Monday, April 26, 2010

Program Motivasi Nabila

dengan beg dan totonya masa nak pegi
 
baru lepas pendaftaran
 
Adapun hari jumaat lepas pihak sekolah telah menganjurkan program qiamullail dan program membentuk diri menjadi lebih baik. Maka kesayangan aku "mata besaq" pun menyertainya.
Program cuma semalam saja tapi yang pakcik nak nangis tu persediaan dan kerisauan emaknya nak melepaskan Nabila pergi kursus tu membuat aku musykil. Risau kena gigit nyamuk, tidur atas toto, panaska, nak mandi macam mana, boleh ke bangun tahajjud dan qiamulail pukul 3,4 pagi.....semua tu jadi persoalan. Perbincangan isu ni semua....berjela-jela panjangnya.

Macamanapun lepas Jumaat kira-kira 3.15 pm kami pun menghantarlah Nabila ke sekolahnya yang sejauh 100 meter dari rumah. Huii.....jauh tu. Aku tengok budak-budak ramai yang dah datang. Nasib baik ada kawan-kawan Nabila tolong angkat beg dan bawa totonya yang besar dan berat tu. Kalau tak ntah macamanala Nabila nak angkat sebab ibubapa tak menghantar sampai ke bilik.

Esoknya pukul 12 lebih habislah kursusnya itu. Balik rumah Nabila buat style tak mau cakap dan cerita apa-apa. Haiii.....ada perubahan besar ke? Ok ke tak ni? Lepastu dapat idea nak buat-buat telefon guru besar tanya apa depa dah buat masa kursus tu sampai anak aku tiba-tiba diam..Hah! terus risau dia baru nak buka mulut.

Setakat hari ini aku tengok macam tak nampak apa-apa pun lagi, solat makin awal ke, biasa aje. Tambah rajin belajar ke, pun macam idak lagi. Hai tak tahu le pokcik...

Monday, April 19, 2010

Ke Zoo Negara

Ahad kemarin, kami pergi ke Zoo Negara. Walaupun dekat dengan rumah baru la ni sampai. Entry masuk untuk 4 orang kena RM52.00.

Sampai aje kat dalam teragak-agak nak amik train ke tak? Sebab aku tengok train tu laju semacam aje, macam mana nak enjoy tengok binatang? Last-last amik keputusan berjalan kaki sajalah....nak enjoy ler kiranya. Arghh..lenguh kaki dan letih.




aksi teddy bear


kura-kura dalam perahu..dia ni laa yang kalahkan arnab tu



Dengan suasana yang panas walaupun dah petang...berjalan kaki sambil bermandi peluh. Letih terkapaq.....kejap-kejap rehat kat bangku yang disediakan tu.

Nabila dengan Haikal aku tengok dah berjalan meleleh. Macam mengembara kat padang pasir laa pulak.

Arif Haikal's Birthday

selamat hari lahir haikal semoga menjadi anak yang soleh lagi berakhlak mulia



nisa tengah marah time ni, cakap macam-macam sampai tak faham

aksi grandmaster chess


Bulan April ulangtahun kelahiran haikal. Buat makan kecil-kecilan, family abang chaq dan hadi datang. Menu nasi minyak beserta kari ayam dengan sambal udang, bubur kacang dengan roti, jus mango dan agar-agar. 

Hadi sampai lambat sebab busy dengan kad kahwin yang orang order. Time nak potong kek tu si azim paling tak tahan nak ngap kek, yang si hadi pulak cari pasal melarang, marah gile dia kat hadi, lucu abis dengan gaya dumbam dia tu.

Depa lepak-lepak sambil main chess sampai malam, nasi banyak jadi untuk makan malam cuma tambah udang dan ayam goreng.

Tuesday, April 13, 2010

FSO lagi...

hah dah nampak

tu..dia, dia mai dah


hooray..chopper dah sampai boleh balik...




Suasana dalam bilik aku

Main Deck FSO Ratu Songkhla

Isnin lepas aku pergi offshore lagi untuk condensate lifting yang pertama kali. Setelah sekian lama dok cerita dalam pelbagai meeting pasal hal ni, akhirnya masa yang ditunggu pun sampai jua akhirnya.

