Sunday, January 31, 2010

Bukit Tinggi

Datang sini hari Sabtu. Keseluruhan tempat ni memang menarik, penuh dengan suasana kehijauan. Habiskan masa satu hari kat sini memang tak terasa boring...

Mula-mula sekali ke horse trail. Lepastu terus ke rabbit farm. Next Japanese Village dan Botanical Garden. Mencabar sebab kena jalan kaki panjat bukit sebab kereta tak dibenarkan naik. Nak tunggu train pun lambat. Exercise la pulak...nasib baikla cuaca sejuk ala-ala Cameron Highland walaupun tengahari. Tak terasa letih sangat.

Akhir sekali barulah ke Castle. Memang cantik pemandangan kat sini.


Rabbit Farm


habis satu keluarga semua nak pegang arnab...tapi paling suka Nabila ni la. kalau boleh tak mahu dia balik, peminat fanatik dia kalau dengan haiwan




botanical garden ni bersebelahan dengan japanese village

muka sorang-sorang dah tak larat sebab baru lepas panjat bukit, tapi kejap aje lepas tu cergasla balik sampai tak larat aku nak panggil, risau jugak sebab laluannya banyak naik turun tangga dan ada jurang

kat belakang tu rumah jepun

lompatan ni dah macam gambar kat ubat cap kaki tiga dulu dulu



swan yang cantik dan sombong, kalau dekat saja dia nak patuk

Friday, January 15, 2010

Family Day 2007 - Puteri Bayu Resort Pulau Pangkor

Memori Kenchana HL

Family day ni buat kat Pangkor, di tempat yang sama kami pergi sebelum ni, kat Puteri Bayu Beach Resort. Seronok kat Pangkor ni sebab pantainya yang putih bersih dan airnya jernih terutama pantai Teluk Nipah. 

Untuk family day ini kami di tempatkan satu family satu chalet. Cantik dan selesa . 


Azri  dan family...mana lagi dua orang?.Kawan aku ni selalu aje satu tempat kerja dengan aku. Mula-mula dia tarik aku masuk Sime Darby Engineering, lepas tu aku pulak tarik dia masuk Kencana HL. Sharing is caring...hehehehehe





Waktu malam ada makan-makan  dan BBQ. Jugak ada pertandingan karaoke. Ada 20 peserta aku dapat no 6. Tak pueh hati aku. Ada ke suara cam Jamal Abdillah dapat no 6 aje?? hahahhaa

Siang keesokannya  ada pertandingan bola tampar . Tak larat aku nak main bola tampar. Tampar Bobo (Boss aku yang selalu marah orang) aku larat ler.

Paling best kambing panggang masa makan tengahari. Sedap...

Tuesday, January 12, 2010

Masjid Jamek++Kampung Baru

sekali sekala guna lrt pulak...macho abis brader sebelah diorang ni

singgah di masjid jamek yang bersejarah ni
 
makan-makan di kg baru

ishh ishh lazatnya



Sabtu baru ni barulah boleh bawak keluar budak-budak ni setelah seminggu dua lepas asyik sibuk dengan benda-benda sekolah depa. Dari satu kedai ke satu kedai selesaikan pembelian. Baju sekolah nabila pulak lagi 2 hari nak sekolah hari tu baru nora jahit padahal cuti dah sebulan lebih. 
Keluar rumah pagi Sabtu terus ke lrt abdullah hukum untuk ke mid valley sebab konon- kononnya nak melawat chocolate fair. Ingatkan macam best rupa- rupanya sekadar tengok jenis- jenis dan jualan chocolate. Haha, kesian betul. Lepas dah beli coklat tu lebih kurang kami pun pusing-pusing je la sekitar mid valley tu sampai maksimum lenguh kaki. Jenuh budak- budak ni keluar masuk kedai mainan tengok- tengok barang.
Lepastu ambik teksi cadang nak terus ke kg baru malangnya jam la pulak. Ciss aku tengok meter teksi tu macam laju semacam aje baru kejap dah berbelas ringgit. Kereta berenti sebab jam tapi meter tetap berjalan. Sapa nak jawab. Kalau dibiarkan mau jadi sampai RM50 dibuatnya.
Kami terus ke masjid jamek solat zohor dan lepak-lepak kejap sambil tengok gelagat pelancong asing yang seksi tapi disuruh pakai tudung, syarat melawat. Dulu- dulu memang takde orang melawat, solat pun atas rumput lapik gitu- gitu aje, sekarang semua dah batu.
Selesai solat kami terus pergi makan di Kampung Baru. Boleh tahan sedapnya...order nasi bubur, cucur udang, bihun soto. Sampai rumah dah petang letih giler, tidur macam tak mau bangun rasanya.

