Monday, December 24, 2012

Makan-makan Sempena Besday Nur Nabila




Sempena Birthday Nabila yang ke 14, kami pun makan-makan di sebuah restoran tepi masjid Lumut. Walaupun agak tersorok kedudukannya, tetap jugak ramai orang maklumlah makanannya agak sedap. Sebelum ke sini, pegi beli kek dulu kat Billion ke 2 yang baru bukak tu.

Tuesday, December 18, 2012

Family Day 2012 - Marina Island

15 December 2012

Family day BNS tahun ni diadakan Marina Island Resort. 7.00 pagi dah start acara, tapi macam biasa takkan le aku macam tu punya komited, mesti lah sampai lagi lambat.....hehehehe. Dalam 8.30 kami sampai aje terus register untuk cabutan bertuah (sambil baca Bismillah, masukkan nombor pekerja aku - 1017) dan amik door gift - dapat tuala. Lepas tu terus pegi makan pagi nasi lemak yang disediakan. Boleh tahan sedap. Makanan memang banyak dan cukup untuk semua staff dan keluarga masing-masing.

Macam-macam acara yang ada tapi untuk anak anak punya acara dah penuh, maklumlah staff ramai...kejap aje dah disapu habis. Yang tinggal cuma acara untuk sebelah petang...tak larat aku nak tunggu. Tengok orang main telematch pun dah rasa seronok. Dalam pada tu ada jugak artis jemputan tapi aku tak kenal sorang pun depa ni, yang pasti depa menyanyi memang sedap.

Sampai acara cabutan bertuah, satu demi satu nombor staff dibacakan. Aku siap-siap bagitau anak-anak aku, lepas ni nombor ayah naik. Tapi depa tak percaya. Masuk kali ke -5, hehhehee aku terdengar nombor aku 1017 dipanggil. Rupanya ada rezeki lagi tahun ni macam tahun lepas (tahun lepas dapat hamper), tapi tahun ni minyak wangi Someday Justin Bieber. Alhamdulillah.

Makan tengahari ada nasi tomato, ayam masak merah,  ayam goreng, kuey teow goreng, char kuey teow (masak on the spot) dan buah-buahan. Ada jugak ais krim untuk kanak-kanak. Aku tengok kali ni makanan memang mewah dan berlebihan. Lepas makan kami pun angkat kaki.






Marina Island Resort


Minyak wangi cabutan bertuah...ada kelopak bunga la pulak, sah untuk pompuan..tak merasa le aku :(

Thursday, December 13, 2012

Selamat Harilahir Nur Nabila

13 December 2012

Hari ini 13 December ulangtahun kelahiran anak perempuan kesayanganku yang ke 14. Dah makin besar anak ayah ni rupanya.

Ayah berdoa semoga puteri ayah ini sentiasa dalam rahmat, perlindungan dan dianugerahkan kehidupan yang bahagia oleh Allah.

Birthday Girl
Nah ayah hadiahkan bunga Daisy ni khas untuk Nabila.

Wednesday, December 5, 2012

Sunway Lagoon - Outstation Sambil Menyelam Minum Air

Dah lama aku tak outstation. Tapi baru-baru ni aku diminta bagi lecture pasal shipbuilding costing kat pelajar-pelajar baru program YES (Young Engineer Scheme) kat Head Office. Aku ni bagi lecture?? Ada boleh ke?? ...belasah sajalah. 

Macam biasa aku ditempatkan kat Royale Bintang, KL selama 2 malam, maklumlah course tu amik masa 2 hari. Perjalanan pergi memang lancar, tapi bila masuk aje KL, mulalah turun hujan lebat dan trafik jam yang teruk. Memang tabah sungguh warga KL ni. Syukurlah aku dah terlepas dari keadaan macam ni sejak pindah semula ke Manjung sekarang.  Macamanapun selepas 2 jam lebih terperangkap dalam kesesakan sampai jugak ke hotel. 

Paginya aku pun ke Head Office tingkat 4 untuk memulakan tugasan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar termasuk kursus yang diberi untuk 31 orang pelajar ni. Jenuh jugaklah aku nak menjawab macam-macam soalan budak-budak ni.......kanak-kanak ribena memang rajin bertanya.....hehehehhe

Abis aje kerja esoknya, depa ni ajak pegi Sunway Lagoon. Mujurlah aku dah back up dengan apply cuti siap-siap. Check out aje dari Royale Bintang kami terus menuju ke Bandar Sunway. Perjalanan agak lancar mungkin tidak bertembung dengan waktu orang balik dari opis, jugak tak de hujan. 

