Wednesday, December 4, 2013

New Zealand Trip - Booking & Preparation

Booking Date : 3 June 2013

Tetiba aje tergerak hati aku nak tengok website Air Asia. Mana tau kot-kot ada offer baik punya. Try beberapa negara termasuk Japan dan Korea. Tak memberansangkan. Macam mahal je...

Tengok pulak Sydney. Bravo!!!.RM3880 returned untuk 4 Pax. Yes.....inilah peluang yang aku nantikan untuk mencapai percutian idaman kami ke New Zealand. Tengok pulak website Jetstar untuk route Sydney - Christchurch AUD 1256 returned untuk 4 pax.

Maknanya total RM7773 semua sekali. Bagi aku harga ni boleh tahan memandangkan tarikh departure 18 November sudah penghujung spring dan macam biasa le harga semua mesti sudah adjust macam summer punya rate.

Tarikh ni yang paling sesuai bagi kami sebab bebudak dua orang ni dah habis periksa dan cuti panjang. Lagi satu dapat jugak merasa melawat Sydney yang akan aku jadikan transit selama 2 hari pergi dan 2 hari balik. Maka pada 3 June aku pun booking kedua-dua flight.   

Terbeli benda ni masa flight ke Gold Coast tempohari. Adakah gambar ini relevan dengan booking date??

Preparation

Rentetan dari itu kamipun mula membuat pelbagai persedian yang secara ringkasnya seperti berikut :

1. Sebab aku dah memang plan nak amik kereta di Sydney dan campevan di New Zealand maka akupun belilah GPS di AEON Seri Manjung dan save semua favourite destination dan main attraction di Sydney dan New Zealand semua sekali termasuk tempat penginapan di kedua-dua tempat ini.

Tips aku untuk set up destination ni ialah pengguna kena pastikan tempat yang dituju adalah tepat malah kena confirm dengan google map sebab kadang-kadang ada alamat yang tak betul dan bertindih-tindih sudahnya boleh menangis tak berlagu bila sesat.

Terbang duit aku RM500++....install map AUS & NZ kena lagi RM100

2. Sebenarnya ada 3 option iaitu menyewa kereta, Motorhome ataupun Campervan. Search punya search aku buat keputusan untuk menyewa Campervan Jucy Rentals yang lebih kecil dan mudah dikendalikan berbanding Motorhome. Oleh kerana harganya  jauh lebih rendah dari Motorhome dan walaupun Jucy Campervan ni ada katil yang lengkap, demi keselesaan aku buat decision untuk tidur di motel setiap malam kecuali di Milford Sound sebab motelnya full house. Tambahan pula harga Powered Campervan Site (harga ikut pax - NZD 20/pax) di mana - mana Holiday Park beza sikit aje dengan harga sewa motel. Ada lebih baik aku amik motel.

Ertinya dalam hal ni aku dapat 2 kelebihan dengan kombinasi Campervan Jucy dan motel iaitu perjalanan yang selesa untuk anak-anak aku sebab boleh tidur atas katil masa travel (salah kalau ikut undang-undang.....tapi belasah ajelah), boleh masak makanan di mana sahaja (Campervan Jucy ni lengkap dengan peti ais dan dapur) dan waktu malam dapat tidur, masak dan mandi dengan selesa di motel.

Lagi best bila dijumlahkan sewa Jucy dan motelaku dapati harganya lebih rendah dari bayaran Motorhome dan sewa powered campsite. Ini sudah bagus. Of course pilihan ketiga iaitu kombinasi kereta sewa dan apartment lebih murah.....tapi pilihan ini tak berapa sesuai untuk kami sekeluarga.

3. Pasal makanan, Tesco Manjung memang tempat sesuai untuk mengumpul bekalan makanan di New Zealand nanti. Macam-macam perisa segera kami beli dari sini dan siap-siap aku prepare list untuk pemeriksaan kastam nanti. Ini termasuk jugak ubat-ubatan terutamanya untuk kanak-kanak. Beras, minyak semua tak perlu. Kat Christchuch macam macam ada.

Update: contoh list makanan dan ubatan

List ni memang sangat berguna. Kat dalam declaration form yang diberi dalam flight tick aje ada food and medicine dan tulis refer to attach list. Cuma perlu tunjuk kat imigresen atau kastam, insyallah settle.

Dekat Sydney pulak aku memang plan tak masak dan cadang nak order aje makanan kat Malaysian Hall.

Bertimbun!!! Bekalan untuk 8 hari di NZ

4. Untuk trip kali ni aku beli lagi satu hand carry, di AEON jugak.


5. Tentang pakaian pulak ada ler tambah sikit sikit termasuk stoking. Sweater lama bole pakai lagi...jimat. Kasut beli sorang sepasang kecuali aku. Gitulah pengorbanan seorang bapa....

26 comments:

  1. Salam..nk tanya listing tu buat mcm mane?
    Kene tulis nama2 ubat & kegunaan ker?
    Asing ker tulis dlm declaration form dgn listing tuh?

    ReplyDelete
  2. Wasalam. Betul tulis nama dan kegunaan. Tulis dalam kertas berasingan dan terus hulur kastam sebelum dia sentuh beg kita.

    ReplyDelete
  3. ok tq tq... terlepas pandang list food tu.. hari tu excited scroll terus ke food agaknya...

    ReplyDelete
  4. Salam. Sy nak tanya, sblm pergi NZ ada tak encik sekeluarga ambk jap H1N1? Advisable ke? Essp utk family yg ada baby..? T.ksh.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam,
    Tak kami x ambik apa-apa suntikan pun. boleh je amik kalau rasa perlu

    ReplyDelete
  6. Salam.nk tnya,klu gi nz time summer,tiket from aussie ke nz by jetstar mmg agk mhl ke?sy plan utk ke nz summer nnt.via melbourne.tq

    ReplyDelete
  7. Waalaikummusalam
    Summer biasanya mahal, tapi Jet Star ni kerap ada offer, kena selalu check masa dia buat offer terus booking.

    ReplyDelete
  8. Salam. Nak tanya..saya plan nak pegi NZ bulan Nov tahun ni.


    Pegi KUL--> SYD --> Christchurch
    Balik Christchurch --> SYD--> KUL

    KUL<-->SYD naik AA
    SYD<-->Christchurch naik Jetstar

    Soalan saya :
    1) Saya nak tanya masa balik dari Christchurch--> SYD saya plan naik Jetstar pukul 6.30am dan sampai 8am di SYD. Kalau flight AA saya pukul 12 t'hari ..hari yg sama, +/- 4jam tu rasa cukup ke kalau dikirakan masa yg akan digunakan utk collect luggage/imigresen/boarding etc?

    2) Saya x penah naik jetstar..jadi nak tanya baggage dan passport kita boleh edit/tambah kemudian kan macm naik AA jugak ke?

    Btw, really enjoy reading your blog. Very informative & great pics.

    TQ

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Kunas,

    1. Ideal case kalau tiada masalah memang sempat. Saya tengok ramai yang buat macam ni, turun dari Jet Star terus ke Air Asia. Cuma risikonya kalau flight Jet Star delay, sebab memang ada kes delay maklumlah low cost flight. Kalau yakin InsyaAllah tiada masalah.

    2. Edit Jet Star untuk luggage memang boleh. Tiada masalah. Passport saya tak pasti sebab belum pernah lagi.

    Have a nice trip soon !

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum . Visa kene apply tu australia and new zealand seperately ke atau mcm mana.

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam,
    Hanya Australia memerlukan Visa. NZ tak perlu. Boleh apply online atau bayar sikit kat travel agent, dia boleh tolong buatkan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    Untuk visa di australia . Tuan ambil visa tourist biasa atau transit?

    Untuk motorhome . Saya tgk rental dlm 13++nzd.. insurance bond 5000nzd, untuk pembayaran.. saya kene bayar dahulu insurance sekali ke.. maksudnya saya akan di caj nzd 6k++ ke or mcm mana?

    ReplyDelete
  13. Waalaikumussalam,

    1. Untuk visa saya amik tourist biasa.
    2. Bagi saya insurance Stress Free Plus Cover sudah memadai - NZD 55 daily. NZD 5000 tu kalau you
    amik Risk Taker Cover tapi saya tak tahu terms dia macam mana.

    ReplyDelete
  14. Tuan Amran..saya mohon share ye?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. Untuk driving license di New Zealand, macamana? Perlu buat international driving licence atau translate license ke english? Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam,
    JPJ translation dah memadai

    ReplyDelete
  17. Memang best trip macam ni.... kami dah try Motorhome kat Melbourne haritu....

    Maybe next destination Europe atau NZ macam tuan pergi ni.....

    ReplyDelete
  18. Mmg best. Berbaloi try kat NZ pulak

    ReplyDelete
  19. Hi.Salam nak tanya kalau medication letak sekali dlm beg makanan tu ke? And kalau seorang je yg check in makanan yg kene declare tu, org tu je tick dekat arrival ke?

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam,

    Letak sekali dalam beg yang sama pun tak de hal, asalkan semua ubatan ada label, dalam satu pastik lebih baik. Boleh aje declare semua makanan atas satu nama , tapi masa kastam check tu penama tersebut kena ada sekali bersama list.

    ReplyDelete
  21. Assalamu'alaikum,
    Nak tanya pasal insurance travelling kat NZ. Info pls...

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam, tak dapat nk bantu sbb saya mmg x ambik trevelling insurance. Cuma jucy campervan saya amik stress free insurance untuk cover sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete
  23. Salam,

    Saya nak bertanya keseluruhan perbelanjaan petrol sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam,
    Minyak dalam NZD 450

    ReplyDelete
  25. Excellently written article, if only all blogger offered the same level of content as you, the internet would be a much better place. Please keep it up!.Great tips, I would like to join your blog anyway.Waiting for some more review.Thank you
    motorhome rentals Sydney

    ReplyDelete