Tuesday, December 15, 2015

Berketam di Teluk Senangin


2, 3 & 4 Januari 2015

Ini kira entry terbengkalai punya sebab lama betul aku tak update blog aku ni. Sibuk dok menguruskan kehidupan yang semakin mencabar sejak kejatuhan nilai ringgit ni....hehehehhe. Apapun blog ni macam rumah jugak, kalau lama jadi bersawang dan usang. Jadi pasal Teluk Senangin pun kira boleh la.

Teluk Senangin......tempat yang tak penah jemu pergi. Sama jugak macam Cameron Highland. Pergi waktu bila pun sentiasa best je. Kali ini tidur dua malam lagi. Musykil aku, dah berapa kali kami berazam nak sewa chalet lain pulak.......tapi berkesudahan tetap dengan Chalet Kamal Hj Zaman  jugak. Ada pelaris ni.....hehee.

Special kali ni menunya dikuasai oleh ketam-ketam segar dan masih hidup lagi yang kami beli dari nelayan di bahagian hujung pantai ini. Tunggu aje nelayan balik dari laut pagi-pagi. Bukan setakat ketam, udang besar dan ikan pun ada. Harga pun berpatutan. Sedia maklum ketam memang kegemaran kami sekeluarga. 

Sampai sini dah agak petang....jadi terus masak untuk makan malam

Makan malam dah siap

Esoknya pulak sudah makan pagi tu, aku pegi jalan sampai dekat nak hujung pantai tu...nampak macam ada bot nelayan baru sampai. Alhamdulillah ada rezki...

Kueyteow goreng untuk sarapan 

Pukat nelayan ni padat dengan ketam yang masih hidup 

 Ketam semua gred A punya.....perghhh

Ikan segar.....sukar dilepaskan



Chef sedang beraksi

Aktiviti membakar ikan berlapikkan daun pandan....
siang malam depa punya bakar....jenuh makan

Menu spesel untuk hari kedua...gulai lemak ketam
......memang terangkat

Ikan sebelah yang besar
...goreng aje pon sodap

Sebelah petangnya macam biasa kami bungkus je
...macam macam bole dapat



Cucur cempedak


Main wau yang dibeli RM10 kelmarin kat tepi jalan sana

Pokok ketapang yang sangat rendang

Malam pulak goreng aje ketam tu dan makan bersama bubur nasi......manyak syiok oooo

Makan megi sebelum balik

Mai sini depa angkut chess dan saidina....maklumlah banyak masa nak main


Aku membayangkan kalau lah pasir kat pantai ni putih dan lautnya jernih je macam kat Krabi tempohari...alangkah indahnya...mau check in sebulan terus





Pejam celik pejam celik dah pun hujung tahun...Mana pun tak pegi, tabung ayam itik semua habis bocor....

Tak pe, tahun 2016 aku beli tabung unta pulak. Besar tabungnya tu....hehehehhe.  Mana tau boleh melancong lagi banyak tempat yang indah-indah.

Monday, April 6, 2015

Al Fatihah untuk sahabatku Mohd Zuki

Image result for inna lillahi wa inallah-e-raji'oon maksud

Alangkah terkejutnya dan sedih aku hari ini bila mendapat berita yang sahabat baikku ini telah dijemput Allah ke sisiNYA. Allah, seorang demi seorang dijemput NYA. Dua tahun lepas Nordian, kini Zuki pulak. Giliran aku entah bila pulak.

Zuki ini memang sahabat karibku semasa di UKM dulu. Memang rapat dan selalu bergurau senda dengan dia ni. Macam-macam kenangan manis dengannya. Selalu jugak kami berhubung dan bertanya khabar. Tahu-tahu dia sudah tiada lagi.

Ya Allah,
Ampunilah sahabatku ini, masukkanlah dia di kalangan hamba yang engkau kasihi dan berikanlah dia tempat yang baik dan indah disisi MU. Amin

Nordian kiri sekali dan Zuki kanan sekali, kedua-duanya telah dijemput Allah. Alfatihah, semoga Allah merahmati kalian sahabatku. Selamat tinggal sahabat yang ku kasihi

Sunday, March 8, 2015

Selamat Hari Lahir Sayangku

Selamat hari lahir ku ucapkan kepada isteriku yang tercinta. Semoga dilimpahi rahmat dan kebahagiaan yang berpanjangan serta dikurniakan kesihatan dan hidup yang sentiasa gembira. 

Ya Allah,
Engkau kurniakanlah sebaik-baik kebajikan dan sehabis-habis rahmatMu kepadanya. Aku kasih padanya, maka engkau kasihilah dia. Aku sayang dia, maka sayangilah dia. Aku meredhai dia, maka Engkau redhailah dia. 

Berikanlah dia SyurgaMu dan pertemukanlah kami di dalamnya nanti sebagai suami isteri sekali lagi.

