Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa di Kampung Halaman

Hidangan berbuka

Yeay.... main mercun

Kemesraan 2 ekor anak kucing


Jalan tepi sungai pengkalan baru depan rumah mertuaku


Lepak-lepak bawah pokok mangga menunggu waktu berbuka

Imam muda

Minggu ni balik kampung dan berbuka bersama keluarga aku dan jugak keluarga mertua. Macam biasa waktu terasa bergerak dengan lambat.....maklumlah bila tiada aktiviti nak dibuat kecuali bersantai-santai dan bermalas-malasan bila di kampung.

Hari pertama berbuka di rumah mertua di Pengkalan Baru. Menu hari tu laksami, kanji, mee kari, masak lemak rebung yang sedap beserta telur masin buatan sendiri dan kuih muih serta air tebu dan cincau. Kak Leha dan suaminya Shaf pun ada sekali masa berbuka.

Hari kedua berbuka di Matang Kerian atas anjuran En Aziz. Antara makanan utama adalah kari ikan bawal yang sedap, udang besar masak kering, sempera (ni makanan kegemaran aku sejak kecil- sejenis karipap tapi berintikan kelapa dan udang), gulai lemak jantung, cucur udang dan kuih muih serta air kelapa dan karot susu. Baguih punya balun. Dalam 9 lebih baru aku bertolak ke Manjung..

Wednesday, August 18, 2010

Berbuka @ Teluk Batik Resort


Walaupun aku tak kaya tapi teringinlah jugak nak berbuka puasa macam orang kaya. Aku pun bawakla anak isteri aku berbuka puasa kat Teluk Batik Resort ni. Aku tak booking apa- apa pun. Terus walk in saja. Malas aku nak datang awal-awal, 7.00 lebih baru kami masuk. Sampai-sampai tu tengok ramai dah orangyang datang.

Makanan memang banyak dan berjenis-jenis. Tapi yang paling favourite mestilah kambing bakar yang sungguh lazat tu. Aku belasah makan...Mee rebus dia pun sedap. Seronok Haikal dan Nabila sebab dapat buat ABC dan cendol sendiri.



Ramadhan Datang Lagi

Salam Ramadhan

Tak boleh tahan budak ni masa hari pertama puasa. Sibuk intai makanan dalam plastik dari pasar ramadhan. Kalau dah tak larat aku suruh dia buka puasa, takmau la pulak.

Hidangan hari pertama

Hidangan hari kedua. Ayam bakar wajib hari-hari.

Puasa tahun ni jatuh pada hari Rabu. Hari ni dah masuk hari ke 8 berpuasa. Tahun lepas berpuasa kat KL, kali ni kat Manjung semula. Tahun ni pasar ramadhan telah terpecah merata-rata....idea MBM lah ni. Tak dapat le aku nak membeli ikan bakar lazat yang kami sekeluarga gemari sebab sampai sekarang aku tak tau brother tu meniaga kat mana.

Tahun ni aku rasa penduduk Manjung semakin ramai laa.....sampai pasar ramadhan semua penuh sesak dengan orang terutama yang dekat market manjung ni.

Friday, August 6, 2010

Outstation - Pump Manufacturer Visit

Oriental Crystal Hotel Kajang

Outstation lagi. Visit Pump manufacturer di Seri Kembangan. Kali ni aku bawak family pasal dah banyak kali sebelum ni aku terkebil-kebil tidur sorang-sorang di bilik hotel. Tinggal semalam di Oriental Crystal.

Dalam perjalanan singgah beli buah mata kucing kat Bidor. Best pulak makan buah ni sambil bawak kereta. Sungguh aku tak sangka susah jugak nak jumpa jalan ke Kajang ni sedangkan dulu ni lah tempat lepak aku masa study di UKM Bangi. Entah hapa-hapa system jalanraya sekarang berbanding dulu. Sesat jugaklah aku sekejap. Dekat nak maghrib baru sampai.
 
Di lobi masa check out

Senaman 

Putera puteri duyung




Pagi makan kat cafe hotel, aku ingat macam biasa kena tambah duit untuk budak-budak dua orang ni....rupanya free aje, rezeki. Lepas makan aku terus ke SIHI Pump Seri Kembangan bersama-sama rombongan Cik Kiah dari Boustead.

Tengok presentation dan melawat kilang pump yang sederhana besarnya. Sepatutnya lunch supplier belanja kat Marriot Hotel, tapi aku tak join dan balik dulu. Pukul 2.00 check out dan terus bertolak pulang.

Tuesday, August 3, 2010

Wajah Senja Di Lumut

Tika matahari terbenam


Berlatarbelakangkan Boustead Naval Shipyard


Gambar-gambar di sekitar tepian laut Lumut. Tempat persinggahan para pelancong tempatan dan luar yang ingin ke Pulau Pangkor. Walau sekadar tempat singgahan...tempat ini punya tarikan dan keunikannya yang tersendiri. Melepak-lepak di sini pada lewat petang sambil dibelai bayu dingin lagi mendamaikan merupakan sesuatu yang mengasyikkan.

Sunday, August 1, 2010

Walk Walk Find Food @ Manjung

Ni sebahagian gambar-gambar makanan peberet aku dari gerai sekitar Manjung

Burung puyuh masak pedas ni memang sedap. Makanan kat kedai ni semua best termasuk sup campur. Apapun puyuh ni jugaklaa yang jadi favourite. Order 2 ekor dah jenuh meratah. Restoran Haji ni on the way ke Teluk Rubiah.

Ini sate Padang Tembak. Rasanya macam sate Kajang pun ada. Ada sate rusa, kambing, arnab, daging dan ayam. Tapi paling mantap sate kambing laa.

Yang ni pulak nama dia 'nasi goreng gila'. Walaupun namanya unik tapi rasanya sedap dan harganya cuma RM3 sepinggan.

Nasi goreng Indonesia di Chef Noodle ni boleh tahan rasanya, ayam yang dipotong dadu tu memang sempoi. Kalau nak makan western food di sinilah tempatnya. Dan biasanya Nabila suka makan chicken chop kat sini.

Popia basah dan popia goreng SS Ali kat pasar malam ni memang popular, sedap banget.

Ni makanan kegemaran Haikal. Dia ni kalau boleh hari-hari nak makan char kueteow kat jalan menuju ke Teluk Rubiah ni.


Nasi lemak dekat hospital Manjung ni lazat betul. Sebelum ni nasi lemak ikan Pak Pin lagi power tapi dia pegi mana entah sekarang dan tak dapat dikesan lagi. Sebagai alternatif nasi lemak ni lah sebagai pengganti.