27 SEPT 2025 : Oath Taking Ceremony - Kulliyyah of Medicine IIUM
Alhamdulillah. Sejuta kesyukuran atas kejayaan anak lelaki sorang ni berjaya menamatkan pengajiannya di IIUM.
Suspen habaq hang dari dulu anak aku sorang ni memang suka bagi copot jantung. Yelah bila tanya pro exam hari tu boleh buat ke, jawapan cliche dia sama je.. taktaula macam susah ja. Dapat result pun masa dalam kereta tengah menuju Kuantan sebab dapat arahan untuk mengosongkan blok dan kena pindah bilik walaupun lulus atau tidak, sebab student baru nak masuk. Terharu sungguh masa Haikal call bagitau dia lulus tu.
Syukurlah dah lulus, sebab ada je yang kena repeat semester atau repeat year.
Anak sepasang Allah bagi. Alhamdulillah kakaknya pulak dah lama graduate degree Electrical Engineering dan sekarang bekerja di Lumut. Sebelum ni di Kuantan.
Jadi pada 26 September semua gerak ke Kuantan untuk upacara angkat sumpah sebagai pengamal perubatan. On the way tu singgah makan kat Warung Rijab Ustaz, Kampung Sungai Haji Durani. Menarik lokasinya dalam sawah padi yang menghijau.
Ini kali kami menginap di Imperial Apartment Swiss Bell Tanjung Lumpur. Sayang biliknya best view cantik tapi bilik kurang bersih.
Gambar dibawah sempena upacara bersejarah tersebut.













No comments:
Post a Comment