Sunday, February 1, 2015

Krabi Trip - Day 5

Catatan 27 November 2014

Pusing-pusing Krabi

Hari ni lepas bersarapan di cafe Luna House kami meronda-ronda sekitar bandar Krabi sebelum check in ke hotel yang baru. Lepas check out dari Luna House dan tinggalkan beg-beg buat sementara dekat receptionist hotel ni, kami pun terus menuju ke pekan Krabi.

Krabi ni dekat aje dengan Ao Nang. Bermotosikal dalam setengah jam gitu. Dalam perjalanan ke Krabi ada banyak signboard Emerald Pool dalam 70 km jaraknya. Jauhnya...macam tak berapa berbaloi je.Tak pergi la nampaknya. Nak naik gajah kat sana pun depa tak berapa minat, kesian kat gajah katanya.

Pusing sana pusing sini akhirnya kami berjumpa mercu tanda utama bandar Krabi ini iaitu "Big Crab" di tebing sebatang sungai. Panas terik betul masa ni, jadi tak mampu nak lepak lama-lama kat sini. Sekadar bergambar. Lagipun ada dua ejen kat sini sibuk mengikut kami nak offer river cruising. Nampaknya air sungai ni tersangatlah keruh, jadi tak berasa nak join.




Berhenti isi minyak

Abis Big Crab kami ke sebuah gerai muslim. Kami order murtabak, roti pisang dan kueteow goreng atau orang sini panggil big noodles. Harga makanan di Krabi ni lebih mahal dari Ao Nang...terbalik nampaknya. Selalunya tepi pantai yang patut lebih mahal.


Selesai makan tengahari kami berjalan di kedai-kedai berhampiran tengok-tengok apa yang patut. Lepas tu ke pasar buah-buahan berhampiran. Nampak segar, jadi kami pun beli sekilo buah mata kucing, tembikai dan nenas.


Manis sungguh buah-buahan kat Thailand ni


Habis tempat ni kami balik ke Ao nang semula. Dalam perjalanan singgah kejap di sebuah masjid untuk solat. Ada beberapa masjid sepanjang perjalanan ini menggambarkan bahawasanya syiar islam memang tersebar luas di Krabi ini.




Sampai di Luna House terus kami ambil beg-beg dan letak atas skuter dan segera menuju ke hotel berikutnya iaitu Somkiet Buri Resort. Oleh kerana ada beberapa buah beg kenalah angkut dua kali. Tak masalah sebab hotel ni tak jauh sangat dari Luna House.

Cafe comel Luna House. Sarapan simple seperti roti, cereal dan minuman ada disediakan. Sapa yang nak jimat boleh je makan kat sini setiap pagi.

Angkut jangan tak angkut

Best. Hotel ni memang menarik dan persekitarannya indah. Di kelilingi pepohon hutan malar segar, suasana sekelilinginya memang sukar ditandingi. Biliknya pun selesa dan luas betul, berhampiran kolam renang yang direkabentuk dengan baik. Kami tinggal di bilik nombor 1009.

Check in aje kat sini , kami langsung tak kemana-mana lagi. Menghabiskan masa kat kolam dan melepak-lepak di bilik saja. Teringin aku nak tiru percutian ala-ala mat saleh yang suka bersantai sambil membaca di tepi kolam sekali sekala. Hahaha.




Lama tak mandi kolam, seronok pulak rasanya

Hijau dan segar...

Suasana kolam yang unik penuh kehutanan dan kerimbaan.
Bilik mengadap kolam ni untuk dua orang sahaja, penghuninya pasangan mat saleh. 

Oleh kerana hotel ini memang tersenarai sebagai hotel halal oleh "Jakim Thailand" maka tanpa ragu ragu untuk malam ini kami order makanan ke bilik. Menu pilihan kami adalah sepinggan nasi goreng Thai, dua pinggan nasi goreng America dan burger (special request Haikal).

Total RM45.00. Memang berpatutan sangat harga ini. Kalau kat Malaysia asal hotel best sikit je, mulalah harga makanan yang bukan-bukan.

Habis untuk hari ke 5 kami di Aonang.