Saturday, June 30, 2012

Fascinating Switzerland : Day 4

Lake Lucerne Cruise & Mount Pilatus

Catatan 20 May

Seperti dijadualkan, hari ini adalah hari untuk cruising tasik dan naik Mount Pilatus. Selepas sarapan dan berkemas barang kami pun naik tram menuju Lucern Bahn. Sampai sana terus cari tempat simpan beg berkunci dan menyimpan semua beg-beg yang ada. Jalan-jalan sekejap masuk kedai souvenir sementara menunggu feri sampai.

Bandar Lucern/Luzern




Nak masuk feri kena berbaris dulu......disiplin diutamakan

Kira-Kira jam 10 pagi, Feri SBB yang dinanti pun tiba. Suasana memang nyaman untuk bersiar-siar apalagi dengan feri sebesar ini.

Nasib baik aku tak jadi amik Package cruising khas (contohnya Panaromic Yatch) sebab bagi aku  naik Feri SBB (Feri ni free dengan Swiss Saver Pass) ini pun dah rasa puas.



Seronok jugak cruising Tasik Lucerne ni ditambah dengan pemandangan yang indah dan memukau mata

Lucerne Lake view

Macam-macam bangsa ada dalam feri ni, agaknya semua datang dari segenap pelusuk dunia

Cafe dalam feri


 
Sampai

Perjalanan ini mengambil masa 1 jam barulah sampai ke tempat yang dituju iaitu Stesen Cog Wheel Alpnachstad.

Dari Stesen Alpnachstad ni kami mengambil tiket Cog Wheel (kena bayar sebab not covered by Swiss Pass tapi ada diskaun) untuk ke puncak Mount Pilatus.

Stesen Alphnachstad dan Cog Wheel merah


Walaupun ada 3 cog wheel tapi masih ramai orang berbaris menunggu giliran untuk ke atas. Bertambah sesak dengan adanya pelancong "macha' dari India yang suka buat bising dan kecoh. Adeh. Masa nak naik tu ada sikit kemalangan kecil bila Cog Wheel depan terlanggar yang belakang sampai pecah cermin. Suspen jugak le, dah le nak naik puncak tinggi.


Macamanapun perjalanan ke puncak lancar aje dengan pemandangan yang belum pernah kami saksikan sebelum ni. Geng-geng Hindustan dari India tu asyik-asyik "ho..ho..ho".....sebijik macam dalam filem Bollywood. Tapi ada jugak geng diorang tu yang peramah, asyik tanya aku macam-macam dan bagitau dia pun pernah datang Malaysia.


Dalam perjalanan tu ternampak beberapa kali pendaki gunung sedang naik. Kecik aje dari jauh....dan macam tak percaya aku tengok ada orang sanggup memanjat puncak securam ini. Kalau aku...hehehhe tak payah nak bayangkan le.

Satelite View Mount Pilatus dari google map

Kenangan bersamamu Mount Pilatus

Lebih kurang 20 minit perjalanan, akhirnya sampai ke puncak Mount Pilatus. Memang betullah pemandangan di sini sangat indah dan "breath taking" sepertimana yang aku baca dalam internet.







Background yang memukau mata


Puas hati bebudak ni dapat main salji sekali lagi 

Kat sini angin memang kuat sampai burung-burung yang terbang pun ada yang melayang layang ke belakang...jinak pulak tu, siap boleh bagi makan di tangan  



Masya Allah......hebat sungguh pemandangan gunung-ganang ni

View Tasik Lucerne dari Mount Pilatus

Naik gunung ke, naik bot ke......Nasi bekal tetap ada.....sejuk-sejuk atas gunung macam ni terasa lebih lazat
Kecik aje Cog Wheel merah tu dari jauh




Menunggu keretapi ke Lucerne semula 

Rasanya 2 jam jugak kami habiskan masa kat puncak Mount Pilatus ni. Puas hati dan seronok betul datang ke sini. Sampai aje ke bawah kami terus amik train dan balik ke Lucerne semula. Sebelum tu sempat lagi beli beberapa souvenir dari kedai berhampiran. Dari Lucern Bahn, kami amik keretapi lagi, menuju ke Lausanne sekali lagi.

Tuesday, June 26, 2012

Indahnya Switzerland Day 3 - Lucerne - Interlaken - Jungfrau

Catatan 19 May

Selepas semalaman berehat, perjalanan disambung. Tujuan : Interlaken - Jungfrau. Lepas sarapan, kami terus ke Lucerne dengan tram. Dari tram stop, jalan kaki je ke stesen keretapi dan lepas check jadual keretapi, masih ada sedikit waktu.

