Sunday, September 21, 2014

Jalan Jalan Ipoh

16 September 2014

Cuti sekolah datang lagi. Memang cadang tak mahu pegi kemana mana cuti seminggu ni...lagi pun depa nak periksa tak lama lagi. Tapi itulah, tiba tiba aje bila petang Isnin tu depa ajak pegi Lost World...beria ria pulak lagi. 

Terasa akan kelucuannya sebab Ipoh ni kira sejengkal aje dari Manjung. Walaupun dekat, tapi banyak tempat kat Ipoh ni yang kami belum pernah sampai. Kalau dah namanya bercuti kena tidur kat hotel la tak kira dekat ke jauh hehe. 

Nama pun terkejut tergempar, jadi hotel pun tak booking. Walk in aje nampaknya. Taklah risau sebab ada banyak hotel.

Bertolak lambat punya pasal dekat pukul 6.00 petang baru sampai. Taknak rugi masa kami terus ke Taman Rekreasi Gunung Lang. 

Boleh tahan cantik nampaknya tempat ni. Ada tasik yang dikelilingi gunung dan gua batu kapur. Ada pulak bot untuk keliling tasik ni. Sayang tak sempat naik sebab servis dah tamat pukul 6.00 petang.

 
Cantik suasana kat Gunung Lang ni

Bot yang tak sempat dinaiki





Orang tetap ramai walaupun ofis dan gerai semua dah tutup


Besar besar la ikan koi kat sini....geram aku tengok



Habis tempat ni terus kami ke bandar Ipoh mencari tempat penginapan. Macam macam idea dan cadangan depa bagi nak menginap mana. Ada satu hotel tu aku singgah depa tak mau pulak, katanya hotel ni macam ada 'ayam' aje....hehhehhe. Akhirnya hotel Seri Malaysia Ipoh jugak jadi pilihan. Untuk family room harganya RM 169.00.


Family room Seri Malaysia Ipoh

Lontong ni asalnya dimasak sekali masa buat sarapan pagi tu untuk makan waktu petang...nak berjalan punya pasal, terus kami bungkus dan bawak sekali.

Nasi goreng kampung Seri Malaysia ni RM13.00 sepinggan. Bila lagi nak merasa order ke bilik macam orang kaya walaupun aku ni marhein je

Best dan selesa rasanya dapat tidur kat sini. Makan pagi esoknya pun boleh tahan. Ada nasi goreng daun kari lagi. Unik tapi sedap. Lepas sarapan tu terus naik kemas kemas barang dan check out.

Destinasi utama Lost World of Tambun terletak kira kira 15 minit sahaja dari hotel ni. Walaupun hari ini agak ramai orang tapi tak de masalah nak parking kereta sebab parking area memang luas. Cuma yang sikit kurang best tempat beli tiket nya agak lembab terutama bila ada pelanggan yang guna credit card. Total untuk 4 orang kena bayar RM180.00. Ini kali kedua ke sini.  Kali pertama tahun 2007 masa family day Kenchana HL.

Macam biasa theme park kat Malaysia memang tak boleh bawak makanan luar. Lepas masuk terus kami ke locker room dan simpan apa yang patut.  Bayarannya RM10 boleh buka tutup tanpa had.

Cuaca memang baik untuk bergumbira dan mandi manda serta mencuba pelbagai permainan yang ada. Seronok nampaknya depa berdua ni, macam tak nak balik aje. Tambah seronok depa bila melawat mini zoo kat dalam ni.

Untuk makan tengahari kami ke medan selera kat dalam ni. Kami order mee goreng,  pasembor dan mee rebus.  Boleh tahan rasa nya dan harganya RM6.50 satu. Air tin agak mahal RM4.00, mencekik nampak nya.



Ada diskaun RM 5.00 hari ini... kalau online rasanya boleh dapat lagi murah kot tapi dah tak berapa sempat






Berhenti mandi kejap...kita makan dulu. Lapar Lapar ni makan apa pun sedap jadinya

Naik keretapi dalam ni sempoi jugak. Masa masuk Petting Zoo ni la pelampung kami kena rembat. Sakit hati betul dengan pencuri nih...Dok intai jugak kot kot terjumpa balik pelampung no 142 tuu...boleh aku belasah cukup cukup ala ala kaki pukul hehe. Jenuh jugak pantun dengan orang jaga pelampung tu baru nak dapat ganti semula

Tin valley.....mendulang bijih timah


Kebanyakan mainan kat dalam ni habis depa cuba termasuk roller coaster, gelongsor air dan macam macam lagi 

Ayam serama ni memang jinak habis....suka depa anak ayam tu bertenggek atas tangan macam ni

Seronok pulak tengok ayam serama dan burung burung kat sini. Budak muda yang jaga tempat ni rajin bagi macam macam penerangan. Burung ni suka patuk jari katanya. Tapi nampak comel pulak bila mamat tu letak je ayam kat sebelah burung putih ni, terus burung ni slow slow datang dekat ayam, macam nak berkawan gayanya. Burung putih yang kat atas tu pulak pandai menyebut nama sendiri bila disuruh...Awang namanya.

Rusa. Bila tengok rusa ni terbayang aku dagingnya yang lazat.  Ada patut ke?

Bila lagi nak merasa mandi air terjun yang tinggi macam ni...heheh


 Punya banyak ikan kat kolam ni, tapi sekor pun depa tak dapat nak sauk...walaupun nampak macam senang nak tangkap tapi sebenarnya bukan main liar lagi...bagi orang geram je ni

Keluar je dari Petting Zoo terkocoh kocoh depa pegi tempat ni...takut orang ramai nanti jenuh pulak nak beratur. Nampaknya yang ni takdelah takut berbanding yang depa naik masa di Gold Coast dulu...giler tinggi dan curam. Aku yang tengok ni pun rasa ngeri.

Bila hari pun dah makin petang aku ajak depa balik...lebih kurang pukul 5 macam tu. Sebelum tu sempat lagi depa pegi mandi kat hot spring pulak sebagai penutup.

Habis tempat ni kami ke shopping centre sekejap sekali makan malam sebelum bertolak ke Seri Manjung semula. Dalam pukul 10 malam jugak baru sampai rumah.

Santai-santai di Hutan Lipur Ulu Licin Beruas

30 Ogos 2014

Cuti hujung minggu hari tu kami pegi berkelah. Ada dua option, tepi laut atau air terjun. Tepi laut sama ada Teluk Batik atau Teluk Senangin, suasana dan pemandangan cantik tapi mandi laut badan melekit-lekit jadinya, manakala air terjun pulak mandi best, sejuk segar tapi view dia nampak hutan je. Akhirnya untuk kali ni aku pilih air terjun atau jeram Ulu Licin kat Beruas.

Walaupun ada orang kata jeram macam ni  sudah tak selamat lagi sebab ada penyakit kencing tikus,  tapi kami tawakkal aje dan terus ke sana. Kali ni bawak kari ikan gerot-gerot dan ikan masin  untuk makan tengahari. Untuk bakar-bakar kami bawa ayam percik dan jugak beli ikan mentah di pekan Beruas. Minuman jus epal.

Tempat ni memang tak pernah gagal mendatangkan keriangan kepada kami sekeluarga. Lepak lama-lama kat sini memang tak de hal cuma halangan utama adalah kawasan ini selalu hujan. Nasib baik untuk kali ni hujan rintik-rintik hanya mula turun bila kami dah puas makan makan dan mandi manda. 




Kuih raya pun angkut sekali

Lama dah khemah ni berjasa...selain dari tempat berteduh digunakan jugak untuk salin pakaian



Ayam percik....yummy

Ramadhan 2014 - Berbuka di Dayang Restoran Teluk Batik Resort

Harga per pax sudah naik nampaknya :

RM 39.00 dewasa
RM 20++ kanak-kanak
5 tahun ke bawah percuma

Apapun harga ni tetap lebih rendah dari negara jiran bak kata pak menteri...

Alhamdulillah makanan sedap-sedap belaka.