Monday, March 29, 2010

Dataran Merdeka

ni kalau salah terbang boleh kena kepala orang ni




Malam minggu lepas pergi ke dataran merdeka lepas habis pusing tasik titiwangsa petang sebelum tu. Boleh tahan meriah tempat ni waktu malam. Cuma nak dapat parking susah sikit. Ramai jugak orang lepak-lepak sini.
Ada budak-budak jual 'spinning light' macam-macam warna. RM10 satu. Anak aku capaila satu dan aku pun bolehla duduk-duduk dengan tenang sambil depa habiskan masa dok terbangkan benda tu. Seronok jugak lepak sini rupanya. 

Bila dah berkeroncong perut aku ni terus aku ke medan selera D'tebing kat sebelah dataran tu. Ok la jugak makanan kat sini.
Masa balik aku tengok atas cermin kereta aku dah ada surat cinta dari DBKL. Sampai seratus atas alasan parking blocking jalan padahal jalan punya laa luas. Banyak lagi kereta yang senasib dengan aku. Apa punya kejam laa DBKL ni. 

Apalah salahnya bagi rakyat marhain lepak-lepak sikit melepaskan penat lepas bekerja seminggu kat sini. Nak saman jugak tu.

Tuesday, March 23, 2010

BIRTHDAY

Ahad baru ni hari lahir aku. Tahun ni jatuh pada hari cuti dan aku ada di rumah. Jadi susah payah anak-anak aku menyorok kat bilik nak buat kad takut aku ternampak.Dengan ini maka bertambahlaa setahun lagi usia aku. Berapa banyak dah kebaikan yang aku sempat buat? Bila disukat-sukat, timbang-timbang amalan aku ni masih tahap minima saja.

Amal ibadat pun masih kurang, dosa pun ada macam-macam lahir dan batin. Apapun aku masih gembira sebab masih sempat lagi menyambutnya tahun ini. Mudah-mudahan dengan pertambahan umur kali ini menjadi titik tolak untuk aku berubah menjadi manusia yang lebih baik. Seimbang pencapaian dunia dan akhirat. InsyaAllah..





kad-kad yang sungguh bermakna bagi aku

Monday, March 22, 2010

Multifunction Speaker

Dah lama jugak TV aku tu tak dengar bunyi yang power dum-dum sejak player JVC aku rosak. Jumaat lepas, sebab baru dapat claim pergi offshore, aku pun bawa family pergi ke Plaza Idaman...cari speaker. Mula-mula masuk kedai yang jurujualnya melayu, tapi aku tengok macam tak de knowledge pasal speaker pun minah tu. Silap-silap dibaginya speaker cokia punya.

Pegi pulak kedai lagi satu. Ada 2 jenis yang macam berkenan, satu RM59 lagi satu RM220, yang lagi mahal pun ada. Kedekut laa cina tu....mintak kurang sikit pun tak boleh. Last-last aku amik speaker yang RM220 tu.....aku belasah display unit punya pasal malas nak tunggu stok baru yang kena order baru ada.

Balik aku sambung sana-sini.....lama la jugak baru boleh pasang. Huihhhh....meletup jugak bunyinya, jadilah tu. Walaupun beli yang jenis murah tapi aku puas hatilah dengan pembelian ni.


handphone pun kena repair jugak


boleh pakai untuk pc sekali

Tuesday, March 9, 2010

Rambut oh Rambut

Rambut Haikal panjang lagi. Sama macam aku jugak cepat panjang dan kena gunting selalu. Haritu balik dari rumah Hadi dah singgah satu kedai gunting dalam 6.50 lebih kurang. Aku tengok ada sorang pakcik aje. Sempat lagi ni agak aku. 

Sekali pakcik tu punya pakej cukur janggut sekali. Sudah!!! Terpaksa aku blah dulu dalam keadaan hujan pulak tu. Tapi dalam hati geram jugak, apesal laa pakcik ni dekat nak maghrib pun nak cukur janggut lagi.

Bising dia malam tu sebab aku tak jadi. Rambut dah maksimum panjang. Jadi lepas habis sekolah agama terus mak dia bawa pegi kedai gunting rambut budak sorang ni. Puashati dia...

sebelum

selepas...

