Saturday, April 27, 2024

Terengganu Trip - Day 1

21 Ogos 2023

Ini cerita tahun lepas. Ikutkan ada lagi tempat tempat lain yang aku pegi tapi dekat dekat la. Nanti bila rajin aku publishlah yang lain lain tu.

Arif Haikal tengah cuti semester ni. Jomlah jalan jalan Ganu pulak. Terengganu ni katanya cantik, jadi jangan lepaskan peluang. Ada banyak pantai yang perlu dikunjungi. Lama dulu pernah sampai, dah 20 tahun rasanya itupun area Sekayu aje.

Alhamdulillah perjalanan lancar. Ada yang guna highway dan ada jalan biasa.

Singgah Paka Waterfront dulu. Gayanya masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Ni kalau dah siap mesti lagi cantik.



Kuih akok ni memang sedap dan lembut tapi terlebih manis. Wife aku terkenang akok area UITM Permatang Pauh sana, lagi sedap katanya

Langsung tak ingat apa nama pantai ni. Tanjung Jara ke, Bidara ke entah tak ingat. Kejap kejap jumpa signboard pantai. Warna pasir yang keemasan nampak lawa


Seronok pulak melepak kat buaian sini... rasa macam citer bawang putih bawang merah la pulak 
 


Pantai Rantau Abang ni famous. Sejak sekolah rendah lagi aku dah tahu pasal pantai yang terkenal dengan tempat pendaratan penyu bertelur ini. Sayangnya pantai hebat ni kelihatan terbiar sekarang

Selain mengunjungi pantai wajiblah melawat Masjid Kristal yang mashyur ni.  Orang lain dah lama pergi aku ni baru nak sampai. Masjid ni siap 2008. Seperti namanya, masjid ni memang cantik dan gah. 

Dengan kedudukannya di tepian air, terasa benar akan suasana nyaman sekitar kawasan ini. Kami menghabiskan masa di masjid ini sambil menunggu masuk waktu solat maghrib.

Dengan teknik lampu yang pelbagai, masjid ini kelihatan sungguh menarik di waktu malam. Hebat.
 



Tenang dan damai



Cantik sungguh

Biru pule

Eh tukar lagi


Untuk makan malam kami ke Waterfront Kuala Terengganu. 


Harga makanan
Selera Bos ni memang berpatutan sungguh

Untuk malam first ni, suruh Nabila cari hotel yang paling murah sebab dah lewat malam. Mai cuti sini langsung tak booking apa semua main walk in saja. 

Dapatlah Hotel OYO Wahee. Atas kedai makan je. Haha bolehla tu. Sementara kedai tu nak tutup bisinglah jugak kejap, letih punya pasal elok je semua tidur.

Friday, April 5, 2024

Islamabad - Kuala Lumpur - Glenmarie Shah Alam - Manjung

3 October 2022

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur lancar aje. Untuk makan malam dalam flight nasi biriyani rasanya. Sampai di KLIA lebih kurang pukul 11 pagi. Keluar dari airport macam biasa ambik ERL ke Stesen Salak Tinggi. Lepas ambik kereta, terus ke Medan Selera berdekatan. Singgah lunch dululah. Apa lagi.
 
Suasana KLIA. Kasi tukar Rupee ke RM dululah

Tak ramai dalam ERL time ni 

Aku ingat depa nak ajak balik terus ke Manjung. Tak perasan aku masa bila depa plan nak melepak satu malam di Hotel Glenmarie Shah Alam. Rupanya Nabila dapat diskaun teruk melalui shoppe. Ini sudah bagus. Mana taknya 2 buah deluxe connecting room sekali dengan sarapan untuk 4 orang hanyalah RM200 lebih aje. Terbaiklah.

Lega rasa memandu jalan kat Malaysia ni. Maklumlah setelah 2 minggu melalui jalan jalan sukar di Pakistan 

Alhamdulillah dah sampai Glenmerie. Ni bilik pertama. Bilik kedua kat sebelah dengan connecting door.
Hotel ni memang bestlah. Bantal dia memang terpaling selesa 😀

View dari bilik. Tu ada orang tengah main golf. Swimming pool pun ada tapi tak sempatlah nak mandi


Makan malam order nasi goreng dan 4Fingers 

Cafe

Sarapan. Antara menu yang ada. Rasa nikmat betul dapat makan makanan Malaysia yang sedap ni hahaha

Yang ini pun sedap juge

Jom le balik anak oi dok buat gaya haru apa kat situ 

Lepas checkout terus menuju ke Manjung. 

Singgah makan dulu. Area mana ntah tak ingat. Maka terlerailah rindu Haikal nak makan char kueteow macam yang dia dok craving masa kat Yasin Valley haritu 

Tak habis lagi nampaknya kami dok mengulang ulang sembang pengalaman indah di Pakistan. Sepanjang jalan dok terkenang kenang akan keindahannya.

Sampai 2024 ni pun aku masih lagi  dok tengok tengok video Pakistan yang kami ada.

Ternyatalah Pakistan memang best. Tersenarai antara destinasi terbaik yang kami pernah pergi selain Swiss dan New Zealand.

Sunday, March 31, 2024

Pakistan Road Trip - Day 14

2 October 2022

Islamabad - Day 2

Hari terakhir di Pakistan ni. Malam nanti dah nak ke airport. Jadi masih ada masa untuk jalan -jalan atau beli souvenir apa yang patut. Untuk makan, kami ke area KFC sekali lagi, tapi kali ni makan di sebuah restoran di tingkat atas. Boleh tahan jugak rasa makanannya. Alhamdulillah.

Makan pagi merangkap tengahari sekaligus

Nasi kuah dhal ni macam bubur pun ada. Agak sedap.... depa suka

Tempat berikutnya adalah National Monument. Masa ni agak panas. Mengantuk aku, jadi aku tak masuk pun tempat ni sekadar menunggu dalam kereta sementara depa bertiga masuk ke dalam. Depa pun tak lama kat sini. 


Beli ais krim dulu


National Monument ni dibina sempena melambangkan simbol kesatuan rakyat Pakistan

Nice architecture





Cameraman


Brader ni semua benda nak tambah lemon. Air tebu pun tambah lemon. Style depa lah kot...sampai kena larang lah😁


Berikutnya kami ke stesen minyak / car wash untuk mencuci kereta sebelum dipulangkan. Maklumlah dah 14 hari ke sana-kemari mestilah dah kotor.


Sampai dah masa membeli souvenir jadi kamipun google beberapa kedai. Susah pulak nak jumpa, map dia silap kot. Akan tetapi jumpa jugak tempatnya kat area bazar. Banyak kedai souvenir sini....puas hati. Harga pun berpatutan. Jadi kami pun belilah apa yang sesuai.

Habis tempat ni terus balik ke Guesthouse sebab dah berjanji dengan owner kereta. Sampai masa owner pun tiba di Guesthouse dan ambik balik kereta Honda Civic dia. 



Suasana dalam kedai souvenir

Bergambar depan Guesthouse

Terus berkemas- kemas sebab dah nak ke airport malam nanti. Untuk ke airport aku request owner guesthouse hantar kami ke sana. Bayarannya berapa ntah tak berapa ingat.

Ramai betul orang kat airport malam-malam macam ni. Apapun sempat aje sebab masih ada banyak masa. Dalam pukul 2 pagi, flight pun departure menuju Kuala Lumpur. Maka tamatlah percutian selama 14 hari di Pakistan.