Tuesday, January 22, 2019

Selembar nasihat


11 BERITA BEST UNTUK KAKI MASJID/SURAU

Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimin yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9. Rasulullah bersabda: "Masjid adalah rumah setiap orang bertakwa. Allah telah menjamin sesiapa yang menjadikan masjid  ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju kpd keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

Monday, January 21, 2019

Selamat Hari Lahir Nur Nabila 13 Dec 2018


Sanah HelwahSakinah Mawaddah Barakah Warahmah

Selamat hari lahir kepada Puteri Kesayangan Keluarga. Semoga Allah mengurniakan segala kebaikan, kegembiraan dan kebahagian hidup kepada mu.

Saturday, January 19, 2019

Korea Trip : Seoul Day 6 ~ Selamat Tinggal Korea

21 April 2018

Pagi ni flight dari Airport Gimpo ke Jeju pukul 11.45 pagi. Tak larat rasanya nak naik train, jadi sampai masa terus aku cari teksi depan Sultan Kebab dan lepastu dia datang ambik aku kat apartment ni. Tambang teksi tak lah mahal mana kalau berempat macam lebih kurang dengan harga naik train plus dah tentu lebih selesa.

Sampai Airport Gimpo macam biasa buat apa yang patut. Sebelum tu aku pergi claim re-fund T-Money semua orang yang masih berbaki kat kedai CU. 

 Kedai CU Airport Gimpo

                                         
Semua lancar termasuk flight berikutnya iaitu Jeju - KL pukul 2.50 petang. Alhamdulillah. Flight sampai di KLIA 2 dalam pukul 7.50 malam. Segera ke ERL dan turun di Station Salak Tinggi semula. Ambil kereta kat level 2. 



Sebab dah malam dan sangat letih rasa nak drive balik rumah jadi aku check in hotel. Sebelum tu ke medan selera berhampiran untuk makan malam dulu. Sedap pulak rasa makan siakap 3 rasa kat sini, maklumlah dah seminggu tak makan macam ni haha. Tak sangka area Salak Tinggi ni makanan dia best dan murah. 

Selesai makan terus ke City View Hotel Kota Warisan. RM150 semalam. Esok paginya bertolaklah ke Permatang Pauh menghantar Nabila sebelum pulang ke Manjung. 

Sampai berjumpa lagi. Babai Korea.

Korea Trip Sepintas Lalu

Trip Korea sememangnya menyeronokkan. Maklumlah sebelum ni tengok Korea dalam drama aje. Aku kekadang ada jugak tengok drama Korea dengan depa. Tukang cari drama semestinyalah Nabila. Tak nafikan best jugak drama drama depa ni.

Bagi aku orang Korea ni memang disiplin dan sistematiklah. Orang-orangnya pun kelihatan kemas, kacak dan lawa, sampai anak-anak aku bagitau depa terasa diri hodoh bila tengok orang Korea kat dalam train... hahhahaha. Attractionnya pun bersih-bersih belaka. Kemudahan pun bagus dan serba lengkap. 

Jeju pulak bagi aku memang terbaiklah. Ada lagi cita-cita nak datang Jeju sekali lagi sebab rasa macam tak berapa puas berkereta kat pulau ni. Masih banyak attraction yang belum sempat pergi. Lagipun tambang ke Jeju ni tak lah mahal sangat. Kalau ada peluang apa salahnya... InsyaAllah.

Thursday, January 17, 2019

Korea Trip : Seoul Day 5

20 April 2018

Murree Restaurant & Hangang River

Berzaman haih nak habiskan entry Korea ni. Sampai dah masuk tahun baru. Aku syak ni entry paling lama pernah aku buat. Ok moh ler berbalik ke Korea semula. Heheh.

Nampaknya semua orang letih hari ini kesan ke Everland semalam. Separuh hari dihabiskan dengan berehat-rehat di apartment sahaja. Aktiviti lain adalah mengemas-ngemas apa yang patut sebab esok dah nak pulang ke tanah air. 

Rasa macam sekejap benor percutian Korea ni, maklumlah kalau dah seronok tu  masa memang terasa sangat singkat, sedar-sedar dah nak kena balik.

Untuk lunch hari ini  aku cadang nak makan kat kedai. Area masjid Itaewon la jugak,  mana lagi. Lepas zohor teruslah bergerak naik bukit ke sana. Ada banyak pilihan makanan halal. 

Asalnya teringin nak makan di Eid Restaurant tapi agak jauh sikit. Tak jadilah. Lepastu try masuk satu restoran ni. Malam malam kedai ni memang ramaila orang makan. Siti Sarah nama kedai dia. Masuk dan duduk, sekali tengok menunya ala-ala makanan Malaysia. Alamak macam tersalah kedai la pulak sebab target nak merasa masakan halal Korea. Nak blah terus pun macam segan la pulak.....rasa macam jahat pun ada. Sekali tengok owner/staff dia pun sibuk kat dalam maka slow-slow la keluar...😄

Terus masuk restoran Murree. Seberang sana jalan je. Tempat ni pun sedia maklum sangat popular dikalangan orang Malaysia dan menu dia memang ada makanan Halal Korea. Staff dia pulak student Melayu. Cantiklah... lagi senang nak order. Belek sana belek sini menu dia, akhirnya order yang dipersetujui ramai iaitu Bulgogi Set dan Biriyani Ayam. Bulgogi set ni ala -ala masak kicap daging yang dimasak on the spot disertai beberapa side dishes. Sedap dan ada kelainannya. Enjoy rasanya makan kat sini.

Muree Restoran. Jalan sini semua curam... jenuh naik bukit 

Menu yang dipesan




Perut pun dah kenyang jom le meronda-ronda. Segera semua orang gerakkan kaki ke Itaewon station dan mengambil train ke Hangang River. Sekejap aje nak sampai sini. Tempat ni memang terkenal dalam drama-drama Korea terutama jambatannya. Sapa yang nak enjoy lebih boleh ambik night cruise dan boleh lihat Rainbow Bridge. 

Boleh tahan seronok melepak-lepak sini dalam suasana yang nyaman. Tambah best lagi  sebab ada show oleh seorang pemuda. Memang berbakat besar dia ni dan shownya sangat menghiburkan dan lucu. Ramai yang hulurkan duit lepas show dia.




Jambatan ni selalu aje ada dalam drama Korea








Habis show ni apa lagi geraklah pulang ke apartment semula. Lama sangat dah ni. Sudah sudahlah tu jamu mata. Sebelum sampai singgah satu supermarket ni. Hari hari lalu sini sebab ianya memang terletak di laluan nak ke apartment dari stesen Itaewon. Macam macam ada. Dari barang runcit sampailah ke barang basah. Beli susu pisang lagi, strawberry, mango juice (balik Malaysia cari yang sedap macam ni tak jumpa pulak) dan nasi segera. 


Malam ni khas untuk packing dan timbang menimbang, maklumlah berat luggage ada yang sudah bertambah walaupun bahan makanan dah habis. Jenuhlah jugak orang rumah aku dok adjust semula. Yelah supaya tiada kesukaran naik T'Ways dan Air Asia nanti.