Monday, August 5, 2019

Osaka Trip : Day 1

19 Feb 2019

Sapporo - Osaka Airport - Uphouse (Noe Uchindai)

Flight Sapporo ke Osaka dijadualkan pada 11.20 pagi. Jadi pagi-pagi lagi lepas sarapan terus check out dari hotel. Tanpa melengahkan masa terus menuju ke Orix Car Rental untuk memulangkan semula kereta. 

Alhamdulillah tak ada apa masalah langsung, nampaknya sepanjang perjalanan ini semuanya lancar, tiada sebarang saman trafik aku kena. Alhamdulillah

Lobby hotel Best Western Plus


Budak- budak kecik pi sekolah sendiri je... memang aman aman aje Jepun ni


Sampai airport masih ada banyak masa lagi jadi lepas check in lugage kami menunggu ajelah sekitar airport ni dan cari makanan halal yang ada. Terjumpa satu keluarga Indonesia yang agak peramah. Sembang macam-macam jugak, dan dia bagitau menantu dia ada orang Malaysia.

Reaksi depa ni sedikit teruja bila tau kami berkereta sepanjang trip ni. Aku agak orang berkeluarga ni memang selalunya ada keinginan memandu sendiri, maklumlah ada kanak-kanak dan orang tua, jadi berkereta pastilah lebih mudah dari pengangkutan awam. Bagi aku taklah susah mana drive kat obesi ni, dengan sedikit usaha dan tawakkal Insyallah semuanya selamat.



Lama pulak teman rase menunggu flight ni 

Pesawat mendarat dengan selamat di Kansai Airport terminal 2 lebih kurang 1.40 tengahari.  Terus amik free shuttle ke Terminal 1 dan seterusnya ke Aeroplaza untuk mengambil kereta sewa berikutnya dari Orix Car Rental. Sewanya 19,300 Yen atau RM740 untuk 3 hari. Selesa keretanya jenis Honda Vitz tapi saiznya kecik sedikit dari kereta di Sapporo.

Lepas dapat kereta terus menuju ke Osaka. Cadangnya nak singgah sebentar di Osaka Castle atau Umeda Sky Building. Macam tak berapa nak sempat nampaknya maklumlah winter macam sekarang ni, sekejap aje dah nak gelap. Masa amik kereta tadi pun dah kena hujan, pastu masuk  aje highway makin lebat hujan. Jadi terus lah aku set up destination ke tempat penginapan. 


Suasana di jalanan

Memang bezalah memandu di Osaka berbanding di Hokkaido. Dah la banyak traffic light, tol pun ada merata-rata. Tak kuasa aku nak naik train bagai, belasah aje... 


Kami tiba di Uphouse yang aku tempah ni sudah agak gelap. Instruction nak masuk dan key code dia pun agak jelas, jadi tiada masalah. Cuma nak dapat parking dia tu amik masa sikit sebab laluan dia agak mengelirukan sebab sehala dan malam pulak tu. 

Uphouse ni memang selesa lah, cuma heater dia tak berapa kuat sangat sebab dia guna reverse cycle aircond, pastinya tahap pemanasannya tidak setanding dengan heater biasa. Rentalnya RM528.

Jom le cepat masuk, bapak sejuk ni

Sampai sudah

Dapur

Makanan malam ni nasi goreng, Sejuk sejuk macam ni memang mantap


Bilik yang selesa di tingkat atasπŸ’—


Sebelah Uphouse ni ada sebuah supermarket serba lengkap. Sini ada jual macam-macam seafood pada harga berpatutan dan harga dia murah bila malam. Memang bestlah beli macam-macam termasuk udang, salmon dan oyster pun ada. Buah-buahannya pun best dan segar.

Supermarket berdekatan Uphouse yang memang berbaloi pergi walaupun sejuk-sejuk macam ni

Vending machine depan supermarket

Selamat malam Osaka. Esok nak pergi tengok hutan buluh dan melawat rusaπŸ˜„

2 comments:

Normala Saad said...

Wah seronoknya dapat travel ke Jepun.πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

said...

Ye Memang enjoy betul japan ni,semua orang suka nampaknya.