Wednesday, September 2, 2026

Scandinavia Scenic Journey - Day 6

4 Mei, Isnin : Bergen, Norway


____________________________________________________________

Jom mulakan perjalanan dengan sarapan terlebih dulu sebelum keluar meneroka Bergen. 

Jadi mat saleh pagi ni, menu spaghetti dan pizza

Walaupun cuaca mendung dan hujan renyai, plan jalan jalan tetap diteruskan untuk menikmati keindahan bandar yang terkenal di Norway ni, dapat tengok sikit sikit pun jadilah. Ada pun sehari aje di Bergen ni, usah le diabaikan.

Sebahagian langit yang diselubungi kegelapan 

Sementara tunggu hujan renyai berhenti orang pompuan masuk supermarket REMA 1000 beli jajan selain topup telur dan sedikit sayur.



Semua cash ada dalam ni oo

Lepak dalam kereta depan air ni tunggu hujan berhenti sambil makan aiskrim.




Pakat berhimpun dalam tu tunggu hujan

Hujan dah berhenti jomlah cari parking. Tanya sorang staf kat farmasi tu dia kata ada parking dekat je dengan bangunan kayu Bryggen ni.



Baru lepas hujan ni sah le sejuk lebih, terlupa pulak nak tukar pakai jaket tebal kat kereta tadi.. nangiss. Dah tengah jalan baru tersedar ehh terlebih sejuk weiii. Nak buat camne, jom jelah pusing pusing sampai beku pastu baru kita patah balik ke kereta😁


Dataran Torgallmenningen, tu monumen untuk memperingati pengorbanan pelaut Norway

Teater Park. Patung ibu & anak😳


Tulip merah


Santai nampaknya restoran

Tulip putih


Area Byparken

Muzium KODE Bergen

Tulip kuning

 Geng bahagia tengok bunga😁

Jom arr patah balik

  
Khemah merah merah depan tu Fish Market



Pintu keluar dari parking ni style kena tarik tali sendiri kat tepi dinding ni baru dia terbukak


Bryggen ialah bangunan kayu warna warni di tepi pelabuhan Bergen. Ia merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO

Geng otai depan ikon utama Bergen





Selesai bergambar di Bryggen, kami kembali semula ke Byparken. Nak tengok cherry blossom dari jarak dekat pulak katanya.

Bergen ni musim spring memang cantik. Bunga bunga terutama cherry blossom mula berkembang dengan jayanya.. menjadikan suasana tambah ceria.





Seronok lepak lepak tengok view macam ni




Habis di taman bunga ni, terus cari kedai halal meat Bergen. Walaupun masih ada lagi stok tapi risau pulak nanti lepas ni susah nak cari daging halal. Nasib baik masih ada lagi yang bukak, Oliven Mat namanya.

Tengok ada beberapa kedai lain jugak, tapi kebanyakannya dah tutup. Alhamdulillah dapatlah topup stok ayam, daging kisar dan ada ekor jugak kat sini. Boleh ler makan sup ekor nanti.

Gambar depan pintu kedai ni dari Google


Muka terhibur sebab banyak barang lagi murah dari supermarket. Apa lagi beli lebih sikit la

Popia gulung tu walaupun rupa sama tapi dia hanyalah macam roti canai kosong.. tipah tertipu


Sayur dan telur pun topup lagi, dah murah kan..


Habih dah beli.. moh ler balik rumah

Pelangi 

Walaupun mendung hampir sepanjang hari, tetaplah seronok mai Bergen ni

Sampai rumah tak perlu masak dah. Pagi tadi masa buat breakfast, wife dan Nabila dah masak sekali untuk dinner. Balik tu tinggal nak panaskan aje.

Menu malam ni nasi putih, masak lemak kuning ayam dan sayur campur. 

Alhamdulillah, tamat untuk hari ini. Bergen, kenangan manis penuh dengan bunga, tasik dan bangunan bersejarah yang terkenal.

No comments: