Tuesday, February 19, 2013

Teluk Batik vs Vale

Isnin lepas pegi Teluk Batik. Lama jugak tak sampai sini.......sesekali kena ulang, macam renew lesen le pulak. Pantai masih cantik macam biasa cuma aku tak puas hati dengan Majlis Bandaran yang tak buat kerja. Sampah berlonggok-longok dan nampak sungguh kotor. Tak sesuai dengan nama Teluk Batik yang agak famous ni.   

Depa ni kalau nak kutip cukai atau saman kereta cepat aje buat kerja.........malah masa nak saman parking tu bukan main terkocoh-kocoh. Tapi bila time buat kerja..hampesss..macam kutip sampah kat rumah aku jugak..kadang kadang berhari hari tak di angkutnya.


Satu lagi yang membimbangkan aku ialah Projek Vale di Teluk Rubiah. Dari tepi pantai Teluk batik ni dah nampak jeti Vale yang sangat panjang sehingga ke tengah laut. Vale ni sebenarnya projek construction kilang pemprosesan bijih besi berskala besar.

Ownernya dari Brazil dan projek ni dah ditolak banyak negara kerana bahaya yang mungkin timbul kesan dari operasinya yang tidak terkawal. Ntah macam mana boleh di bina di Teluk Rubiah ni. Ada lah yang tak kena tu....!!!! benda bahaya macam ni pun boleh approve?. 

Tak kira macam mana usaha Vale cuba nak meminimakan kesan pencemaran, aku pasti Pantai Teluk Batik ini akan merasai kesannya bila kapal-kapal pengangkut bahan mentah bersaiz gergasi akan mula memasuki perairan ini. Pasti ada tumpahan minyak dan bahan-bahan pencemar merosakkan keindahan yang ada ini.


Dulu masa mula-mula TNB Janamanjung di bina kat sini, semuanya nampak ok. Tapi lepas beberapa bulan beroperasi........bila aku ke pantai Teluk Rubiah, suasana benar-benar berubah sebab pantainya dipenuhi sisa-sisa arang batu yang tertumpah dari barge yang mencemari kawasan sekitarnya. Langsung tak de selera nak mandi laut lagi. Akhirnya seluruh kawasan pantai Teluk Rubiah itu diambil-alih oleh Vale dan pencemaran yang lebih besar bakal berlaku dan kali ini pasti melibatkan Teluk Batik pulak yang bersebelahan aje.


Sakit hati aku tengok semua ni. Macam ni ada lebih baik aku pindah aje ke New Zealand lagi bagus....hahahhaa......persoalannya ada ke kerja kat sana...??

Tuesday, February 12, 2013

Sahabat Lama



Sabtu lepas masa aku dok shopping-shopping kat AEON Seri Manjung tetiba ada orang tepuk bahu aku. Terkejut aku rupanya sahabat lama aku kat UKM ni, Berahim namanya. Dah 20 tahun tak jumpa member ni. Rupanya dia baru balik bercuti di Cameron Highland. Singgah sekejap kat Teluk Batik.   

Seronok jugak jumpa sahabat lama yang dulunya kaki buat lawak dan dok merapu masa sama-sama struggle nak dapat selesaikan course Chemical Engineering.

Update : Aku baru aje terima berita member satu kamsis KIY (Kamsis Ibrahim Yaakub) - Osman Saad telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Alfatihah. Dia ni budak Kedah. Dulu selalu aje main chess dan sepaktakraw dengan aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah. Begitulah kehidupan ni. Tahun-tahun kebelakangan ni ada aje aku terima berita yang macam ini tentang member-member sebaya. Entah bila giliran aku pulak. Ya Allah kembalikanlah hambaMU ini dalam keadaan beriman dan mendapat redha dariMU.