Thursday, March 31, 2011

Birthday 2011 @ Teluk Senangin

 26 Mac 2011

Sambutan tahun ni kira kira konsep outdoor ler kononnya. Teluk Senangin ler apa lagi. Tunda seminggu. Macam biasa tidur kat chalet Pak Kamal lagi kali ni.

Menu cadangan utama adalah sate. Minggu lepas baru berangan, minggu ni dah jadi. Senang je rupanya buat sate ni.


Bakar satelah acara paling best. Lembut betul sate kalau guna ayam bahagian tigh ni rupanya. Orang takde gigi pun boleh makan.

 Tak ketinggalan jugak siput remis yang depa cari sendiri pun depa bakar sekali





Selain itu ada jugak buat kuew teow goreng sebelah petang dan nasi lemak keesokan pagi. Budak-budak ni pulak asyik berendam aje. Biaq hitam kulit baru depa tau.

Saturday, March 26, 2011

Jom Makan Sate

Hujung minggu lepas balik Pengkalan Baru. Rupanya depa dah buat plan nak bakar sate. Cerita nak bakar sate ni dah lama, baru ni jadi kenyataan antara keluarga Abang Nan dengan keluarga aku. Depa dah siap-siap perap ayam dan daging. Maka budak budak tu lah yang cucuk sate kat lidi. Seronok depa dapat buat kerja tu.


Aku ni macam biasalah low profile dan tak suka glamer, maka watak yang sesuai untuk aku adalah tukang kipas sate je.... hahaa. Best jugak sate buatan sendiri ni.

Gaya dah ada, bila lagi nak start bisnes

Tambah pulak dengan masak lemak pucuk ubi, sambal belacan, ikan serta ayam goreng makin sedap rasanya makan kali ni. Makan pulak kat luar rumah. Lain kali aku cadang nak buat sate sendirilah pasal Nora cakap yang dia dah tau cara nak buat sate ni, kalau bakar kat Teluk Senangin ke musti lagi mantap punya.

Sunday, March 20, 2011

Outstation - Meeting with Supplier

Hotel Istana 

Minggu ini outstation lagi. Ada meeting penting dengan beberapa syarikat. Kali ni lega sikit pasal ditempatkan di hotel istana......tak payah jalan jauh-jauh sebab Main Office aku sebelah aje dengan hotel ni.

Sebelum tu on the way singgah kat Restoran Jejantas Sungai Buloh. Lebat betul hujan sampai terpaksa parking kereta kat bawah bumbung. Singgah beli sate Kajang. Hari tu aku dah hilang minat sebab rasanya dah merosot tapi masa outstation minggu lepas aku makan sate ayam dia ok la pulak. Cuma sate dagingnya yang masih lagi liat. Kena ada ISO 9001 gamaknya barulah kualiti sate depa ni boleh konsistent.



Check in satu malam untuk kali pertama kat Istana yang 5 star ni. Tapi aku musykil sikit sebab dia mintak cagaran RM150 untuk mini bar sedangkan bila masuk bilik apa pun tarak. Apapun bilik dia memang agak luas dan nampak mewah terutama bilik air, cuma kolam renang agak dalam sikit kira-kira saiz mat saleh.

Aku ni harap tinggal je kat hotel mewah tapi makan semua beli kat kedai mamak......hahhahaha. Sapa nak buang duit beli nasi goreng sampai RM38.00 sepinggan??? Kalau kat Coronade dulu order kat bilik bolehla tahan murah sikit harga dia, sedap pulak tu.




Aku pegi meeting depa bertiga bergumbira kat kolam 


Selera betul dia kali ni, habis semangkuk dia balun

Masa balik singgah makan kat R&R Rawang. Boleh tahan ler rasanya. Masa dah dekat dengan Teluk Intan, tetiba rasa dahaga betul bila teringat cendol pulut yang kami ternampak masa on the way datang semalam. Intai punya intai....terjumpa jugaklah gerai cendol pulut idaman tu. Apa lagi......siap tambah laksa daun janggus. Dia punya cendol tak berapa sedap la pulak. Apapun pulun.......lega.

Wednesday, March 16, 2011

Ulu Licin

12 Mac 2011

Lama sungguh kami tak pegi ke Ulu Licin ni. Minggu ni teringin rasanya nak merasa kedinginan airnya sambil menyaksikan keindahan alam sekitar dan deruan airnya yang mengalir tanpa jemu.

Sampai sana sekitar 11 lebih. Sebelum tu sempat jugak beli ikan kat pasar pekan Beruas. Musykil jugak kami sekeluarga pasal langsung tak de orang kat Ulu Licin ni. Apa dah jadi??? Perlahan lahan naik ke atas lagi..rupanya ada ramai orang kat sana, tapi takkan nak join depa pulak sebab macam group je....siap ada sukaneka lagi. 

Turun pulak ke bawah semula, tempat yang biasa aku pergi.....langsung tak de orang. Cuak rasanya.....nyaris-nyaris nak patah balik, ada pulak yang bagi cadangan pegi je allagar. Last buat keputusan mandi ajelah kat sini.

 Sebelum pergi, pekena dulu roti canai dengan teh kat kedai terapung Kampung Sitiawan ni





Terus turun barang, bentang tikar, diri khemah dan Nora pulak masak sambal tumis telur beserta goreng ikan kat situ. Apalagi guna dapur kecik tulah......berjasa betul. Dah banyak tahun aku guna masih berfungsi dengan baik. 

Hahaa.....betapa sedapnya makan makanan yang walaupun simple, tapi kalau tepi air macam ni bertambah-tambah jadinya dan terasa sungguh lazat. Itu belum lagi aku bakar ayam dan ikan.....puncanya aku dah kehabisan arang dan minyak gas yang belum diganti lagi.



 Aktiviti memanaskan badan selepas berendam

Tak lama lepas tu baru aku tengok ada kereta dan beberapa keluarga lain yang datang sini. Makin panas cuaca, makin best mandi air terjun macam ni. Sempat la jugak baring-baring sampai pukul 4 lebih. Kalau ikut budak-budak ni depa tak mau balik lagi, tapi memandangkan cuaca dah mula mendung, apa lagi angkat kakilah.

Seronok memang seronok bila buat aktiviti dengan ahli-ahli keluarga tersayang. Sebab tu lah aku tak hantar Nabila ke asrama nanti tak cukup korum la pulak. Gitulah adenye...

Wednesday, March 9, 2011

Outstation - Meeting with Designer

Coronade Hotel Bukit Bintang

Pergi kali ni sempena ada meeting dengan insulation designer dan accomodation outfiit fabricator Kaefer dan Lathe seminggu lepas raya cina. Meeting hari pertama diadakan kat head office, esoknya pulak dekat Megan Avenue.

Aku impress betul dengan Managing Director Kaefer Malaysia ni. Fasih dan fluent English dia ni, presentation dia pun mantap. Rupanya bekas orang PSC......patutlah pandai cakap. Kadang-kadang aku rasa dunia ni kecik je.....pi mai pi mai tang tu jugak.

Dari 3rd Floor Coronade Hotel

Kat Sungei Wang

On the way balik singgah makan mee kari kat Taman Tasik Perdana. Hampeh betul tak sedap langsung 


Balik aje dari trip kali ni aku pun cuba nak mengurangkan outstation lagi....alhamdulillah, dapat jugak aku break...dah  3 minggu tak pi mana pun. Hari tu nyaris kena pegi Penang dengan KL lagi, dapat aku mengelak dengan menghantar budak-budak aku. Lega betul rasanya.