Adapun hari jumaat lepas pihak sekolah telah menganjurkan program qiamullail dan program membentuk diri menjadi lebih baik. Maka kesayangan aku "mata besaq" pun menyertainya.
Program cuma semalam saja tapi yang pakcik nak nangis tu persediaan dan kerisauan emaknya nak melepaskan Nabila pergi kursus tu membuat aku musykil. Risau kena gigit nyamuk, tidur atas toto, panaska, nak mandi macam mana, boleh ke bangun tahajjud dan qiamulail pukul 3,4 pagi.....semua tu jadi persoalan. Perbincangan isu ni semua....berjela-jela panjangnya.
dengan beg dan totonya masa nak pegi
Macamanapun lepas Jumaat kira-kira 3.15 pm kami pun menghantarlah Nabila ke sekolahnya yang sejauh 100 meter dari rumah. Huii.....jauh tu. Aku tengok budak-budak ramai yang dah datang. Nasib baik ada kawan-kawan Nabila tolong angkat beg dan bawa totonya yang besar dan berat tu. Kalau tak ntah macamanala Nabila nak angkat sebab ibubapa tak menghantar sampai ke bilik.
Esoknya pukul 12 lebih habislah kursusnya itu. Balik rumah Nabila buat style tak mau cakap dan cerita apa-apa. Haiii.....ada perubahan besar ke? Ok ke tak ni? Lepastu dapat idea nak buat-buat telefon guru besar tanya apa depa dah buat masa kursus tu sampai anak aku tiba-tiba diam..Hah! terus risau dia baru nak buka mulut.
Setakat hari ini aku tengok macam tak nampak apa-apa pun lagi, solat makin awal ke, biasa aje. Tambah rajin belajar ke, pun macam idak lagi. Hai tak tahu le pokcik...
No comments:
Post a Comment