Friday, April 5, 2024

Islamabad - Kuala Lumpur - Glenmarie Shah Alam - Manjung

3 October 2022

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur lancar aje. Untuk makan malam dalam flight nasi biriyani rasanya. Sampai di KLIA lebih kurang pukul 11 pagi. Keluar dari airport macam biasa ambik ERL ke Stesen Salak Tinggi. Lepas ambik kereta, terus ke Medan Selera berdekatan. Singgah lunch dululah. Apa lagi.
 
Suasana KLIA. Kasi tukar Rupee ke RM dululah

Tak ramai dalam ERL time ni 

Aku ingat depa nak ajak balik terus ke Manjung. Tak perasan aku masa bila depa plan nak melepak satu malam di Hotel Glenmarie Shah Alam. Rupanya Nabila dapat diskaun teruk melalui shoppe. Ini sudah bagus. Mana taknya 2 buah deluxe connecting room sekali dengan sarapan untuk 4 orang hanyalah RM200 lebih aje. Terbaiklah.

Lega rasa memandu jalan kat Malaysia ni. Maklumlah setelah 2 minggu melalui jalan jalan sukar di Pakistan 

Alhamdulillah dah sampai Glenmerie. Ni bilik pertama. Bilik kedua kat sebelah dengan connecting door.
Hotel ni memang bestlah. Bantal dia memang terpaling selesa πŸ˜€

View dari bilik. Tu ada orang tengah main golf. Swimming pool pun ada tapi tak sempatlah nak mandi


Makan malam order nasi goreng dan 4Fingers 

Cafe

Sarapan. Antara menu yang ada. Rasa nikmat betul dapat makan makanan Malaysia yang sedap ni hahaha

Yang ini pun sedap juge

Jom le balik anak oi dok buat gaya haru apa kat situ 

Lepas checkout terus menuju ke Manjung. 

Singgah makan dulu. Area mana ntah tak ingat. Maka terlerailah rindu Haikal nak makan char kueteow macam yang dia dok craving masa kat Yasin Valley haritu 

Tak habis lagi nampaknya kami dok mengulang ulang sembang pengalaman indah di Pakistan. Sepanjang jalan dok terkenang kenang akan keindahannya.

Sampai 2024 ni pun aku masih lagi  dok tengok tengok video Pakistan yang kami ada.

Ternyatalah Pakistan memang best. Tersenarai antara destinasi terbaik yang kami pernah pergi selain Swiss dan New Zealand.

Sunday, March 31, 2024

Pakistan Road Trip - Day 14

2 October 2022

Islamabad - Day 2

Hari terakhir di Pakistan ni. Malam nanti dah nak ke airport. Jadi masih ada masa untuk jalan -jalan atau beli souvenir apa yang patut. Untuk makan, kami ke area KFC sekali lagi, tapi kali ni makan di sebuah restoran di tingkat atas. Boleh tahan jugak rasa makanannya. Alhamdulillah.

Makan pagi merangkap tengahari sekaligus

Nasi kuah dhal ni macam bubur pun ada. Agak sedap.... depa suka

Tempat berikutnya adalah National Monument. Masa ni agak panas. Mengantuk aku, jadi aku tak masuk pun tempat ni sekadar menunggu dalam kereta sementara depa bertiga masuk ke dalam. Depa pun tak lama kat sini. 


Beli ais krim dulu


National Monument ni dibina sempena melambangkan simbol kesatuan rakyat Pakistan

Nice architecture





Cameraman


Brader ni semua benda nak tambah lemon. Air tebu pun tambah lemon. Style depa lah kot...sampai kena larang lah😁


Berikutnya kami ke stesen minyak / car wash untuk mencuci kereta sebelum dipulangkan. Maklumlah dah 14 hari ke sana-kemari mestilah dah kotor.


Sampai dah masa membeli souvenir jadi kamipun google beberapa kedai. Susah pulak nak jumpa, map dia silap kot. Akan tetapi jumpa jugak tempatnya kat area bazar. Banyak kedai souvenir sini....puas hati. Harga pun berpatutan. Jadi kami pun belilah apa yang sesuai.