Sampai aje Sunway City terus masuk ke Sunway Pyramid untuk makan tengahari dan check in kat Hotel Sun Inn. Walaupun sewanya rendah tapi hotel ni agak selesa dengan 1 katil besar dan 2 katil kecik. Makan tak de hal sebab kat bawah ada banyak restoran, malah ada yang bukak 24 jam.


Esoknya pagi terus kami ke Sunway Lagoon. Berjalan kaki aje sebab hotel ni memang dekat sungguh cuma perlu melalui Sunway Pyramid untuk ke muka pintu Taman Tema yang terkenal ni. Setelah 20 tahun tempat ni wujud, ni baru sampai......hehehhe......yang jauh sanggup pegi, depan mata tunggu lama baru nak sampai.

Harga tiket terkini :

FAMILY PACKAGE UNTUK 5 PARK : RM 275 - 2 Adult and 2 Child (bawah 12th) dan ingat musti bawak IC kalau tak, mesti tak dapat harga ni........sebabnya kalau tanpa IC, dewasa kena RM120. Ada IC kena RM90 saja. Sementara Package 3 park macam dalam internet dah tak de, semua park boleh masuk kalau larat. 

Pakaian untuk mandi kat sini pulak ikut suka je nak pakai apa pun boleh.

Mula-mula kami ke Amusement Park sekejap , lepas tu terus pegi mandi kat Water Park dan akhir sekali jalan-jalan di Wild Park. 

Memang seronok mandi manda kat Water Park ni.....tapi tak dapatla nak ambil gambar langsung sebab malas nak usung kamera ke sana kemari. 

Paling aku suka menyusuri sungai dan  tadah kepala kat air terjunnya......ni memang hobi aku dari dulu, ala-ala SPA kepala gitu. Terbaru kat sini ada Waterplexx yang merupakan animasi 5D yang sungguh real dan adventure. 

Tempat ni  tak dibenarkan bawak makanan dari luar, maka kami pun makan tengahari bungkus beli kat Marry Brown dalam ni dan bawak pegi makan kat tingkat atas sebelah Water Park yang selesa.

Wildlife Park pun memang seronok dengan pelbagai haiwan yang sungguh comel terutama Pet Village. Paling aku suka burung merak dan semestinya sang buaya. Tempatnya pun bersih dan takde bau busuk macam kat mana-mana Zoo. Sungguh selesa. 

Masa memang tak cukup jadi kami skip Extreme Park dan Scream Park.....lagipun aku bukan minat sangat dengan rides yang thrill ni.....buat pening kepala aje. Ustaz Azhar Idrus pun ada bagitau sia-sia aje terjerit-jerit  kat tempat-tempat macam ni. Kena ikut cakap ustaz.....hehehhehee.

Bagi yang mencari surau pulak, memang ada betul-betul tepi tangga kat enterence masuk utama.Lewat petang  baru kami balik, dalam letih-letih sempat lagi tu depa singgah beli baju kat Sunway Pyramid sebab ada sales. Abis tempat ni terus gerak ke Manjung.











Kenangan bersamamu di Sunway Lagoon

Tuesday, November 27, 2012

Selamat Bersemadi Ciko

 Catatan Duka 18 September 2012

Ini adalah hari sedih kami sekeluarga. Hari permergian kucing kesayangan kami. Di antara tiga ekor kucing yang kami bela, Ciko adalah kucing yang terbaik dan paling manja. Badannya yang besar memang seronok dipegang.

Lagi-lagi kalau disentuh........dia terus baring menelentang. Aku sendiri sangat sayang Ciko ni. Malah aku tidak pernah sayangkan kucing sebelum ini. Tapi apa boleh buat. Allah lebih menyayangi makhluk ini........maka Allah ambil semula sekehendakNYA.

Seluruh keluarga berduka atas pemergian ini. Selamat bersemadi Ciko.



ciko yang baring sebelah kanan

Friday, October 26, 2012

AIDILFITRI 2012


Bersama mak

Family Hadi




*
*
*
*
*
*
Ni gambar masa raya di rumah







Homemade cookies


Kucing raya 2 beradik

Wednesday, October 10, 2012

Teluk Senangin

 Catatan 31 Ogos 2012