Dah lama aku tak outstation. Tapi baru-baru ni aku diminta bagi lecture pasal shipbuilding costing kat pelajar-pelajar baru program YES (Young Engineer Scheme) kat Head Office. Aku ni bagi lecture?? Ada boleh ke?? ...belasah sajalah.
Macam biasa aku ditempatkan kat Royale Bintang, KL selama 2 malam, maklumlah course tu amik masa 2 hari. Perjalanan pergi memang lancar, tapi bila masuk aje KL, mulalah turun hujan lebat dan trafik jam yang teruk. Memang tabah sungguh warga KL ni. Syukurlah aku dah terlepas dari keadaan macam ni sejak pindah semula ke Manjung sekarang. Macamanapun selepas 2 jam lebih terperangkap dalam kesesakan sampai jugak ke hotel.
Paginya aku pun ke Head Office tingkat 4 untuk memulakan tugasan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar termasuk kursus yang diberi untuk 31 orang pelajar ni. Jenuh jugaklah aku nak menjawab macam-macam soalan budak-budak ni.......kanak-kanak ribena memang rajin bertanya.....hehehehhe
Abis aje kerja esoknya, depa ni ajak pegi Sunway Lagoon. Mujurlah aku dah back up dengan apply cuti siap-siap. Check out aje dari Royale Bintang kami terus menuju ke Bandar Sunway. Perjalanan agak lancar mungkin tidak bertembung dengan waktu orang balik dari opis, jugak tak de hujan.
Sampai aje Sunway City terus masuk ke Sunway Pyramid untuk makan tengahari dan check in kat Hotel Sun Inn. Walaupun sewanya rendah tapi hotel ni agak selesa dengan 1 katil besar dan 2 katil kecik. Makan tak de hal sebab kat bawah ada banyak restoran, malah ada yang bukak 24 jam.
Esoknya pagi terus kami ke Sunway Lagoon. Berjalan kaki aje sebab hotel ni memang dekat sungguh cuma perlu melalui Sunway Pyramid untuk ke muka pintu Taman Tema yang terkenal ni. Setelah 20 tahun tempat ni wujud, ni baru sampai......hehehhe......yang jauh sanggup pegi, depan mata tunggu lama baru nak sampai.
Harga tiket terkini :
FAMILY PACKAGE UNTUK 5 PARK : RM 275 - 2 Adult and 2 Child (bawah 12th) dan ingat musti bawak IC kalau tak, mesti tak dapat harga ni........sebabnya kalau tanpa IC, dewasa kena RM120. Ada IC kena RM90 saja. Sementara Package 3 park macam dalam internet dah tak de, semua park boleh masuk kalau larat.
Pakaian untuk mandi kat sini pulak ikut suka je nak pakai apa pun boleh.
Mula-mula kami ke Amusement Park sekejap , lepas tu terus pegi mandi kat Water Park dan akhir sekali jalan-jalan di Wild Park.
Memang seronok mandi manda kat Water Park ni.....tapi tak dapatla nak ambil gambar langsung sebab malas nak usung kamera ke sana kemari.
Paling aku suka menyusuri sungai dan tadah kepala kat air terjunnya......ni memang hobi aku dari dulu, ala-ala SPA kepala gitu. Terbaru kat sini ada Waterplexx yang merupakan animasi 5D yang sungguh real dan adventure.
Tempat ni tak dibenarkan bawak makanan dari luar, maka kami pun makan tengahari bungkus beli kat Marry Brown dalam ni dan bawak pegi makan kat tingkat atas sebelah Water Park yang selesa.
Wildlife Park pun memang seronok dengan pelbagai haiwan yang sungguh comel terutama Pet Village. Paling aku suka burung merak dan semestinya sang buaya. Tempatnya pun bersih dan takde bau busuk macam kat mana-mana Zoo. Sungguh selesa.
Masa memang tak cukup jadi kami skip Extreme Park dan Scream Park.....lagipun aku bukan minat sangat dengan rides yang thrill ni.....buat pening kepala aje. Ustaz Azhar Idrus pun ada bagitau sia-sia aje terjerit-jerit kat tempat-tempat macam ni. Kena ikut cakap ustaz.....hehehhehee.
Bagi yang mencari surau pulak, memang ada betul-betul tepi tangga kat enterence masuk utama.Lewat petang baru kami balik, dalam letih-letih sempat lagi tu depa singgah beli baju kat Sunway Pyramid sebab ada sales. Abis tempat ni terus gerak ke Manjung.
Kenangan bersamamu di Sunway Lagoon