Macam biasa tidur dulu dekat Hotel Reinassance Kota Bharu. Malang bagi aku, bermimpi jumpa hantu kat bilik 1715 yang aku tinggal tu. Sepanjang malam aku berjuang dalam mimpi dengan hantu tu sampai akhirnya aku cabar dia tunjuk muka dia kalau dia berani, barulah selesai, lega..

Pagi-pagi dah berangkat ke FSO, nasib baik kali ni cuaca agak elok berbanding bulan lepas. Maka bekerjalah aku di sini untuk proses lifting tersebut. Penat sungguh. Apa yang di rancang tak menjadi kenyataan. Pumping condensete dari FSO ke kapal tangki sepatutnya 16 jam, sudah jadi 30 jam sebab pam yang bermasalah. Akibatnya tamat pumping sekitar 11.30 malam. Macamanapun, makan memang tip-top, macam hotel 5 bintang.

Ekoran dari itu terpaksalah aku bekerja 24 jam, tak tidur sampai pukul 11 pagi esoknya. Letih, mengantuk.....dan macam-macam rasa ada. Yang paling suspen masa dokumen-dokumen nak dipindahkan dari FSO ke kapal tangki tu, hanya menggunakan beg kecil yang diikat pada tali dan di tarik melintasi laut. Bayangkan kalau dokumen tu semua jatuh dalam laut, alangkah sia-sianya penat lelah menyediakan dokumen tu semua.

Alhamdulillah mas...(ada indon yang kerja kat kapal ni)semuanya selamat dan lifting crew semua berangkat pulang pada hari jumaat dengan chopper 12.00 pm. Sampai masa aku menulis catatan inipun masih ada lagi sisa-sisa mengantuk dan letih akibat tidak cukup rehat dan tidur tu.

Sunday, April 4, 2010

Kedai Best Anak Aku

ni lah tempat yang terpaling best bagi anak aku semenjak dua tiga tahun ni...tak di jemu-jemunya lagi, tak tahulah sampai bila keadaan ni akan berlarutan. kalau boleh sejam pun takpa bagi dia duduk kat sini membelek

Beli Kanopi

Sejak aku pindah rumah sewa ni, kereta aku asyik kena jemur aje, maklumlah parking secara berderet macam ni. Bila masuk kereta, rasa macam masuk dalam oven. Panas sungguh. Dulu masa mula-mula pindah dah pernah beli satu, tapi...pasang dua hari aje sebab bila angin kuat habis senget dibuatnya.  Sekarang tempat dia dalam stor la.

Sempena claim offshore haritu ada duit lagi sikit aku pun teringatla nak beli semula sebab dah kesian dekat kereta aku tu. Pergi kedai kat Gombak, designnya tak elok langsung. Lepas tu pegi pulak Giant, tak dak pulak. Tanya-tanya peniaga kat depan flat navy setiawangsa tu, dia cakap kat Chow Kit biasa orang beli.

Terus ke KL, tapi singgah Mydin kejap. Selesai Mydin, amik teksi ke Chow Kit, pasal aku risau susah nak parking kat sana. Jumpala kedai jual canopy tu. RM210 harga dia lepas tawar menawar. Tapi yang problemnya macam mana nak bawak dengan teksi sebab canopy ni rupanya besar dan panjang pulak tu.

Naik satu teksi...siksanya aku terpaksa duduk senget kat depan sebab nak muatkan kanopi ni. Lenguh pinggang aku. Dah sampai mydin, satu hal pulak nak masukkan kanopi ni kat dalam kereta. Dengan gaya tak larat hidup dan mensedihkan aku ni, sampai ada sorang brader tu mari tolong angkat dan adjust masuk dalam kereta. Memang pembelian paling seksa aku rasa nih. Kalau terbalik atau senget lagi lepas ni aku insaf dah tak hingin nak beli lagi dah.

tunggu sementara aku pegi amik kereta kat parking bawah mydin tu

dah rupa pakistan jual karpet la pulak anak-anak aku ni

penuh depan belakang




Bila lama lama duduk dalam keadaan sempit macamni, mulalah nak cari pasal


nilah rupanya canopy susah payah aku tu, pasang siap-balik tinggal nak kembangkan aje..