ada kipas sahaja. Masa kami sampai Kak Za (member lama maklang) pun ada sekali dan dia masih kenal dan ingat lagi muka aku ni walaupun dekat berbelas tahun.

Paling kecoh ada sorang cina kat sebelah katil Pak Lang Tapa yang pada agakan aku otak dia "short circuit" sikit sebab tak berhenti-henti bercakap dan merungut, kuat pulak tu. "Doktor Badrul, you want to help your Boss, you mau kasi rugi restoran ke" macam-macam lagi dialog merapu cina ni yang aku syak tauke restoran. Perkataan 'doktor badhol' tu kadang-kadang kami dok ulang cakap sebab cara dia sebut tu memang kelakar. Nabila pulak terpandang cina ni sekejap, apa lagi lepas tu kena leter la macam-macam dek sepet tu sampai takut dia. Tak lama kemudian Pak Ngah Din Lambuk pulak sampai.

Lepas makan kat kantin HKL kami pun berangkat ke Jalan TAR sebab emak nak beli tudung. Salah tempat laa pulak, depan lagi sikit je baru banyak jualan. Dalam dok salah pun sempat jugak nora beli 2 tudung.....tu kira salah, kalau betul tempat mau berapa helai la dia beli. Emak yang mula cadang nak beli pulak langsung tak dapat yang sesuai. Selesai TAR nak hantar la emak dan anak-anak Hadi. Dok wong-win wong-win sana sini dengan Hadi pasal tempat pertemuan, kat Pudulah, Plaza Rakyatlah, Bukit Jalillah. Last-last sesat punya pasal tempat pertemuan jadi LRT Bandar Tun Razak.

No comments: