Monday, March 22, 2010

Multifunction Speaker

Dah lama jugak TV aku tu tak dengar bunyi yang power dum-dum sejak player JVC aku rosak. Jumaat lepas, sebab baru dapat claim pergi offshore, aku pun bawa family pergi ke Plaza Idaman...cari speaker. Mula-mula masuk kedai yang jurujualnya melayu, tapi aku tengok macam tak de knowledge pasal speaker pun minah tu. Silap-silap dibaginya speaker cokia punya.

Pegi pulak kedai lagi satu. Ada 2 jenis yang macam berkenan, satu RM59 lagi satu RM220, yang lagi mahal pun ada. Kedekut laa cina tu....mintak kurang sikit pun tak boleh. Last-last aku amik speaker yang RM220 tu.....aku belasah display unit punya pasal malas nak tunggu stok baru yang kena order baru ada.

Balik aku sambung sana-sini.....lama la jugak baru boleh pasang. Huihhhh....meletup jugak bunyinya, jadilah tu. Walaupun beli yang jenis murah tapi aku puas hatilah dengan pembelian ni.


handphone pun kena repair jugak


boleh pakai untuk pc sekali

No comments: