5 September
Bangun pagi dalam suasana oversea versi tempatan memang lah syok. Tu yang takkan pernah jemu mai Cameron Highland ni.
Pagi ni bersarapan di cafe hotel Casa ni. Hotel ni agak kecil jumlah penginapnya walaupun biliknya besar-besar. Jumlah bilik hanyalah 30 buah. Mungkin ownernya saja design macam ni untuk lebih eksklusif. Jadi cafenya comel dan ada beberapa meja sahaja.
Memang bestlah terasa istimewa layanannya dan makanannya pun sedap sedap belaka. Memang puas hati dan enjoy betul sarapan kat sini.
Nabila ni ada beberapa orang kawan dia kata depa suka tengok dia makan. Aku bergurau ni boleh buat duit, buat mukbang ala-ala Korea. Tak nak, malu katanye😄😄
Buffet
Depan lobi
Parking kereta dekat sini, terus direct access ke bilik
Lepas makan pusing pusing ke Taman Pertabalan Tanah Rata. Aku suka lepak tempat ni cuma masa ni ramai budak dok main skate board. Agak bising la sikit. Sungainya pulak aku tengok makin bersih, tahniah PBT Cameron Highland.
Makin jernih gaye air sungai ni, ada orang cuci ke?
Setiap kali mai Cameron, wajib ke taman ni. Dari zaman kecik renek dan kamera pun guna kodak lagi dah sampai
Seterusnya ke Taman Agroteknologi Mardi pulak. Ingatkan tutup sempena Covid ke, rupanya bukak, alhamdulillah. Best je tempat ni tak kira berapa kali datang. Dulu takde arnab sekarang dah ada. Suka depa kaum wanita family aku ni.
Cantiklah bunga ni... tapi confirm la dia tak sudi hidup kat bawah, panas
Sedap jugak ais krim strawberry ni
Last time visit Nabila ni terkilan tak sempat ke Rabbit Farm area Kea Farm. Ni kira peluang la, tak sangka kat Mardi pun ada banyak rabbit
Ada dua jenis arnab saiz besar dan saiz kecik. Yang besar tu sangkar lagi satu. Ramai orang dok tunggu giliran, jadi pilih yang kecik. Anak aku kata yang kecik lagi best sebab yang besar samseng dan asyik menendang aje
Mengantuk ye nak... amboi sejak PKP ni seronok sungguh dapat tidur anytime. Nanti Covid dah abis, kena masuk U semula taulah nasib ye😅
Jom balik
Habis Mardi ni, ke pekan Tanah Rata jap beli makan tengahari sebelum balik ke hotel semula. Tak keluar mana dah, tambahan pulak hujan. Kerap hujan mai kali ni. Makan malam pun order guna Food Panda je
Suasana sebelah tangga berhampiran bilik ni agak menarik untuk rilek-rilek
Siapalah Cameron tanpa strawberry😋
Makan malam ode Marry Brown |