Monday, March 8, 2010

Rumah Hadi

Ahad esoknya ke rumah Hadi. Dia ada buat makan tengahari sikit untuk beradik terdekat. Sempena besday Jiha. Adi dengan bini dia jamu nasi putih sambal tumis udang, sayur buncis, masak kicap ikan dan menu spesel siakap bakar. Takdak buat apa lepak lepak sambil tengok depa main chess.


tengah membalun ikan bakar

birthday girl

hadiah untuk Jiha dari nabila dan haikal

pertandingan chess Hadi & abang Chaq - sampai 5 set gara gara tak puas hati

masa balik

Akuaria KLCC

rama-rama awet pun ada

jelly fish yang jernih dan cantik

jaws
dalam tunnel

lion fish
sleeping shark

ni la seahorse yang dalam spongebob tu kata anak anak aku



Sabtu 6 March, kami pergi akuaria KLCC. Sebab baru ni aku asyik tengok ikan kat laut jadi teringatla nak bawak keluarga pulak tengok ikan kat sini.

Parking kereta kat depan convention center murah sikit RM8 per entry. Si Haikal ni, masa kat rumah tak nak makan, bila nak masuk dalam mengadu lapar. Dapatla sandwich beli kat cafe tepi aquaria ni.
Entry ticket sepatutnya seratus rasa aku kalau 4 orang, tapi pasal aku tunjuk kad staff petronas, dapatla diskaun jadi RM74.00. Tempat ni memang best kalau bawak anak-anak, sebab banyak pemandangan menakjubkan. 

Ada pelbagai jenis spesis ikan yang menarik. Seronok tunjuk dekat depa berdua ni terutama ikan-ikan kat dalam tunnel ni. Dulu dah bawak pegi Langkawi tapi depa langsung tak ingat sebab masa tu kecik lagi.

Bagi aku akuaria ni lebih menarik rasanya dari langkawi.Tunnel nya pun lebih panjang. Lepas keluar tu ingatkan nak melepak di taman tapi macam biasala...hujan.
Balik singgah makan ayam penyek kat Wangsa Walk. Nak cuba la konon pasal nampak macam best dan tiap kali tengok orang penuh semacam aje. Hampeh!!! tak sedap langsung. Menu utama ayam pun dah fail. Lapar punya pasal belasah sajalah.

Friday, March 5, 2010

Ratu Songkhla

ni lah area FSO (Floating Storage Office) dan LQ yang aku pergi tu

bilik atas FSO, boleh tahan besarnya...katil di sebelah pintu kiri

suasana di main deck

Bandar Kota Bharu dari 'rina' yang berkali kali disebut driver teksi, mula tu aku ingat pompuan mana rupanya shotform renaissance

bahagian main deck

dalam control room dengan bos yang sama tough macam aku

winch and bollard

helideck- tempat helicopter landing

hose nilah yang di sambung dengan tanker ship masa nak condensate lifting, kat sinilah aku nampak ikan ikan yang cantik giler 
Kali ni aku ke FSO- Ratu Songkha lagi untuk pre-SAT activities. Dulu dah pernah pegi tapi singgah sekejap saja. Aku kat laut ni 3 hari 2 malam.
Tidur semalam kat KB dulu sebelum naik heli ke FSO. Makan malam aku kat kedai mamak. Ingat tak perlu makan nasik jadi aku order bihun goreng. Nak makan yang ringan kononnya, betul-betul punya ringan la sebab pinggan kecik aje mamak tu kasi. Tengah malam barulah rasa lapar. Lastnya pukul 2 pagi aku masak maggi kat dalam bilik tu.

FSO ni lagi selesa dari LQ dulu sebab biliknya luas dan tak payah kongsi-kongsi. Makanan boleh tahan, tapi lagi sedapla kat LQ. TV room dia memang best, macam tengok wayang aje. Apapun aku tetap rasa cam nak balik jugak.

Kat sini yang bestnya boleh tengok macam macam ikan yang cantik dan pelik pelik. Cantik sungguh ikan ikan di tengah laut ni, macam macam warna ada. Biru hijau kuning. Rasanya tak pernah aku tengok ikan secantik tu.