Monday, November 15, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Kisah Nur Nabila

Nak jadi cerita kat sekolah baru ni Nabila dapat nombor dua kat dalam kelas dia. Maka dia pun dianugerahkan hadiah pada hari tersebut. Aku kesian kat depa ni sebenarnya. Banyak kali sangat pindah sekolah terutama Nabila ni la, sampai 5 kali.....pelajaran depa ni sikit sebanyak terganggu jugak la. Result terkini kat SK Setapak Indah dulu kurang baik, sebab baru aje beberapa bulan bertukar ke sana, mesti perlukan masa menyesuaikan diri. So bila aku nak masukkan dia ke SK Seri Manjung penyelia petang siap offer kot-kot aku nak tukar ke SKKDSK semula. Aku agak depa risau anak aku ni akan menjejaskan prestasi sekolah ni....

Satu hari balik dari sekolah Nabila bagitau aku dan Nora "kawan-kawan Nabila semua tekejut pe'ah pasal Nabila dapat nombor 2". Peah mana pulak ni??? Rupanya tu bahasa depa, kira terkejut sangat la tu. Lawak la jugak aku dengar cerita dia. Dan UPSR khamis lepas dia dapat 4A 1B. Yang B tu English. Silap aku tak berapa tekankan bahasa Inggeris kat dia. Tak sia-sia usaha Nora mengajar dia masa kat rumah....garang abis, sebab dia ni aku tak hantar tuisyen. Cikgu2 sini pun banyak bagi latihan, kira bagusla.   

Yang paling aku suka matematik dan sains yang selama ni selalu dapat C boleh dapat A hasil kerja keras beberapa minggu terakhir. Alhamdulillah...segala puji-puji bagiMU ya Allah. Alamat lingkup duit aku RM 400 sebab 1A nilainya RM100 sebagai hadiah!! Nora la yang pandai pandai berjanji ni, nak bagi semangat lebih kata dia..heh.....budak zaman sekarang ni camtu ler.



Taman  di sekitar sekolah

Hadiah buku buku beserta sijil

Masa mula mula penuh ibu bapa sampai tak cukup tempat nak duduk


Kisah Arif Haikal

Masa mula masuk SK Seri Manjung ni, penyelia petang nak masukkan dia ke kelas 3 Bestari, tapi cikgu kelas tu tak berapa setuju aku nampak tapi disuruh jugak oleh penyelia petang tu berdasarkan rekod kemajuan dia. Maklumlah kelas tu paling elit dan Haikal tak layak masuk. Aku terasa hati jugak. Kemudian ujian July lepas dia dapat No 32.....aku fikir....ah sudah, mesti cikgu tu fikir apa yang dia cakap hari tu betul.......dan Haikal ni memang tak layak le. 

Sekali baru ni dia dapat No 13 dan semua subjek dapat A.....satu lompatan yang sangat jauh bagi kelas paling top di sini. Dalam darjah 3 ni nombor dia 14 out of 300++ murid. Kalau dia dapat No 10 ke bawah hari tu dia nak 10 PC game. Oleh kerana No 13......kena potong kepada 4 game je.......hahhahahaa.

Semalam aku baru beli 2 game dapat free 1. Tapi dia ni memang ahli dalam bab mintak-mintak ni, sekarang ni dia nak ajak tengok Harry Potter "The Deadly Hallow" dekat panggung la pulak....Bebudak sekarang memang le untung. Aku dulu kalau mintak apa-apa mesti arwah ayah aku cakap "nanti ayah beli seraga Ah Guan"......maknanya tak dapat ler tu sebab keluarga aku memang hidup dalam kesempitan. Keinginan tu biasanya hanya tinggal impian.


*** Raga Ah Guan tu adalah raga yang digunakan untuk mengangkut kelapa oleh seorang apek kat kampung aku masa kecil dulu. Bayang kan, sikit punya besar ke tu??***




Persembahan Tahun 3, main alat mozik lagu 'Jong Jong Inai' dan 'Sungai'


Aku dah balik office masa ni...jadilaa sempat luangkan masa sekejap tengok depa

Untuk anak anakku... ayah puas hati sebab anak anak ayah dah berjaya buktikan kemampuan dan mula menunjukkan peningkatan. Ayah berharap anak anak ayah akan semakin cemerlang dunia akhirat pada masa depan nanti. Perjalanan masih jauh. Tiada ruginya menuntut ilmu dengan bersusah payah kerana ilmulah yang akan membimbing kita sepanjang hidup. Hidup tanpa ilmu laksana padi tidak berisi.

No comments: