Thursday, September 26, 2019

Menghantar Arif Haikal ke IIUM CFS Gambang

15 - 17 June 2019

Arif Haikal kini telahpun menyambung pelajarannya ke IPTA. Syukur Alhamdulillah dia dapat offer dari IIUM CFS (Centre For Foundation Studies). 

IIUM Gambang ni agak jauhlah bagi aku yang tinggal kat Perak ni, namun asasi UIA sukar dilepaskan sebab bidang yang diminatinya turut ditawarkan kat sini. UIA sekarang menempatkan semua student asasi kat CFS. Yang kat Petaling Jaya dah tutup rasanya. Jauh pun jauhlah.



Maka pada hari Sabtu 15 June satu family pun ke Gambang. Bertolak dari rumah dalam pukul 9.30 pagi dan tiba di Gambang lebih kurang pukul 6 petang. Lama tu... mana taknya, singgah sana, singgah sini sepanjang perjalanan. Kejap makan, kejap singgah bilik air, kejap minum cendol... ehhhh macam-macam lagilah😅


Cendol area Batang Kali


Sedap rasa cendol dan laksanya


Surau Stesen Minyak Area Batang Kali

Syukurlah selamat tiba di homestay tiga bilik  yang aku tempah ni iaitu Aleesya Homestay di  Taman Gambang Damai. Check in homestay pun mudah, tuan rumah tinggalkan kunci dalam peti surat. 

Cuma masa mula nak cari tu ambik masa sikit sebab laluan ke homestay takde dalam map lagi mungkin sebab taman ni masih baru lagi. 


Rumah yang bersih

Ruang tamu

Bilik tidur utama

Depa ni semua letih nampaknya, jadi untuk makan malam aku dengan wife pergi bungkus makanan kat restoran taman ni. Arif ni penggemar ikan sweet and sour, lepas ni dia kena makan kat cafe confirmlah takde seafood bagai macam ni. Jadi kasi jamu sama dia siap-siap. Aku panggil kedai abang lalok, sebab tukang amik order high semacam aje nampaknya😁. 



Tudia makan malam sudah ready

Esoknya semua bergerak ke Pusat Asasi yang dekat aje lebih kurang 6 km dari homestay. Walaupun sampai tu dalam 8.30 pagi, rupanya ramai yang telahpun mendaftar dan sudah masuk ke bilik. 

Anak aku ditempatkan di tingkat 4 Mahallah Al Biruni, tapi aku request pindah ke groundfloor. Alhamdulilah permintaan diluluskan, Terima kasih kepada pegawai tersebut.

Mahallah Al Biruni ni agak jauh dari pintu pagar utama namun dekat dengan cafe

Selesa dan agak cantik biliknya. Satu bilik ada 4 orang dan setiap orang ada kawasan masing-masing, jadi agak privacy. Kipas siling pun dapat sorang satu. Aku  bagitau anak aku, syukurnya dapat penginapan macam ni, tak macam ayah Matrikulasi kat SAS dulu, satu bilik ada 20 orang😅. 20 orang ada macam-macam kerenah. 

Sebelum kemas


Sudah kemas... kasi tambah cadar sama karpet. Dapat katil tepi tingkap


Bantal tertinggal kat homestay la pulak, petang baru hantar semula


Selpi dalam bilik asrama hehe

Selesai pendaftaran, angkut barang dan masuk bilik, terus menuju ke Taman Tas untuk membeli kelengkapan yang masih belum ada termasuk basikal. Ni sebab aku sedia maklum Mahallah Al Biruni agak jauh dari tempat kuliah jadi perlu ada basikal. 

Lama jugak mencari basikal dan peralatan letrik yang lain seperti heater dan kipas meja. Syukurlah kedai bukak aje walaupun hari Ahad. Habis beli semua yang perlu terus ke homestay. 

Sempatla anak aku rehat sekejap sebelum masuk ke Mahallah balik. 


Testing basikal baru

Dalam pukul 4 lebih pegi hantar dia semula untuk menyertai aktiviti minggu Taaruf (Orientasi) dan bermalam buat kali pertama di asrama.  Sementara dia ada perhimpunan tu aku lepak di cafe kejap. Uminye ni ha idak mau balik lagi huhu. Nanges teman. 


Selain cafe, Mahallah Al Biruni ini dilengkapi dengan gymnasium, mesin basuh berbayar, surau, kemudahan sukan dan lain lain


Lewat petang ni dah tak banyak menu yang tinggal...  nasib baik ada ayam goreng panas panas 


Kedai runcit dan kedai alatulis ni berhadapan dengan cafe

Masa tengah lepak kat cafe, tiba tiba anak aku call bagitau program Taaruf petang ni dibatalkan. Lepas makan terus kami semua pi ronda-ronda sekitar Pusat Asasi ni sebelum tinggalkan dia semula di sini. 





Depan pintu pagar... itulah bas yang student naik kalau nak ke mana mana selain myCar atau Grab

Esoknya isnin lepas check out kami pergi ambik Haikal di CFS dan bawak dia makan tengahari di Pekan Gambang.

Selesai lunch semua di Restoran Ayam Berempah My Mama kami terus menghantar Haikal ke kelas terus sebab dia ada exam Arab. 

Walaupun berat hati, terpaksa juga mengucapkan selamat tinggal kepada Arif Haikal kesayangan semua. 

Restoran My Mama.  Baru-baru ini dapat tau dari BMF rupanya owner dia  bukan muslim... haiyaa sepet punye ke

Ya Allah, kau mudahkanlah urusan anakku ini dalam menuntut ilmu. Berilah dia kefahaman, kedamaian dan kebaikan yang berterusan di sini.

4 comments:

Unknown said...

Baguslh Arif Haikal ni.

Unknown said...

Arif Haikal 4 Flat Sem 3 Aamiin......

Unknown said...

Esok Semoga Arif Haikal ke masjid Solat Subuh...Aamin....

Unknown said...

Saya Arif,Ty 🥰🥰