Friday, September 27, 2013

Sarapan di Teluk Batik

Ahad lepas pagi-pagi kami ke Teluk Batik. Bukan nak mandi manda, tapi nak menikmati sarapan pagi dengan view cantik dan diiringi tiupan bayu segar. Sebenarnya makan pagi kat sini dah macam rutin je. Kerap bebenor. 


Sebelum tu siap-siap dah bungkus nasi lemak MEGA (besar ikan dia jenuh makan) dan kuih muih kat gerai di Fasa 2C. 


On the way tu ada hati lagi depa ni nak tambah "roti canai kuah sedap" kat Teluk Muroh depan TLDM....apa boleh buat gerai tu baru tengah dok setting up, malas laa aku nak tunggu. Terpaksa singgah beli kat mamak je.


Alhamdulillah banyak sungguh angin pagi ni...cuma yang agak tak sedap adalah pemandangan yang makin terhalang. Apa lagi.....terhalang oleh Jeti Projek Vale laa. Makin tinggi aku tengok jeti tu. Apa boleh buat.....harap-harap bila beroperasi nanti keadaan tidak bertambah teruk..Kalau tak mana pulak la aku nak pegi sarapan. 





Perut pun dah kenyang, lepak pun dah jenuh apalagi angkat kaki la.

Sunday, September 22, 2013

Taman Paya Bakau Lumut aka Taman Monyet

Lepas breakfast hari tu takde apa nak dibuat saja lajak ke tempat ni. Lama dah tak sampai sini. 2 tahun ada rasanya. Keadaan masih seperti dulu cuma bertambah buruk aku tengok. Laluan pun makin banyak yang rosak. Tak boleh nak senang hati jalan tengok merata rata, kena selalu tengok ke bawah le pulak takut terperlus kaki ceh!!



Vandalisme. Canggih bebeno kome ni siap ada Pengeusi JKK lagi





Siput beliung ni ada banyak kat sini..merata rata....maklumlah takde sapa yang sudi nak kutip kat tempat awam macam ni...aku tak pernah la makan siput ni...kata Nora rasa dia sedap la jugak..kalau dapat kutip kata dia mesti best...tapi bayangkan kalau orang nampak sekeluarga tengah kutip siput kat sini malu le......hehe. 




Sampai balik kami je yang ada. Nobody around. Pagi sangat kot.

AIDILFITRI 2013

Lama sungguh gambar ni duk dalam camera. Ada lebih baik aku publish...sebelum raya lagi satu mai pulak.








 Bakar sate, ikan dan kambing...sedappp


Raya pertama rumah mertua



Acara tahunan..genggam duit raya 

#
#
#
#
#

Kat rumah aku


Bawah ni  gambar sebahagian kekanak yang datang beraya 



Ni pulak free gift untuk kekanak yang datang raya. Ada 2 option...ambik duit raya atau pilih mainan



Ini lokan hasil carian oleh wife dan anak anak aku dengan gigih.....aku tak sanggup hahahaaa... dan bersama udang fresh dari laut

#
#
#
#
#
#
#

Kucing kat rumah ni pun nak raya jugak...yang ada 2 jantan 1 betina



Baru lepas terkepit cermin kereta 


 Baru lahir.... belum sempat cari kotak besar

Yang sekor ni,.lepas aku balik dari kampung lepas raya aje terus dia beranak,..macam tunggu tuan dia aje. Tapi hari ni dah habis semua dah anak anak dia mati, yang terakhir pagi ni laa....nampaknya aku ni dah rupa Tok Adi (dalam cerita tanah kubur tuu) .Kejap- kejap gali kubur...adehhh

Wednesday, September 18, 2013

Berbuka @ Dayang Restoran Teluk Batik Resort

Ini sempena masa mak aku datang bulan puasa hari tuu....cadang asal nak bawak berbuka kat Orient Star lagi, tapi masa nak booking depa bagitau dah penuh la pulak. Sebagai alternatif aku try call Teluk Batik Resort..ok ada kosong lagi.  


Sekarang bufet  Ramadhan Teluk Batik Resort ni dah berpindah ke Restoran Dayang pulak...kat Teluk Batik le jugak.Boleh tahan cantik restoran ni dikelilingi air.


Pasal makan kat sini pulak menu memang banyak sungguh...paling mantop dia punya gulai kawah, kambing golek dan kuetiaw goreng. ABC pun ada... Apa lagi, balun cukup-cukup.