16 September 2014
Cuti sekolah datang lagi. Memang cadang tak mahu pegi kemana mana cuti seminggu ni...lagi pun depa nak periksa tak lama lagi. Tapi itulah, tiba tiba aje bila petang Isnin tu depa ajak pegi Lost World...beria ria pulak lagi.
Terasa akan kelucuannya sebab Ipoh ni kira sejengkal aje dari Manjung. Walaupun dekat, tapi banyak tempat kat Ipoh ni yang kami belum pernah sampai. Kalau dah namanya bercuti kena tidur kat hotel la tak kira dekat ke jauh hehe.
Nama pun terkejut tergempar, jadi hotel pun tak booking. Walk in aje nampaknya. Taklah risau sebab ada banyak hotel.
Bertolak lambat punya pasal dekat pukul 6.00 petang baru sampai. Taknak rugi masa kami terus ke Taman Rekreasi Gunung Lang.
Boleh tahan cantik nampaknya tempat ni. Ada tasik yang dikelilingi gunung dan gua batu kapur. Ada pulak bot untuk keliling tasik ni. Sayang tak sempat naik sebab servis dah tamat pukul 6.00 petang.
Cantik suasana kat Gunung Lang ni
Bot yang tak sempat dinaiki
Orang tetap ramai walaupun ofis dan gerai semua dah tutup
Besar besar la ikan koi kat sini....geram aku tengok
Habis tempat ni terus kami ke bandar Ipoh mencari tempat penginapan. Macam macam idea dan cadangan depa bagi nak menginap mana. Ada satu hotel tu aku singgah depa tak mau pulak, katanya hotel ni macam ada 'ayam' aje....hehhehhe. Akhirnya hotel Seri Malaysia Ipoh jugak jadi pilihan. Untuk family room harganya RM 169.00.
Family room Seri Malaysia Ipoh
Lontong ni asalnya dimasak sekali masa buat sarapan pagi tu untuk makan waktu petang...nak berjalan punya pasal, terus kami bungkus dan bawak sekali.
Nasi goreng kampung Seri Malaysia ni RM13.00 sepinggan. Bila lagi nak merasa order ke bilik macam orang kaya walaupun aku ni marhein je
Best dan selesa rasanya dapat tidur kat sini. Makan pagi esoknya pun boleh tahan. Ada nasi goreng daun kari lagi. Unik tapi sedap. Lepas sarapan tu terus naik kemas kemas barang dan check out.
Destinasi utama Lost World of Tambun terletak kira kira 15 minit sahaja dari hotel ni. Walaupun hari ini agak ramai orang tapi tak de masalah nak parking kereta sebab parking area memang luas. Cuma yang sikit kurang best tempat beli tiket nya agak lembab terutama bila ada pelanggan yang guna credit card. Total untuk 4 orang kena bayar RM180.00. Ini kali kedua ke sini. Kali pertama tahun 2007 masa family day Kenchana HL.
Macam biasa theme park kat Malaysia memang tak boleh bawak makanan luar. Lepas masuk terus kami ke locker room dan simpan apa yang patut. Bayarannya RM10 boleh buka tutup tanpa had.
Cuaca memang baik untuk bergumbira dan mandi manda serta mencuba pelbagai permainan yang ada. Seronok nampaknya depa berdua ni, macam tak nak balik aje. Tambah seronok depa bila melawat mini zoo kat dalam ni.
Untuk makan tengahari kami ke medan selera kat dalam ni. Kami order mee goreng, pasembor dan mee rebus. Boleh tahan rasa nya dan harganya RM6.50 satu. Air tin agak mahal RM4.00, mencekik nampak nya.
Ada diskaun RM 5.00 hari ini... kalau online rasanya boleh dapat lagi murah kot tapi dah tak berapa sempat
Berhenti mandi kejap...kita makan dulu. Lapar Lapar ni makan apa pun sedap jadinya
Naik keretapi dalam ni sempoi jugak. Masa masuk Petting Zoo ni la pelampung kami kena rembat. Sakit hati betul dengan pencuri nih...Dok intai jugak kot kot terjumpa balik pelampung no 142 tuu...boleh aku belasah cukup cukup ala ala kaki pukul hehe. Jenuh jugak pantun dengan orang jaga pelampung tu baru nak dapat ganti semula
Tin valley.....mendulang bijih timah
Kebanyakan mainan kat dalam ni habis depa cuba termasuk roller coaster, gelongsor air dan macam macam lagi
Ayam serama ni memang jinak habis....suka depa anak ayam tu bertenggek atas tangan macam ni
Seronok pulak tengok ayam serama dan burung burung kat sini. Budak muda yang jaga tempat ni rajin bagi macam macam penerangan. Burung ni suka patuk jari katanya. Tapi nampak comel pulak bila mamat tu letak je ayam kat sebelah burung putih ni, terus burung ni slow slow datang dekat ayam, macam nak berkawan gayanya. Burung putih yang kat atas tu pulak pandai menyebut nama sendiri bila disuruh...Awang namanya.
Rusa. Bila tengok rusa ni terbayang aku dagingnya yang lazat. Ada patut ke?
Bila lagi nak merasa mandi air terjun yang tinggi macam ni...heheh
Punya banyak ikan kat kolam ni, tapi sekor pun depa tak dapat nak sauk...walaupun nampak macam senang nak tangkap tapi sebenarnya bukan main liar lagi...bagi orang geram je ni
Keluar je dari Petting Zoo terkocoh kocoh depa pegi tempat ni...takut orang ramai nanti jenuh pulak nak beratur. Nampaknya yang ni takdelah takut berbanding yang depa naik masa di Gold Coast dulu...giler tinggi dan curam. Aku yang tengok ni pun rasa ngeri.
Bila hari pun dah makin petang aku ajak depa balik...lebih kurang pukul 5 macam tu. Sebelum tu sempat lagi depa pegi mandi kat hot spring pulak sebagai penutup.
Habis tempat ni kami ke shopping centre sekejap sekali makan malam sebelum bertolak ke Seri Manjung semula. Dalam pukul 10 malam jugak baru sampai rumah.
No comments:
Post a Comment