Sunday, July 21, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 7

18 Feb 2019

Lake Toya - Muroran - Hell Valley - Chitose

Bangun pagi aje terbentang di depan mata view  Lake Toya yang indah. Itu belum matahari terbit lagi... pasti bertambah indah. 


Lepas berkemas barang semua kami pun check out, menuju mana lagi... kalau bukan tepian Lake Toya. 

View lepas subuh

Sarapan

Gigih anak lelaki aku beli tepung dan potato chips nak buat ayam rangup ni

Depan homestay

Rumah berhampiran

Tidak salah jangkaan aku bila matahari pagi muncul keindahan tasik ini memang semakin terserlah. Seronoknya melepak-lepak dan menghabiskan masa di sini. Keindahannya mengingatkan kami suasana tasik-tasik di New Zealand destinasi kegemaran semua.

Sayang aje nak tinggalkan Lake Toya ni. Best macamanapun kena sambung perjalanan jugak sebab esok dah nak terbang ke Osaka pulak. 

Breathtaking view




Enjoy betul lepak tempat ni

Mentang la salji ni ringan... habih hati depa dok main tiup tiup 





Cadang nak teruskan aje perjalanan tanpa singgah lagi, sekali terserempak spot Lake Toya yang lebih indah di sebelah hujungnya. Singgah lagilah jawabnya. 

Bahagian tanjungnya memang luarbiasa cantik. Nampaknya kena ambik gambar lagi banyak ni baru puas hati. 

Pokok-pokok yang buat suasana tambah menarik






Depa ni kalau berhenti semedang terlajak lama 

Perjalanan disambung menuju ke Muroran. Lawa pulak view ketika melintasi Hakucho Bridge. Rasa nak berhenti aje kat atas jambatan ni menikmati view tapi tak bolehlah, mana ada tempat singgah kat atas jambatan 😅

Sungai ni pun cun jugak

Hakucho Bridge


Next ke area tebing tinggi tepian laut Muroran - Tokkarisho Lookout. Cantik tempatnya tapi hazab jugakla kejap pasal jalan berbukit dan ada salji tebal. Apapun selamat aje sampai ke tempat ni.


Cantik jugak Tokkarisho Lookout ni




Sambung lagi perjalanan ke Noboribetsu (Hell Valley) yang terkenal dengan geyser ni. Biasa aje tempat ni bagi aku. Teringin jugak nak ke Lake Shikotsu lepas tempat ni tapi  apa boleh buat tak cukup masa nampaknya. Tamak kot padahal baru aje lawat Lake Toya 😁

Takpelah lain  kali kalau mai Hokkaido lagi tempat pertama aku nak tuju Lake Shikotsu ni lah.Tapi Lake Toya pun aku nak repeat jugak.  Dua malam terus... heheh

Hell Valley




Habis aje Hell Valley terus menuju ke penginapan terakhir di Hokkaido ini iaitu Hotel  Best Western Plus Chitose. Hotel ni tak jauh dari airport atau Orix Car rental, jadi mudahlah nak memulangkan kereta dan amik next flight ke Osaka.

Luas dan selesa betul hotelnya untuk berehat-rehat maklumlah semua orang sudah letih setelah mengharungi 7 hari di Hokkaido ini. Sewanya agak mahal RM613... dekat airport lah katakan. 


Baju tidur pun disediakan

Malam terakhir di Hokkaido. Aku tak tau la pi jalan mana pun asyik rasa tak cukup memanjang. Sebab sekarang masih awal tahun  jadi cuti aku belum banyak lagi itupun dah carry forward dari tahun lepas punya.

Lepas ni rasanya macam lagi sukar nak bercuti lama sebab nak kena matching cuti anak anak pulak. Depa dedua dah kat IPTA. Musim di negara orang pun nak ambik kira jugak. Huhuu.

Laluan sepanjang 7 hari di Hokkaido

Tuesday, July 9, 2019

Hokkaido Road Trip : Day 6

17 Feb 2019

Otaru - Ranshima -  Niseko - Lake Toya 


Bangun pagi dengan penuh kesegaran dan kesejukkan😃. Sebelum check out dan bertolak ke destinasi seterusnya, semua pegi bersarapan di lobi Guest House. Sarapan simple saja roti roti dan buah buahan serta air panas dan jus oren. 

Sempena tempat ni ada shared kitchen jadi bolehlah geng wanita memasak apa yang patut kat  dapurnya, lebih mudah sebab tak ada sapa pun guna dapur pagi-pagi macam ni.

