Eiffel Tower
Catatan 23 May
Setelah 2 hari bermalam di hotel Sejours Disney, kami pun check out untuk ke destinasi seterusnya iaitu kota Paris. Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami bergerak dari stesen Val De Europe sekali lagi menuju ke Gare De Lyon, kemudian menukar train dan kali ini turun pulak di Station Dupleix.
Keretapi 2 tingkat ke Gare De Lyon
Di Paris ini aku tak ambik apartment, tetapi memilih menginap di Hotel Arley Tour Eiffel.
Bilik di Paris... 1 queen, 1 single dan 1 sofa bed
Lepas puas berehat, sebelah petangnya kami pun bergerak menuju ke Main Attraction utama Paris ni.... semestinya Eiffel Tower. Sebab tak berapa jauh, kami berjalan kaki saja.
Dalam perjalanan tu kami sempat beli key chain dari Mat Pakistan kat sini. Beli kat depa ni lebih murah dari beli kat kedai souviner sekitar tower.... maklumlah depa beroperasi secara solo.
Ini kali kedua aku ke Eiffel Tower ni. Kali pertama pada tahun 2001. Aku ingat lagi masa tu menginap di sebuah hotel di Grand Boulevard. Masa tu mana ada kamera digital.... gambar pun gelap aje.
Kenangan bersamamu di Eiffel Tower
Beratur untuk naik lift ke atas Tower
River Cruising
Kalau ikut aku bila suasana makin senja terus nak ajak depa balik hotel aje. Mujurlah Nora bagitau kalau malam depa bukak lampu kat tower ni lagi meriah. Lagipun solat boleh jamak takhir. Memang betullah, start aje dia bukak lampu orang ramai pun berbunyi.... wow!! tanda kekaguman.
Tower ni nampak menarik bila lampu dari pelbagai sudut dipasangkan. Tak lama lepas tu dia bukak pulak lampu yang jenis berkelip kelip.... bertambah cantiklah jadinya. Patutlah ramai aje menunggu kat sini walaupun dah malam.
Bila dia dah tutup lampu berkelip tu kami pun bergerak ke hotel. Dalam perjalanan balik ada lagi mat negro pulak nak jual key chain sampai tak mau beli pun nak jual jugak... nak berjalan pun tak selesa, kena kacau aje.
Kesian jugak tengok depa ni... kena kejar dengan polis lari bertempiaran. Kesian punya pasal beli lagi la beberapa Euro key chain.
Kesian jugak tengok depa ni... kena kejar dengan polis lari bertempiaran. Kesian punya pasal beli lagi la beberapa Euro key chain.
Kombinasi lampu yang bergemerlapan dan langit yang kebiruan menjadikan suasana sangat menarik pada waktu malam di sini
No comments:
Post a Comment