Tuesday, March 9, 2010

Rambut oh Rambut

Rambut Haikal panjang lagi. Sama macam aku jugak cepat panjang dan kena gunting selalu. Haritu balik dari rumah Hadi dah singgah satu kedai gunting dalam 6.50 lebih kurang. Aku tengok ada sorang pakcik aje. Sempat lagi ni agak aku. 

Sekali pakcik tu punya pakej cukur janggut sekali. Sudah!!! Terpaksa aku blah dulu dalam keadaan hujan pulak tu. Tapi dalam hati geram jugak, apesal laa pakcik ni dekat nak maghrib pun nak cukur janggut lagi.

Bising dia malam tu sebab aku tak jadi. Rambut dah maksimum panjang. Jadi lepas habis sekolah agama terus mak dia bawa pegi kedai gunting rambut budak sorang ni. Puashati dia...

sebelum

selepas...

No comments: