Wednesday, March 28, 2012

Ke Lorient, France

Catatan 12 Mac 2012

Dengan tak semena-mena bos aku call dan bagitau yang aku kena pegi ke Lorient France. Notis ni memang terkejut tergempar. Oleh kerana aku tak lagi sudi mengharungi 3 bulan kesunyian di rantau orang ala-ala Bangla dan makan kebab siang malam, maka aku buat keputusan bawak semua ahli keluarga aku atas perbelanjaan sendiri. Habis lah tabung ayam maupun tabung itik kena pecah, tapi memang berbaloi berbanding 6 bulan OJT kat Hamburg 11 tahun lepas. 

Lagipun ini azam aku 11 tahun yang lalu " Sejak hari itu aku berazam kalau aku keluar negeri lagi, maka aku sanggup bergolok-gadai demi membawa seluruh ahli keluarga aku bersama-sama. Kata orang susah senang biar bersama ". Alhamdulillah aku telah berjaya menunaikan azam aku ini.

Bertolak dari KLIA dengan pesawat MAS pukul 11.50 malam. Sebelum tu makan dulu kat airport. Mak aii...air tebu RM 4.50. Apa punya pekena laa. Yang aku heran makanan tak mahal pun, harga biasa je. Apapun makan puas hati sebab aku tak tau pukul berapa pulak makanan dalam flight akan dihidangkan.

pemuda sebelah kiri ni Joy....anak saudara Nora. Sangat berterimakasih dengan dia ni sebab sudi hantar kami dari Manjung kemudian bawak balik kereta aku ke rumah aku.Maklumlah sampai 3 bulan nak parking kat mana?


Asyraf Ex Jiran aku ada datang menghantar.....thanks
Jauhnya perjalanan......sampai lenguh satu badan

Sampai di CDG Airport Paris lebih kurang pukul 6.20 pagi. Suasana sejuk dengan suhu 7 darjah celcius. Heran jugak aku apesal langsung takde sapa pun nak check luggage yang aku bawak. Kalau aku tau macam ni segala makneka barang aku nak bawak, tambahan pulak beg aku cuma 75kg aje total sedangkan boleh bawak sampai 92 kilo.

Dari CDG transfer pulak ke Orly Airport. Naik teksi yang dibawak oleh seorang muslim Morocco.  Driver Moroco ni ada cerita tentang keadaan hidup orang islam yang semakin terhimpit di France ni akibat diskriminasi. Anak-anak perempuan dipertikaikan kerana bertudung manakala menyembelih binatang dikritik hebat kerana dianggap zalim. 

 Orly Airport




Sampai di Orly suasana sejuk sekali. Sudah agak lama aku tak merasai suasana sejuk macam ni. Nasib baik baju sejuk yang kami beli di Winter Time Jusco Wangsa Maju tempohari sesuai dengan suasana macam ni. 

Lapar jugak rasanya kat Orly ni. Cari punya cari dengan izin Allah aku terjumpa satu kedai yang jual sandwich yang ada label halal. Tak berlengah terus beli. Alhamdulillah. Lama jugak menunggu di Orly ni sebab flight berikutnya 1.30 tengahari. Nak terlelap dibuatnya. Dari Orly naik kapal terbang lagi ke Lorient Airport tapi kali ni kapalterbangnya lebih kecik maklumlah domestic flight.



Air France dari Orly ke Lorient. 45 minit kat dalam ni. Kecik bebeno, sempat la minum air epal dan biskut.
dekat nak sampai Lorient

All Season Apartment

Padang belakang apartment - view dari tingkap





 gambar dari internet

Dapur dan peti ais comel

Sampai di Lorient sudah ada driver teksi menunggu dengan papan tanda "AMRAM" bila masa pulak nama aku macam tu? tak kisahlah janji selamat sampai ke apartment. Thanks Firdaus rakan BNS  tolong book teksi sebab airport Lorient ni kecik dan nak dapat teksi kena book dulu. Walaupun pada harga sewa yang rendah, All Season Apartment  ni ni cukup selesa untuk kami sekeluarga. Lengkap dengan dapur, TV, bilik air, 2 katil queen, Wifi dan lain-lain. 

Dari tingkap pulak boleh nampak ladang mat saleh, kuda pun ada.  Alhamdulillah. Letih sungguh budak-budak ni. Asyik nak tidur awal aje tapi  pukul 3 atau 4 pagi depa semua bangun siap masak makan, mengadap laptop semua cukup. Jet lag laa tu.  Aku ni aje tak de segala Jet Lag, rasa lebih kurang sama aje, mengantuk macam kat Malaysia jugak. 

Segala Puji bagi Mu Ya Allah, Tuhan Semesta Alam yang telah memudahkan perjalanan ini. 

No comments: