Monday, December 20, 2021

Rumah Sungai Lenggong


9, 10 & 11 September

Lama dah tak pi jalan jauh PKP punya pasal. Dok rumah pun seronok... tapi nak tambah lagi keseronokan tu kena lah pi jalan mana mana hehe. 

Sempadan oversea pun dah bukak dan ada 14 negara yang boleh melancong, akan tetapi anak anak aku pulak dah kena masuk Universiti masing masing. Jadi simpan aje cita cita tu tahun depan atau tahun lagi satu dengan harapan dapat matching cuti UITM dan UIA. Ditambah pula dengan kuarantin lagi tambah sukarlah nampaknya. Moga ada sinaran dimasa akan datang. InshaAllah.

Rumah sungai ni Nabila yang jumpa dan baca review serta buat booking. Nak alih angin pulak sebab nak merasa tidur dengan view sungai. Jadi semua setuju ke Rumah Sungai di Lenggong.

Bayarannya untuk 2 malam RM360 termasuk 2x sarapan dan 2x makan tengahari. Sampai masa bertolaklah semua ke sana ikut jalan lama Sitiawan - Manong - Kuala Kangsar - Lenggong. Kejap aje sampai. 

Masa kat Kuala Kangsar tu ada le lalu kat asrama sekolah lama aku SMC Kuala Kangsar. Banyak nostalgia pahit dan manis di sini. Ada satu peristiwa tu bila betul betul tak ada duit dan teringin nak makan laksa di kantin. Makanan di dewan makan memang ada tapi sesekali terasa nak makan di kantin.  Harga laksa 30 sen semangkuk dan aku cuma ada 20 sen. Aku mintak kat Mak Cik Munah, boleh tak nak beli laksa 20 sen. Nyaris menangis makcik tu, last dia bagi free pulak😅

Syukurlah Allah mudahkan jalan hidup aku ini. Masih lagi bernafas, dapat menyambung pelajaran serta membina kehidupan dan berkeluarga sehingga hari ni. Alhamdulillah. Ehhhh kenangan la pulak😅

Sampai di Lenggong sudah tengahari. Jenguk sekejap Tasik Raban. Senyap sunyi tempat ni yang dulunya meriah. Gerai semua tutup. Penangan Covid la ni. Panas pulak tu terus kami gerak ke tempat tujuan. 

Jalan lagi sampai ke Rumah Sungai. Parking dia sempit dan terhad. Nasib baik ada satu kosong. Lepas check in, terus masuk ke rumah yang disediakan. Boleh tahan suasana dan sungainya nampak menarik. Cuma banyak batu dalam sungai. Aku mengimpikan sungai tanpa batu batu macam kat obesi yang  selalu tengok dalam youtube😅

 View malam

 Sarapan masa on the way
                                                           
Rumah Aulia ni tak ada aircond cuma ada kipas siling. Tersilap pilih, nak merasa rumah kayu katanya. Tengahari  panas la sikit, tapi aku mintak kipas tambahan. Sini bilik semua katil queen. Request je tilam lebih atau apa saja termasuk makanan, nanti dia kira la murah murah  

Merasai suasana makan tepi sungai. Ni tadi sebelum sampai singgah beli makanan kat kedai area Tasik Raban 




Makan roti homemade Nabila malam ni


Makan pagi ni dihantar ke bilik. Sedap jugak nasik lemak dia


Makan tengahari. Memang sedap betul  dia punya masak lemak labu, talapia bakar sama sambal, ikan pekasam dan air asam serta ulam ulaman. Makan pulak tepi air macam ni bayangkanlah😍 

Aku tak berapa tahan nak berendam lama macam depa ni. Dia punya sejuk lain macam la

Selain bersantai santai di sini kami jugak ke Kuala Kangsar. Melepak ambik angin dan makan makan sini.

Sebelum tu saja pergi jenguk jenguk Glamping yang baru tengah nak beroperasi semula lepas tamat PKP.  Depa kata agak viral tempat ni.

 Sumpitan Glamping. Boleh tahan suasana tempat ni. Sesuai untuk group yang ramai

Cantik sungai dia

Ada pool gitu

Bandar di Raja Kuala Kangsar ni kena marilah maklumlah dah dekat benor

Laksa dalam medan selera ni rasa dia biasa aje... sedap lagi laksa Pakngah. Sebelum tu anak anak aku pegi tapau makanan dari tepian sungai sana. Ala ala pasar malam gitu

 Seronok pule teman rase rilek rilek tepi Sungei Perak ni kome😃

Geng hitam suda mari

Sarapan kedua untuk hari ketiga. Lunch tak ambil gambar pulak tapi tetap mantop rasa dia

Kesimpulannya bercuti tepian sungai ni agak seronok dan jenuh depa mandi  manda, cuma viewnya agak limited. Sekali sekala haruslah cuba suasana baru. Tak gitu.