Amin Ya Rabbal Alamin 


Saturday, March 7, 2015

Last Day in Krabi

Catatan 29 November 2014

Alamak. Sudah sampai hari yang tak best.....kena balik! Macam biasa pagi pagi lagi kami sudah mula berkemas-kemas. Dalam pada tu masih sempat lagi nak berendam kat pool ni.

Selesai packing kami ke Luna House sekali lagi untuk memulangkan motorsikal. Untuk ke hotel semula kami amik Tuk-Tuk pulak. Merasa jugak naik Tuk-Tuk akhirnya.

Suasana pagi

Anak sapalah yang nampak kepala aje tu?

Ni mesti tengah perasan ala-ala Datuk bila dapat melepak macam ni....hehehe

Best jugak kalau dapat satu kat rumah saiz kecik macam ni... syoknya berangan... heheheh

Singgah beli nasi dan ayam goreng berempah yang sedap kat area masjid

Tambah makanan lagi kat gerai sebelah Luna House... I like

Ni lah tauke gerai peberet kami...hari last baru merasa naik Tuk-Tuk miliknya untuk ke Deevana semula

Hasil tapau untuk hari ini... kenyang sampai ke Malaysia

Acara menunggu di lobi

Driver kereta sewa ni nampak aje muka macam taikor.....sekali dia sembang dengan member dia, punyalah meleleh dan lembut. Sah, bahasa Thai memang style lembut terkulai layu......hehehehhe

Krabi Airport

Lepas check out kami pun mengambil kereta sewa ke Airport. Segalanya berjalan lancar. Jam 2.25pm Flight pun berlepas menuju LCCT 2. Maka tamatlah percutian untuk tahun 2014. Alhamdulillah semuanya selamat.

Kesimpulannya....Krabi memang best dan enjoy.

Krabi Trip - Day 6

Catatan 28 November 2014

Nyamannya suasana pagi di bilik 1009 Somkiet Buri Resort ini. Bangun pagi-pagi terus aku menjengah balkoni. Aku nampak dalam air tu macam ada ikan. Aku pun amik sisa-sisa roti dan campak sikit. Waaaa....bukan macam ada, memang ada ikan. Besar-besar pulak tu. Lagi laa best. 

Mula-mula beberapa ekor lepas tu makin banyak....sudahnya jadi pesta bagi makan ikan. Nabila pulak bangun.....dia ni penggemar haiwan. Suka la tu. First time kami dapat merasa tinggal di hotel yang special macam ni.



Next agenda mestilah makan pagi. Menarik nampaknya tempat makan ni. Ala-ala tradisional. Mungkin owner tempat ni selalu terkenangkan kampung halamannya. Tu yang dia design resort dia macam ni. Makanan pun sedap-sedap belaka. Apalagi........balun cukup cukup.

Suasana kafeteria

Kuah masak lemaknya memang sedap.....rasa macam nak mintak resepi aje

Sedap sungguh salad ni


Merayau rayau sekitar resort ni memang best... sambil menyedut udara yang segar

Anak sungainya yang jernih


Mandi manda sebelum check out



Deevana Plaza Krabi

Lepas check out dari tempat ni kami menuju ke hotel berikutnya iaitu Deevana Plaza. Sekali lagi kami berangkut dengan motosikal. Walaupun bagi sesetengah orang check in, check out macam ni agak leceh, kami tak kisah sebab objektifnya adalah nak merasa suasana yang baru dan merasai pengalaman yang berbeza-beza. Lagipun bukan susah sangat pun.

Untuk high season macam sekarang  harga yang kami dapat ni adalah yang terakhir kat sini menurut receptionistnya. Lepas ni harganya lebih mahal sebab hotel ni yang asalnya bernama Mercure Deevana Krabi telah di ambil alih dan secara automatik harga bilik-biliknya meningkat.

Welcome drink... sirap biru

Sayangku @ lobi

Lepas check in keluar makan dulu kat sebelah masjid ni. Sedap. Total RM55

Menu tambahan burger musti ada 


Nice view



Ini betul-betul idea merapu... ada ke patut dia punya bidai tu letak kat luar. Kalau sesapa tengah mandi, ada orang tarik ke atas cemana... tak ke mengelabah biawak... hehehehhehe


Gembira nampaknya ahli-ahli keluarga aku kat hotel ni. Aku pun suka jugak. Ini kali pertama merasa bilik yang ada access swimming pool. 

Family Access pool room ni memang best. Semua orang suka, maklumlah kolam renang dah  ada depan mata. Tak de kerja lainlah kat sini...berendam sakanlah nampaknya.


Unik.....mana depa dapat idea buat sudu bengkok macam ni



Sebelah malamnya kami merayau-rayau di kedai-kedai dan pasar malam kat sini. Tengok-tengok apa yang patut. 

Esok dah nak balik Malaysia jadi hari ini nikmatilah percutian di Krabi ini sepuas-puasnya.