Monday, January 11, 2010

A Farmosa Resort Melaka

Memori November 2007 

Bercuti di sini masa dalam perjalanan pindah dari Johor ke Perak. Aku pindah kerja lagi sebab dapat offer kerja kat Kencana HL. Kat MMHE pun aku dapat offer jugak tapi terpaksa ditolak sebab nak kerja kat Manjung punya pasal. Kerja kat tempat sendiri memang sukar nak dilepaskan. 

Sibuk-sibuk tengah pindah pun masih sempat nak berjalan-jalan. Barang-barang rumah dah naik lori siap-siap dan dah sampai dulu. Abang Mie sekeluarga dah standby masuk barang kat Manjung sana....terima kasih .

Tidur semalam kat resort ni. Malamnya kami masuk cowboy town. Ada sikit silap la sebab ingatkan boleh makan malam kat sini rupanya gerai-gerai sudah tutup. Laparlah jawabnya sementara menunggu pertunjukkan Red Indian. Maka terpaksa keluar makan dulu. Masuk balik dah dekat nak abis pertunjukkan Red Indian.Sempat tengok sikit aje. Firework show pun terlepas jugak. Adeh.....rugi-rugi.



senapang cowboy

                                                                     


Apapun memang seronok datang sini. Siangnya pulak pegi mandi kat theme park. Naik gelongsor yang tinggi tu sekeluarga. Cuak jugak pasal rasa macam nak terkeluar aje dari "longkang" dia tu.

Kebetulan hari tu ada rombongan kanak-kanak istimewa dengan ibubapa masing-masing buat family day. Tersentuh aku tengok betapa sayangnya ibu bapa masing-masing  terhadap anak-anak mereka,

Lepas checkout terus ke Putrajaya pulak singgah rumah adik aku  Amir satu malam. Malam tu depa bawa pegi makan malam kat Ayamas kat Alamanda.Esok tu terus aku balik.

Saturday, January 9, 2010

Bercuti Di Melaka

Memori October 2007

Singgah Melaka ni sempena on the way balik dari Hari Raya Aidil Fitri. Tidur semalam di hotel Seri Malaysia Air Keroh. Penutup cuti rayalah katakan. Nak tunggu cuti lain bila pulak baru nak dapat.

Sampai dah lewat petang...sempat la bawa anak-anak aku mandi kolam kat bawah.

Pagi-paginya tu terus ke Hutan Lipur kat sini, ala-ala program rekreasi dan kesihatan lah pulak sebab kena jalan kaki masuk ke dalam nun jauh di sana .Alang-alang dah sampai...terus jalan ajelah.

Aku tengok anak-anak dan isteri aku nampak tak letih langsung. Dah jauh berjalan baru la nampak replika macam-macam haiwan zaman dinasour kat dalam tu, depa siap gembira dok ke sana sini ambik gambar, sebab suasana taman ni macam zaman pre-historic punya hutan.

Aku tengok dari jauh aje, letih lagipun nak simpan tenaga untuk nak jalan keluar nanti,hehe. Lepas tempat ni masuk masuk pulak ke Taman Buaya. Dari dulu lagi aku memang suka tengok buaya nih, kebetulan ada show buaya dan silap mata baru nak mula, tengok sampai habis.

gosok gigi buaya sampai putih





 






Thursday, January 7, 2010

Cameron Highland

Memori 10 November 2007

Ni la tempat yang tak jemu-jemu pergi. Mungkin sebab suasana sejuk macam kat oversea kot, hehehee. Time ni kami pergi konvoi tiga keluarga. Keluarga Kak Da dan keluarga Abang Nan, mak mertua pun ada. Kami sewa flat tiga bilik.

Betullah orang kata tak kenal maka tak cinta. Dulu kecik-kecik aku sikit punya fobia dengan Cameron nih sebab banyak cerita-cerita tentang jalan pusing-pusing, muntah-muntah baru boleh sampai sana. 

Sekarang baru tau betapa bestnya tempat ni. Lagi pulak dapat beli strawberry dan sayur segar banyak-banyak. Jugak beli supply teh spesial yang memang tak de jual kat bawah.......only in Cameron Highland.


Dekat MARDI











 
 Bees Farm





Tapi ada sekali tu masa aku datang sini ....kami sesat jalan sebab kabus turun setebal tebalnya sampai tak nampak apa-apa. Panik laa jugak aku....last last aku decide berhenti dulu tepi jalan sampai kabus reda,baru la nampak jalan sikit sikit.

Tapi banyak banyak tempat yang paling best kat Cameron ni  Mardi dan Ladang Teh Bharat le. Memang cantik.