Dengan tidak membuang masa, macam kebanyakan pelancong lain kami pun tak melepaskan peluang bergambar depan mercu tanda Lucerne bentuk "pensel" ni. Sebelah aje dengan Lucerne Bahnhof ni. 

Suasana pagi - Mount Pilatus boleh nampak dari balkoni

Depan Lucerne Bahnhof


Famous Lucerne Chapel Bridge ni ada dalam Filem Harry Potter


Disebabkan airnya yang jernih tu dapat laa tengok itik menyelam sampai ke dasar

Merenung itik

Lepas bergambar kat sini kami pun naik keretapi dari Lucerne Bahnhof untuk ke Interlaken. Macam sebelum ni, dengan Swiss Saver Pass, tunjuk aje kad bila diperiksa dan boleh naik sesuka hati tak kira masa.


Lucerne - Interlaken - Lauterbrunnen - Wengen -Mannlichen

Perjalanan kali ni sungguh menarik, sebab pemandangannya sangatlah indah dan segar, terutama bila semakin hampir dengan Interlaken. Agaknya sebab inilah keretapi ini dinamakan "Panaromic Train".

Pemandangan sebenar lebih cantik dari foto, Masyallah. Memang menakjubkan sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Kira-kira 2 jam perjalanan dari Lucerne akhirnya kami sampai ke Interlaken...dan bertukar keretapi untuk ke Lauterbrunnen.


Indahnya perkampungan depa ni......hai kalaulah ni kampung aku




Brienz Lake




Pergi ke kedai membeli popia
Singgah sebentar beli berangan
Walau hingga ke hujung dunia
 Nasi bekal dilupa jangan







Beberapa minit perjalanan dari Interlaken, kami tiba ke Lauterbrunnen. Dari sini harus menukar kepada special train sebab perjalanan ke Wengen lebih curam.



 Tiba di Wengen dengan train hijau kuning.

Anak dara aku ni memang suka kucing tambah-tambah yang gebu macam ni.....kucing cantik ni hidup liar aje....kalau kat Malaysia ramai orang berebut nak jaga dia ni. 

View Lauterbrunnen Valley from Wengen



 Stesen gondola dari Wengen ke Mannlichen



Dari Wengen ni kami naik pulak kereta kabel atau gondola untuk ke puncak Mannlichen yang lebih tinggi dan bersalji. Enjoy sekejap suasana kat sini walaupun agak sunyi sebab aku difahamkan seluruh kawasan Jungfrau termasuk Jungfraujoch (kami tak ke Jungfraujoch sebab tak cukup masa) takde aktiviti main ski sebab ada banyak kes salji runtuh. 

Dalam gondola menuju Puncak Mannlichen









Merasa jugak akhirnya anak anak dan isteri aku pegang salji kat atas gunung ni





Turun dari Mannlichen, kami berjalan-jalan pulak di sekitar Lauterbrunnen. Tempat ni memang menarik dan indah...ada pekan kecil dan hotel hotel yang disusun cantik di celahan gunung-gunung.



Unik jugak batu-batu ni disusun dalam bentuk globe


 Pekannya yang kecil dan terdapat banyak hotel kat sini

Kat sini kami dapat menjenguk air terjunnya yang tinggi tu. Rupanya air terjun ni boleh naik sampai ke atas dan masuk dalam tunnelnya. Macam biasa le aku tunggu bawah aje menikmati pemandangan sementara depa tiga beranak naik sampai ke atas sana.




Sampai ke penghujung...basah  budak berdua ni terkena percikan air terjun yang kuat kat sebelah tu

Masa turun...laluan bahagian atas air terjun, curam dan tinggi 

Walaupun tempat ni cantik, ada bau busuk baja tu yang tak boleh blah...hahhahha

Berlatarbelakangkan air terjun Lauterbrunnen dan lembu susu



Bunga depan Hotel

Kat stesen keretapi. Lama pulak menunggu kat sini masa nak balik


Masa memang selalu aje tak cukup sejak datang Swiss ni. Menjelang senja kami menaiki keretapi menuju ke Lucerne semula. Keretapi melalui Berne sekali lagi untuk trip pulang kali ini. 

Dan untuk kali pertama kami solat di dalam keretapi. Dah malam baru kami tiba di Lucerne semula.