Friday, December 10, 2021

Teluk Senangin


29 August - 1 September

Acara tahunan bercuti di Teluk Senangin datang lagi😅. Tahun lepas  2020 tak mai pun. PKP macam biskut kejap ada kejap takda. Dan macam yang sudah sudah pastinya Chalet Kamal Haji Zaman jadi pilihan. Cuma bilik je yang berubah ubah. 

Tetaplah mengunjungi tempat ini sejak dari zaman Pak Kamal dan pembantunya yang kami panggil brader German sebab anak dia dah jadi warga German, ketika keduanya masih sihat sehinggalah kedua-duanya telah meninggal dunia - إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون  

Chalet ini sekarang diuruskan oleh isteri Allahyarham Haji Kamal. Tak banyak beza malah semakin bersih dan membangun. Begitulah kami. Dalam usia kami suami isteri makin meningkat,  namun kesetiaan kepada chalet yang telah meninggalkan seribu kenangan ini tidak pernah berubah. Heheheh

Kali ni tidur 3 malam. Asal nak dok 2 malam je. Sampai masa nak balik depa ajak tambah hari lagi. Kalau boleh sebenarnya depa nak suruh tambah jadi seminggu terus haha. 

Aktivitinya sama, jadi tak banyak yang boleh diceritakan. Letak gambar aje macam yang sudah sudah.


Bermalam kat chalet hujung kalini. Semi D. Ambil  chalet sebelah kanan tu, tapi Puan chalet bagi lagi sebelah free aje. Terima kasih banyak

              
Home made bread. Rajin Nabila buat roti guna breadmaker. Lembut je... memang lebih sedap dari kedai 



Kembara mencari ketam 

Semakin hampir ke tempat yang dituju.. dekat aje tempat ketam ni sebenarnya heheh. Suspen juga manatau habis dibeli orang atau dah dibook sebab aku ni main terjah je

Alhamdulillah masih ada rezeki ketam yang masih hidup ni dan sedikit ikan 

Bakar bakar 1st night

Malam kedua... yaaa ketam sudah ada ini malam

Meja aluminium ni depa beli kat shopee lama dulu 

Enjoy nampak tidur tepi laut

Seronok main game Saidina  ni. Yang kelakarnya bila ada pemain dah nak muflis, boleh pulak depa merayu mintak pinjam duit dari pemain lain. Macam ni sampai esok pun tak habis

Cantiknya  sunset


Jom makan dulu

Homemade guna daun pisang memang mantop

Jalan kaki beli sarapan kat sini hari ke 3 dan ke 4

Rori canai dan nasi lemak kedai ni memang sedap


Suasana oversea versi Teluk Senangin





Bye Teluk Senangin... jumpa lagi 2022 nanti, InshaAllah.

Sunday, December 5, 2021

Vaksinasi

1st Dose                - 31 Julai 2021

2nd Dose               - 22 August 2021

Tempat                  - Klinik Seri Manjung

Alhamdulillah selesai vaksinasi sekeluarga. Asalnya wife aku dan Nabila aje yang patut divaksin hari tersebut, Arif hari berikutnya. Aku ni pulak dah terlepas tarikh yang sepatutnya dibuat di Beruas sana. Aku tak perasan langsung ada mesej masuk ke HP.

Jadi sampai tarikh tu depa kaum wanita pergilah ke klinik. Baru sekejap pegi depa call bagitahu suruh Arif datang sama sebab doktor tu kata buat jelah sekali takyah tunggu esok. Aku pun pegilah temankan Arif ke sana. 

Fikir aku alang alang depa semua selesai sini, aku pun requestlah nak join vaksin sekali. Alhamdulillah rezeki, diterima. Allah permudahkan. Baik dan peramah doktor klinik tu.  Memang legalah tak payah nak pergi jauh. Dapat jenis Pfizer, doktor tu sebut ni vaksin kayangan😅

Baguslah Kerajaan bagi klinik swasta uruskan vaksinasi. Cekap, pantas dan langsung tak sesak.


