Saturday, January 22, 2011

Outstation - Meeting with Valve Manufacturer

Coronade Hotel Bukit Bintang

Walaupun tajuk macam pasal urusan kerja, tapi aku pun konfius jugak sebab gambar yang ada selalu macam aktiviti makan angin aje. Ishhh konfiusnya haku.

Kali ni meeting dengan supplier valve pulak. Check in kat Coronade Hotel sebelah Lot 10 dan depannya pulak Sungei Wang Plaza. Lenguhlah kaki aku meronda dengan depa ni kat dua-dua shopping centre ni. Shopping centre ni pulak udah macam kat negeri China.....maklumlah dah dekat CNY.


Pasal Coronade pulak, inilah kali pertama aku mandi kolam yang buat kami semua menggigil sejuk. Tu lah akibatnya kalau kolam renang dibina di bawah tempat berbumbung dan tak de cahaya matahari.


Area National Geographic...sempat jugak sampai ke Mesir dalam Lot 10 ni 

Lobi hotel

Kolam ni kosong aje takde orang nak mandi. Aku je yang suka mandi sebab kecil kecil dulu aku memang suka mandi parit dan sungai



Aku nak tergelak pun ada tengok gelagat bebudak ni mandi terutama Haikal. Dia ni kalau pasal mandi memang tak tahan sejuk, tapi nak mandi jugak. Apa yang dia buat asyik-asyik rendam sekejap lepas tu cepat-cepat naik dan berlari-lari pergi mandi shower air panas kat sebelah kolam. Bila badan dia panas sikit, masuk balik. Ulang lagi sampai banyak kali.

Tak cukup tu depa siap rembat pelampung kepunyaan hotel untuk guna kat situ...lagipun tak de siapa pun yang tunggu.

Friday, January 21, 2011

Manjung Latest Shopping Centre

Dah seminggu lebih Tesco yang baru kat Sri Manjung ni mula beroperasi. Aku tengok ramainya orang pergi kat Tesco ni. Meriah habis. Tak nak ketinggalan, kami pun pergi la jugak... Promosi kedai baru agaknya, memang murah betul harga barang basah kat sini.



Aku dengan Nora pun suka main game ni.....tapi yang besar punya macam kat sebelah tu

Parking pun banyak, tak lah susah macam setengah-setengah shopping centre kat tempat lain. Yang lebih gembira budak budak ni la. Ada pulak mainan video game kegemaran depa kat sana.

Aku agak tauke Giant, Billion dan Econsave mesti menangis tengok sambutan orang Manjung kat Tesco. Apa kisah.....janji yang untung rakyat marhain yang boleh dapat barang-barang murah.

Dinner @ Horizon Garden

Sekarang ni susah betulla nak cari kedai yang pelanggannya tak ramai kat Manjung ni. Mana mana kedai yang boleh tahan sikit masakannya asyik penuh je memanjang. Mula mula cadang nak makan western food  Cheff Noodle...alahai ramainya orang, hati paneh. Bila tahun le boleh dapat order.


Apalagi terus ke Horizon lah yang aku agak tak ramai orang. Betul sangkaan aku, orang memang tak ramai. Lega cepat dapat order dan layanan pun dapat lebih lebih istimewa.

Aku ambil pakej A dan cuma tambah red tomyam. Mak aku pun cakap makanan kat sini sedap. Teruslah mak aku cadang nak ajak adik aku si kuat makan tu pulak try makan kat sini lain kali, tapi kena la belanja aku sekali sebab aku yang introduce restoran ni...wakakaka.

Makan la dulu...ikan lambat sangat sampai, aku dah lapar

Selesai makan kat sini terus balik kampung. Hantar mak aku balik. Tidur satu malam. Esoknya pulak sempat lagi tu pergi mandi-manda di Air Terjun Allagar. Bukan main sejuk lagi, tapi sayang tak dapat mandi lama sebab hujan rintik-rintik dah mula turun.

Sunday, January 16, 2011

Outstation - Meeting with Cable Manufacturer Company

Royale Bintang Hotel

Kali ni ada meeting dengan Cable Manufacturer Company. Pergi awal satu hari sebab emak aku nak menjenguk rumah Hadi di Bandar Mahkota, Cheras. Kebetulan mak aku ada kat rumah jadi aku ajaklah sekali ke KL. Maka tidurlah kami semalam kat rumah Hadi ni, sambil melihat gelagat si Nisa yang banyak mulut tu.

Sibuk depa ni main game

Haikal ni kaki tak sampai pun tak nak mandi kolam kanak-kanak. Sanggup pegang dinding aje.





Esoknya baru kami check in kat Royale Bintang macam biasa. Tidur semalam saja, dan esoknya lepas meeting kami pun bertolak pulang. Hujan lebat sepanjang jalan, sampai nak keluar kereta pun payah. 

Sempat jugak singgah makan kat Restoran Atap keluar dari exit Bidor. Alahai......cokia habis restoran ni, makanan pun tak berapa sedap. Lapar punya pasal belasah ajelah.

Jalan Jalan Makan Pagi

Ni le Kampung Matang.......antara tempat makan kegemaran aku sekeluarga. Hari cuti suka jugak kami datang sarapan kat sini. Walaupun ala ala kampung aje, tapi makanan paginya sedap jugak. Menu spesel biasanya nasi putih dengan kari ikan, mee kari, mee rebus dan macam macam la.

Tepi sungai dan pengkalan ikan......lepas makan biasanya aku suka pergi menjenguk tempat jualan ikan tu. Kalau nasib baik ada la banyak ikan dan makanan laut yang fresh. Puas hati ler kalau dapat beli benda fresh ni.....makan pun rasa sedap.




Kadang-kadang tengok orang naik motorbot kat sini, teringin jugak aku nak merasa....tapi ntah-ntah keluar kat tepi pun aku dah sesat....maklumlah aku mana ada skill jadi nelayan, walaupun ayah aku dulu nelayan. Belajar kat asrama punya pasal.....habis ler semua skill ni.