Lorient - Lausanne
Catatan 17 May
Sampailah ketikanya untuk kami sekeluarga berangkat meninggalkan bumi Lorient ni setelah hampir 3 bulan di sini. Pagi pagi lagi kami bertolak meninggalkan All Season Apartment menuju ke stesen keretapi Lorient dengan teksi.
Alang-alang kami dah ada kat Europe ni ada lebih baik pegi melawat apa yang patut. Destinasi pertama dalam jadual lawatan adalah Switzerland. Keretapi TGV Lyria yang kami naiki bergerak lancar menuju ke Gare Montparnesse, Paris. Pemandangan sepanjang perjalanan ini agak menarik dengan suasana hijau-kuning di kiri kanan.
Gare Lorient
Dalam pada tu ada jugak yang kami musykil pasal keretapi ni. Aku agak kami tersalah masuk coach. Sebab signboardnya tak begitu nyata. Rasanya kami termasuk kelas 1 walaupun tiket dibeli untuk kelas 2. Patutlah aku tengok aman dan macam exclusive aje tempat ni langsung tak de orang. Tukang check tiket pun tak kata apa-apa dah turun baru terfikir hal ni.
View dari atas TGV Train
Setelah 4 jam perjalanan akhirnya kami tiba di Gare Montparnesse Paris, seterusnya ambik teksi ke Gare De Lyon pulak untuk bertukar keretapi menuju ke Switzerland. Pergerakan kami agak sukar maklumlah terpaksa membawa 3 beg besar.
Bagaimanapun alhamdulillah sempat naik keretapi on time walaupun beberapa kali bertanya arah ke sana-kemari. Macam tulah kalau melancong negeri orang secara sendiri dan tidak mengambil pekej pelancongan, kena rajin bertanya.
Bagaimanapun alhamdulillah sempat naik keretapi on time walaupun beberapa kali bertanya arah ke sana-kemari. Macam tulah kalau melancong negeri orang secara sendiri dan tidak mengambil pekej pelancongan, kena rajin bertanya.
Gare De Lyon
View yang memang cantik dari Paris ke Swiss
Keretapi dari Paris ke Swiss...baru aje naik dah lentok
Tiba di Lausanne, Swiss lebih kurang 7.20 pm. Nasib baik masa ni europe lambat malam, maka
mudahlah kami mencari hotel Alagare yang telah aku tempah. Oleh kerana semua orang keletihan, lepas aje makan dan solat, semua orang tidur dengan nyenyak.
Unik jugak bilik kat Hotel Alagare ni siap boleh bukak bumbung
No comments:
Post a Comment