Habis tempat ni terus balik ke Guesthouse sebab dah berjanji dengan owner kereta. Sampai masa owner pun tiba di Guesthouse dan ambik balik kereta Honda Civic dia. 



Suasana dalam kedai souvenir

Bergambar depan Guesthouse

Terus berkemas- kemas sebab dah nak ke airport malam nanti. Untuk ke airport aku request owner guesthouse hantar kami ke sana. Bayarannya berapa ntah tak berapa ingat.

Ramai betul orang kat airport malam-malam macam ni. Apapun sempat aje sebab masih ada banyak masa. Dalam pukul 2 pagi, flight pun departure menuju Kuala Lumpur. Maka tamatlah percutian selama 14 hari di Pakistan.

Sunday, November 26, 2023

Pakistan Road Trip - Day 13

1 Oct 2022

Islamabad  

Dah makan tahun entri ni tersimpan dalam draft. Kena selesai buang laa walaupun 2023 ni tak kemana.

Alang-alang dah ada kat Islamabad ni kenalah melawat apa yang patut. Tak macam tempat sebelum ni cuaca tak lah sejuk. Just nice dan tak perlu pakai sebarang jaket. 

Baru keluar dari hotel... Mumtaz City ni macam kawasan perumahan yang agak mewah

Pusing pusing ternampak KFC. Tapi KFC yang kami jumpa ni tak boleh dine in. Kena bungkuslah nampaknya. Sekali kat depan KFC tu kami nampak ada kedai jual teh tarik atau cai. Ini sudah bagus. Maklumlah minum cai sebelum ni pun kami kagum dengan kesedapannya. Confirm lebih sedap dari teh tarik mamak, maklumlah penyediaan teh yang complicated kut. Siap kena guna cawan seramik yang dibakar sampai membara. Bukan biase-biaseπŸ˜ƒ 

Enjoy betul lepak- lepak kedai ni.

Tu dia cai spesel sudah mari




Selesai makan kami ke destinasi berikutnya iaitu Masjid Faisal yang terkenal di Islamabad ni. Besar dan nampak gah betul masjid ni. Orang pun ramai datang melawat. Masa nak masuk tu kasut kena tinggal kat tempat khas yang berbayar. Tapi yang bestnya penjaga tu tanya kami dari mana. Jawab Malaysia terus dia cakap free. Our friend katanya. Aku nak bagi duit dia tak mau jugakπŸ˜‚

Masjid Faisal ni adalah National Mosque Negara Pakistan. Ianya merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia

Ruang solat utama. Masjid besar ni mempunyai kapasiti 300,000 orang jemaah. Ramai tu 


 Gambar ni diambil dari atas tempat solat wanita 



Laluan berbumbung untuk naik ke ruangan solat utama

Kami menyempurnakan jamak zohor dan asar di sini. Memang ramai pelancong dan budak-budak sekolah. Meriah betul masjid ni. Memang seronoklah datang masjid ni.

Design masjid yang menarik. Abis solat semua sebelum balik kami berfoto foto di bahagian depan masjid pulak


Tepi masjid sana sebelah parking ada beberapa gerai makanan. Takde gambar pulak... semuanya dalam video aje depa simpan. Salah satunya gerai jual gol gappa ni lah.

Makanan ni dipanggil Gol Gappa di Pakistan atau Pani Puri di India. Famous ni, tu yang Nabila ajak cuba. Tak begitu ngam dengan aku, sebab kuah dia yang masam tu. Kalau tengok dalam Youtube India punya cara jual ni memang confirm tak lalu punya sebab semua guna tangan hahaha. Ni Pakistan style jadi ok la

Keluar dari masjid depa ajak pi shopping center pulak. Terus segera menuju ke Centaurus Mall yang terkenal di Islamabad ni. Boleh tahan lah Mall ni walaupun tak gah macam di KL.

Bergambar dengan burung kakak tua



Makan-makan di food court

Suasana senja Centaurus Mall

Jom balik

Habis mall ni dah tak ke mana lagi terus balik ke Guesthouse.