Tuesday, September 14, 2010

Cahaya Aidilfitri 2010 - MK Land

Aidilfitri tahun ni jatuh pada Jumaat 10 September 2010. Ramai yang menjangka ianya jatuh pada khamis dan telah tersebar luas di internet. Aku pun ingat hari Khamis, sebab tu aku dah beli ayam siap-siap. Tahun ni balik kampung senang aje...maklumlah Pantai Remis ni dekat dengan Manjung.

Mungkin ramai yang bersetuju bahawa raya sekarang semakin kurang meriah daripada dahulu. Maklumlah sifat manusia ni bila sama-sama susah dan hidup serba kekurangan, maka kasih sayang sesama mereka lebih erat dan akrab.

Walau apapun, peluang terbaik untuk mengumpulkan semula saudara mara dan adik beradik tidak seharusnya dilepaskan. Aku tidak dapat bayangkan alangkah sedihnya bila suatu hari nanti semua golongan tua sudah tiada lagi di kampung.....ke mana pulak nak dihala bila aidilfitri menjelang..?

Keluarga ku bersama emak

Keluarga Hadi
Letih...baru balik dari beraya

Pak Cik Leman - Orang yang banyak membantu aku yang sengkek takde duit masa belajar dulu

Main chess ni acara utama selain main empat ratus bersama adik beradik aku




Kali ni Hadi dan Aziz beli banyak betul mercun yang canggih-canggih kat Matang Kerian. Maka meriahlah kanak-kanak bermain mercun pada malam raya. Pagi hari raya kami sama-sama menunaikan solat sunat aidilfitri di surau Matang Kerian yang semakin lengkap ini. Khutbah di sampaikan oleh ustaz Syakirin. Mantap jugak Khutbah kali ini. Tahun ni macam biasa mak buat ketupat, masak merah ayam dan kari daging sementara Nora pulak buat bihun sup sebagai hidangan hari raya pertama.

Hari raya kali ini dikejutkan dengan berita pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Susilawati. Semoga beliau diampunkan Allah. Begitulah kehidupan kita ini. Tidak kira betapa kaya atau berkuasanya kita, Allah boleh menjemput kita kembali bila-bila masa sahaja tanpa sebarang amaran mahupun peringatan. Dan ketika kita kembali kepadaNya pastilah tidak berguna segala harta benda, kemuliaan, kebanggaan mahupun hidup yang serba mewah. Yakinlah betapa malu dan hinanya kita di hadapan Allah jika bertemunya tanpa amal, tanpa cinta padaNya bahkan penuh dengan daki-daki keduniaan serta sarat dengan kebanggaan dan kesombongan.