Friday, August 10, 2012

Cuti Cuti London : Day 1 & 2

Catatan 25  dan 26 May

Check out dari Hotel Arley Tour Eiffel, kami terus mengambil teksi ke Euroline bas station di Paris Gallieni Porte Bagnolet. Sebenarnya boleh saja naik keretapi ke London, tapi kali ni aku pilih naik bas Euroline pulak kerana tambangnya memang murah banyak cuma Euro 177 untuk 4 orang berbanding keretapi yang lebih mahal.....jimat.

Bas ni lengkap dengan tandas dan memang selesa, cuma masa perjalanannya lebih panjang sedikit. Tak kisahlah.....kalau boring tidur aje.

                        Laluan Paris-London                                                   
Singgah sekejap kat Servis....


Perjalanan kali ni merupakan satu pengalaman baru kerana bas melalui terowong khas (Eurotunnel) antara France dan UK (menghubungkan Calais, France dengan Folkstone, UK) dan melalui bawah laut Strait of Dover. Tunnel ni sepanjang 50.5 km.

Sampai aje bas ke permulaan tunnel, bas dikehendaki memasuki Eurotunnel Shuttle (sebenarnya shuttle ni merupakan keretapi besar yang memuatkan bas untuk ke seberang sana). Pengalaman ni tak lah manis sangat .....sebab aku rasa sesak nafas sikit-sikit pasal procedurenya memerlukan engine dan aircond bas dimatikan sepanjang perjalanan tu.

Pintu masuk ke Eurotunnel

Dalam Eurotunnel Shuttle nampak macam ni aje

Kami tiba di London Victoria Coach Station lebih kurang pukul 4 petang. Tidak membuang masa terus mengambil teksi untuk ke Hotel Arinza Ilford yang telah aku tempah. London ni macam KL ler jugak.....asyik jem memanjang. Traffic light pun banyak. Sebenarnya kalau nak lebih jimat, untuk ke hotel ni boleh amik train dari London turun station Stratford, lepas tu tukar train dan turun pulak station Ilford. kena jalan kaki sikit dan cari hotel ni. Tak kuasa teman.....belasah teksi ajelah.

Berbanding Hotel Arley di Paris yang lepas, hotel ni lebih selesa dan langsung tidak berkira. Ada dapur pulak tu....boleh makan sedap-sedap lagi !!!. Bahan mentah pulak boleh didapati di kedai berhampiran. Ada ramai peniaga-peniaga Pakistan dan Arab di kawasan Ilford ni. Tak sangka komuniti Pakistan dan Arab sungguh berjaya di sini.

Patutlah masa nak masuk sini, macam-macam kami kena interview dengan imigresen London, rupanya depa takut kami datang sini sebab nak cari makan atau bekerja. Dengar khabar mat-mat saleh makin terancam dari segi ekonomi akibat kebanjiran pendatang asing yang semakin berjaya di sini.

Hotel Arinza - dari internet

Luar Hotel Arinza

Hotel Arinza Ilford - Anehnya aku pernah sampai ke hotel ini termasuk pernah mandi di dalam showernya tapi....... dalam mimpi. Tombol pemulas showernya yang boleh adjust suhu pun sebijik sama. Deja Vu? Aduh.....mimpi aku internasional jugak rupanya...hehehhe.
*
*
*
*
*
*
Selepas tidur semalaman, esoknya pagi-pagi kami ke stesen keretapi Ilford. Aku amik one day pass untuk kami berempat. Dari stesen Ilford kami menuju pulak ke stesen Stratford dan bertukar train di sana . Kali ini menggunakan Jubilee line yang laluannya merentasi kebanyakan main attraction di London. Ini atas nasihat seorang pakistan yang kami temui. Thank you....macha.

1st train stop yang kami ambil adalah London Bridge. Mesti ramai yang masih ingat lagu ni sejak di bangku sekolah lagi :

London Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady.

"So, this is the famous London Bridge" kata aku dalam hati.......Ianya nampak menarik walaupun tidak setanding dengan pemandangan di Swiss. Tentulah begitu.....masakan ciptaan manusia mampu menandingi ciptaan Allah.
 
London Tower Bridge ini lebih famous dari London Bridge yang sebenarnya







Benda bentuk telur ni kat Melbourne pun ada....aku syak mat saleh Australia meniru London maklumlah mengikut sejarah depa pun asal dari England jugak.....tapi para buangan la




Di London Bridge, kami sempat membeli beberapa souvenir dari gerai berhampiran. Rupanya souvenir kat London ni lebih murah dari Paris, walaupun dalam Pound. Sebenarnya nak lepak lebih lama kat sini tapi apakan daya Haikal sudah mula menunjukkan tanda-tanda kurang sihat. Maka lawatan terpaksa diringkaskan. 

Dari London Bridge station kami mengambil Jubilee line sekali lagi.....kali ini turun pula di London Eye station. Rupa-rupanya London Eye ni lebih happening lagi. Ada pelbagai aktiviti dan pertunjukkan yang menyeronokkan di kawasan ini. Akrobatik, maskot, silap mata, muzik, seni dan ada macam-macam lagi. Pendek kata memang meriah kat sini......bijak jugak PBT London tak melarang kegiatan macam ni.....ianya telah menjadi tarikan utama para pelancong.

London Eye dari atas jambatan yang merentasi Sungai Thames..

Bayar aje seberapa ikhlas kat orang ni.....boleh amik gambar



Bersama Mr Bean Celup.....muka dia ni memang ada iras-iras Mr Bean.



The Big Ben

Dari London Eye kami bergerak pulak ke Trafalgar Square. Sempat bergambar lebih kurang kat sini sebelum mengambil train ke hotel semula.

Trafalgar Square

Trafalgar Square from different angle

Suasana London....kecik-kecik dulu kalau sebut luar negeri tu London dan England lah yang selalu jadi rujukan.....syukur aku dah sampai sini dengan semua ahli keluarga. Emak aku dan 3 orang emak saudara aku pun dah pernah sampai sini sejak adik aku dah 3 tahun kat UK ni. Huh......orang kampung Matang Kerian udah internasional..... dahsyat mengkome....hehehheeh






Telefon ni macam dalam cerita Harry Potter

Masa nak balik kat station Stratford kami kehilangan arah macam mana nak ke Ilford semula. Dengan pertolongan Allah, ada sorang Mat Saleh bertanya kepada kami hendak ke mana dan secara sukarela mengiringi kami sampai ke line yang betul. Sanggup dia susah payah tanpa diminta.

Sungguh terharu aku atas kebaikannya. Begitulah Allah memberikan pertolonganNYA sama ada melalui tangan seorang muslim maupun bukan. Alhamdulillah. Kami tidur semalam lagi di Hotel Arinza sebelum bergerak ke destinasi seterusnya untuk satu lawatan muhibbah.......Durham.

1 comment:

Rafiq said...

Sorry, tumpang iklan ye Tuan Blog...

Kepada sesiapa yang nak melawat kota London, kami ada menyediakan servis penginapan budget di London :

http://homestaydilondon.blogspot.co.uk/

@

http://homestay-london.blogspot.co.uk/

TQ n sorry again..