Thursday, February 24, 2011

Aktiviti Sempena Cuti CNY

Raya cina yang lepas ada cuti bersambung 4 hari. Apalagi....balik kampung la. 

Tapi bila sampai je kat pekan Pantai Remis ni satu hal yang paling aku musykil, ada ke patut boleh jam dari pekan sampai ke Petronas Batu 17. Semua ni gara gara ada traffic light baru yang tak patut ada kat masjid Pantai Remis. Itulah lain kali kalau nak install traffic light ni bukan boleh belasah aje. Kurang-kurang pun 3 minggu kena buat study serta statistik movement dan flow terutama masa peak hours.

Aku kat kampung sampai hari sabtu. Adik perempuan aku cadang nak ikut ke Manjung tapi malangnya sampai kat pekan Pantai tiba tiba dia tak sihat, terus depa patah balik.

                                                                      
Malam tu mak dengan keluarga Hadi singgah rumah aku kejap untuk ambil anak anak sepupu aku yang ikut aku masa balik tadi. Depa ni cadang nak balik kampung dengan kereta Siti, disebabkan tak jadi datang maka terpaksalah depa semua balik berhimpit himpit dalam kereta Hadi. Kesian jugak.
                                                                   
Aku sempat jamu budak budak ni malam tu. Baru depa tau penangan puyuh masak pedas kat Restoran Haji ni......mantap beb

Esok tu pergi makan-makan kat Tesco. Apehal pulak dengan Haikal ni...?

Lepas balik dari kampung, kami pergi ke Marina WaterPark. Jalan menuju ke Teluk Batik sesak sungguh. Asal cuti aje berebut-rebut orang nak bersantai kat Teluk Batik ni.

Masih murah lagi rupanya entry kat sini, RM 7 aje seorang....Tapi heran jugak aku tengok sorang nyonya tu susah payah bertengkar nak dapat rate tiket kanak-kanak sebab anak dia badan besar walaupun baru 5 tahun. Hazab punya cina. Menangis pokcik nak beli tiket tunggu dia ni punya hal. Dah murah nak murah lagi.....apakehei. Nabila dengan Haikal macam biasa ler mesti syok habis kat sini. Asal dapat main air depa mesti happy punya.




Kisah Si Bangla

Sambil lepak lepak kat sini, sempat jugak aku interview mamat bangla yang kerjanya safety workers/ manager/ chemical to-up dll kat waterpark ni. Dia ni dah ler 3 tahun tinggal anak bini kat bangla sana...ni masa kat sini je, sebelum ni dah 8 tahun kat Arab...dah satu penderitaan. Kat sini dia tak de bini pun. Kerja pulak dari 9 pagi sampai 11 malam, gaji RM 1200, overtime sejam RM 3. Cuti langsung tak de....kalau nak kenalah potong gaji. MC pun potong gaji jugak. Begitulah tabahnya kehidupan dia ni, sehinggakan dia nampak lebih tua dari usianya 38 tahun. Semua kerja kat situ dia buat. Dialah supervisor dialah kuli.

Aku bila dengar kisah hidup mamat ni.....betul betul laa aku insaf, betapa bersyukurnya kehidupan aku sekarang. Rasulullah pernah bersabda "pandanglah orang yang lebih rendah dari kamu, supaya kamu bersyukur".