Sempoi Doktor ni

Lepas vaksin macam yang disebut orang mestilah ada kesan sampingan. Tak lah ada apa yang serius cuma badan panas sikit, mengantuk dekat seminggu dan kerap lapar. Apapun Alhamdulillah.

Tuesday, November 16, 2021

From Taiping With Love

1 - 3 Jan & 14 - 16 Mac

Tajuk "from taiping with love" ni sempena kartun dalam komik Gila-Gila dulu dulu. Saja aku letak dalam entry ni sebagai mengenang nostalgia muda-muda.

Dah November ni. Entry Januari dan Mac pun baru nak publish. Penangan Covid 19 le gamaknya. Lagipun bila anak anak ada di rumah ni, terasa  cepat betul masa berlalu . Macam tak sempat nak update blog hahaha. Dari bulan Februari tahun lepas depa ada di rumah. Alhamdulillah seronok rasa dapat berkumpul sama. 

Pergi Taiping ni sempena kerajaan benarkan rentas daerah, jadi ambik peluanglah. Dua kali mai Taiping ni sebenarnya. Kali ke 2 bulan Mac tu sebab nak hantar Nabila ke UITM. Anak aku ni kene balik  sebab ada kerja kerja lab katanya. Dekat nak raya baru balik rumah semula. 

Tak berapa ingat rentetan peristiwanya, jadi campur campur pun kira ok lah.

Untuk penginapan kami tinggal di Hotel OYO Casavilla dan Wawa Golf Inn masa kunjungan Januari tu. Wawa Golf Inn tu katanya berhantu dan macam macam yang menakutkan kalau ikut ulasan. Tapi aku tengok elok aje, semua orang nyenyak tidur sampai ke pagi. Namun kedudukannya yang agak terpencil jauh dari bandar dan suasana agak suram dan menyedihkan seperti bangunan lama yang ditinggalkan mungkin menyebabkan hotel ni taklah berapa favourite. Tapi kami semua tak kisah belasah aje janji selesa😁

Hotel Seri Malaysia Taiping pulak masa kunjungan Mac. Macam macam benda yang best kat Taiping ni seperti berbasikal serta naik paddle boat di Taman Tasik, makan makan di gerai bawah Larut Matang, yang ni memang best dan penuh nostalgia. Serta melawat Zoo, Museum lama, menjenguk air terjun dan lain-lain.



Parking Wawa Golf Inn

Wawa Golf Inn ni background gunung yang cantik... takde la pulak nampak sebarang hantu. Harga  rm45 je family room. Lepas tengok gambar bilik dengan harga yang macam tu, tu yang buat tak sabar nak booking hahaha. Plan asal nak tido Kuala Kangsar untuk malam kedua tapi entah macamana depa ni nak sambung Taiping lagi 

OYO Casavilla ni betul-betul tengah bandar Taiping


Seri Malaysia... 2 malam sini

Attraction utama Taiping semestinya Taman Tasik. Tempat ni memang legend lah


 Lepak lepak,  bentang tikar... tak sedar masa berlalu




Jom naik bot

Ishh rambut anak aku niiii

Seronok dan terasa lebih family bonding naik Paddle Boat ni

Main belon... nostalgia zaman kanak-kanak


Jom berbasikal

Baru aku tau basikal tayar besar lebih ringan rupanya



Bukan Taiping lah kalau tak hujan😅

Ayuh anak anak kita masuk ke zoo ye









Train dalam zoo

Aku syak last masuk muzium masa depa kecik sangat lagi. Masa ni hujan tiba tiba,  tu yang anak aku dapat idea nak masuk muzium

Muka bahagia dapat masuk muzium 😁

Burmese Pool. Singgah tengok aje


Makanan kat Medan Selera Larut Matang ni sedap sedap belaka. Paling mantap jiwa dia punya pasembor dan popia basah. Ada 2 gerai popia, yang melayu tu lagi sedap bagi aku

Sarapan kat Seri Malaysia

Dinner kat Damia Tomyam Western Food ni memang sedap, murah dan cepat. Lokasinya sebelah Bazar Kamunting 

Sarapan di D' Santai Corner. Sedap juge


Gambar last ni masa dah sampai Penang. Makan makan sebelum hantar Nabila ke UITM. Sampai sana, PKP punya pasal hanya sorang je boleh hantar sampai ke dalam Kolej. Yang lain  kena tunggu dekat area pintu depan.