1st Dose - 31 Julai 2021
2nd Dose - 22 August 2021
Tempat - Klinik Seri Manjung
Alhamdulillah selesai vaksinasi sekeluarga. Asalnya wife aku dan Nabila aje yang patut divaksin hari tersebut, Arif hari berikutnya. Aku ni pulak dah terlepas tarikh yang sepatutnya dibuat di Beruas sana. Aku tak perasan langsung ada mesej masuk ke HP.
Jadi sampai tarikh tu depa kaum wanita pergilah ke klinik. Baru sekejap pegi depa call bagitahu suruh Arif datang sama sebab doktor tu kata buat jelah sekali takyah tunggu esok. Aku pun pegilah temankan Arif ke sana.
Fikir aku alang alang depa semua selesai sini, aku pun requestlah nak join vaksin sekali. Alhamdulillah rezeki, diterima. Allah permudahkan. Baik dan peramah doktor klinik tu. Memang legalah tak payah nak pergi jauh. Dapat jenis Pfizer, doktor tu sebut ni vaksin kayangan😅
Baguslah Kerajaan bagi klinik swasta uruskan vaksinasi. Cekap, pantas dan langsung tak sesak.
No comments:
Post a Comment