Receptionist... All in one. Dari hidang makanan, kutip pinggan, cuci pinggan mangkuk segala aktiviti semua dia buat.. ntah berapa ribu yen gaji dia.. 😁

Suasana dapur

Sup sayur 

Lobi

Rajinnya Jepun cuci salji sampai atas bumbung

Sedia maklum yang Otaru ni ada beberapa attraction, tapi masa tak berapa cukup, jadi yang sempat dikunjungi adalah kawasan tepi laut dekat port dan Masjid Otaru. Semalam dah pi Otaru Canal, jadilah. Lepas dua tempat ni terus sambung perjalanan menuju ke Niseko.

Tepian laut Otaru


Singgah sebentar di Masjid Otaru. Ada juga sinar islam di tempat macam Otaru ni. Akan tetapi masjid ni tutup rupanya pagi pagi, jadi dapat bergambar depan pintunya ajelah. 

Gambar depan masjid dari seberang jalan


Sambung lagi perjalanan. Salah satu laluan ke Niseko adalah Ranshima. Wah... tepian laut Ranshima memang cantik betul. Masyallah. Walaupun sejuk tetap seronok singah-singgah pantai sekitar kawasan ini.

On the way to Ranshima

Musykil jugak aku tengok kat sini dalam sejuk macam ni ada sekumpulan mat saleh dok tengah surfing. Macam ni punya sejuk depa mampu selamba je surfing.. dasat. 


View ini in real  jauh lebih cantik dari foto ini



Redah je walaupun salji tebal

Suasana ni macam kat Icelend pun ada... walaupun belum pernah sampai lagi😅

Lepas Ranshima perjalanan disambung lagi. On the way tu nampak satu ski centre yang agak menarik. Ingatkan ada cable car ke naik ke atas, rupanya ada Chairlift aje. Agak curam slopenya.. jadi mampu tengok ajelah.. huhu




Ada Chairlift untuk sesiapa yang nak main ski atau sledding di tempat yang curam ni. Tak berani lah teman tengok curam benor

Semakin hampir dengan Niseko

Sambung lagi perjalanan sehingga sampai di Niseko. Kat pekan Niseko ni ternampak food truck makanan muslim yang popular Taj Mahal. Nama pun Taj Mahal.. mestilah mahal harganya😁.


Pekan Niseko



Niseko Seicomart


Memana kedai yang aku singgah selalu ada onigiri. Ada yang halal ada yang tidak, jadi kena check betul-betul

Suka dia dapat cuba makanan baru ni


Tu dia Shawarma yg sedap

Jalan lagi ke depan akhirnya sampai di Niseko Ski Resort. Stesen cable car ni betul-betul depan Hotel Hilton Niseko. Ini last chance nak merasa naik Cable car ke atas, hari tu kat Furano tak jadi naik. Tiket dia untuk round trip 2000 Yen/person. 

Ingatkan tempat dia rendah aje macam kat Queenstown New Zealand atau Mannlichen Swiss yang pernah naik sebelum ni. Sekali... bapak tinggi😅😅amik ko. 


Suasana depan ski centre

Menuju stesen cable car 


View tengah naik



Enjoy dan puas rasanya dapat lama lama menikmati view dari dalam cable car ni. 

Masa ni cuaca tidak begitu baik dan ada angin kencang. Dapatla merasa tengok orang main ski sekejap kat puncak ni. Tak mampu nak tunggu lama dengan keadaan cuaca yang macam tu. Makin sejuk pulak rasa. 

Gigih mat saleh / Jepun ni semua main ski dalam keadaan angin ribut macam ni



Snow mobile pun ada


View masa turun

Kat sini pun ada Hotel Hilton 

Sambung lagi perjalanan menuju ke Lake Toya. Makin hampir Lake Toya makin cantik viewnya tapi tak berapa sempat nak berenti snap gambar sebab dah semakin lewat. 

Menuju Lake Toya

Area ni memang tak sibuk jadi mudah aje nak cari homestay yang dah aku book ni iaitu Homestay Toyako Onsen. Sewanya RM 538.00

Semakin hampir dengan Lake Toya


Lake Toya...cantik walaupun kurang biru warna  tasiknya maklumlah dah nak malam


Jalan menuju homestay

Buang salji kasi abis ye.. sekali yang kat seat tu

Homestay ni semua orang sangatlah suka. Selain luas dan serba lengkap, viewnya jugak cantik maklumlah berdekatan  dengan Lake Toya. 

Tu dia sudah sampai 

View depan homestay

Penyodok salji yang dibekalkan tuan rumah

Suasana bilik tidur dengan tilam futon

2nd room

Tatami ni  agak membantu kurangkan sejuk bila pijak lantai

Dapur yang lengkap.. dari tingkap boleh nampak tasik


Makan malam... Alhamdulillah 

Malam ni wife aku pun mendobi sakan. Walaupun takde mesin pengering, kain akan tetap kering jugak keesokannya sebab ada heater. 

Masa untuk berehat bagi memulihkan tenaga. Esok hari terakhir perjalanan di Hokkaido ini sebab lusa pepagi dah nak terbang ke Osaka.