Tuesday, October 27, 2009

Sejarah Kerja Aku

1st Job - Southern Wire Shah Alam : 1994

Ni lah kerja pertama aku iaitu pada tahun 1994. Kilang besi. Perangai orang kat dalam kilang ni pun macam besi. Sikit-sikit nak marah. 

Punyalah jauh aku berulang alik dari Cheras ke Shah Alam. Hari hari naik motor ikut Lebuhraya Persekutuan. Kadang tu bila kena hujan, rasa macam nak nangis aku dibuatnya. Itu belum kira bila tayar motor bocor. Nangis terus...

Semua tu aku tak kisah. Yang aku betul betul tak tahan bila waktu kerja tapi takde kerja nak dibuat. Zaman tu mana ada internet, lagilah aku tak tahu nak buat apa apa. Mengantuk aje hari hari. Nak tidur, kena tangkap kang kena buang kerja la pulak. 

Boss semuanya cina sepet yang perangai macam lahabau. Hari hari aku berdoa supaya dapat kerja lain. Tapi tak dapat dapat jugak, maklumlah masa tu aku tak de pengalaman sapa nak amik kerja.
 
Apapun hasil dari kerja nilah aku mampu beli kereta pertama aku Proton Saga putih WBJ yang aku beli dengan duit bonus. Harga beli RM20,000 tu. Mahal betul kereta 2nd hand masa tu. 

Seronok abis aku ada kereta walaupun belum ada lesen. Sekali tu aku pernah bawa mak ayah dan adik adik balik raya di Perak dengan takde lesen dari KL. Dua tahun jugaklah aku kerja kat Southern Wire nih sehingga aku dapat offer di PSC Naval Dockyard pada 1996.

2nd Job - PSC Naval Dockyard : 1996

Aku sebelum nih tak tahu pun yang kat Lumut ada peluang kerja. Satu pagi Ahad tu aku terbaca iklan besar kat Mingguan Malaysia pasal temuduga terbuka kat hotel di KL ada pengambilan untuk projek PV. 

Terus aku pergi temuduga tu. Punyalah lama nak tunggu giliran, dari pukul 10.00 pagi, sampai 7.30 mlm baru interview, bayangkanla. Orang yang interview aku En Khalid. Seronok aku bila dapat tau berjaya dapat kerja tu. 

Terus pindah ke Sitiawan kat Taman Acheh Jaya, menyewa rumah di sana. Seronok jugak kerja PSC ni, sebab tulah aku boleh kerja lama di sini. 

Masa aku kerja di PSC ni lah aku telah berkahwin dengan SayangKu (Cik Puan Nora) pada 1997, hasil menghimpun duit bonus + gaji...hahahaa. Masa ni jugak beli rumah dan macam macam lagi,

Masa kerja sini jugaklah aku kena hantar je Germany pada 2001 selama 6 bulan. Lepas balik itulah aku dapat kumpul duit sikit dan merasalah pulak beli kereta baru yang pertama dalam hidup aku.

Aku sebenarnya suka kerja PSC nih, tapi nampaknya masa untuk mencari rezeki di lubuk baru sudah tiba. Puncanya kawan aku Azri yang baik hati tu bagitau nak pakai planner kat Sime Darby, apa lagi aku pun terus apply. 

Akhirnya pada March 2006 akupun melangkahkan kaki keluar dari company yang penuh dengan kenangan ini. 

PSC Naval Dockyard

3rd Job - Sime Darby, Pasir Gudang : 2006

Aku join company nih pada April 2006. Habis kami sekeluarga pindah ke Pasir Gudang. Masa interview, tinggal kat Hotel Selesa sampai 3 hari. Masa cari rumah pulak, tinggal kat motel di Masai aje.....nak jimat belanja. Kat sana menyewa rumah "Sidi". Rumah teres corner lot dua tingkat. Mahal jugak sewa kat situ, sampai RM700 sebulan.

Masa kat sinilah aku belajar kerja bidang Oil & Gas ni. Belajar guna p3 sampai boleh dianggap sebagai seorang planner. Seronok jugak kehidupan di Pasir Gudang nih. 

Aku ingat lagi masa hari raya haji kat Pasir Gudang, ke sana ke mari cari lemang  tak jumpa jumpa, mana boleh kari dengan rendang dah buat...gigih mencari akhirnya dapat juga. Dan peristiwa terlepas sembahyang raya. Beria-ria bersiap empat beranak bila sampai masjid rupanya depa dah abis solat, terkilan betul.

Tempat tempat macam tasik, Muzium Layang Layang, Danga Bay, Kipp Mart, Todays, Tanjung Langsat (Tayung lazat kata Haikal) semua tu dalam kenangan. 

  Sime Darby

4th Job - Kencana HL Sdn Bhd

Tamat contract di Sime Darby, aku apply MMHE dan Kencana HL. Macam sebelum ni aku dapat dua offer sekali gus( Dulu MMHE  dan Sime Darby - aku pilih Sime Darby). Kali ini pun dapat dua jugak, dan aku pilih Kencana HL dengan tujuan nak balik duduk Perak semula.

Kerja tempat cina bukit ni aku mampu bertahan dua tahun lebih. Maklumlah kalau dah cina bukit tu memang la kedekut gila. Kantin pun takde. Dah la bos si "Bobo" tu angin semacam. Sikit sikit nak mengamuk, macam kerja dalam zoo kadang kadang aku rasa.

Apapun company nih banyak berjasa sebab banyak betul knowledge pasal bidang planning ni aku pelajari disini. Cuma bila Bobo semakin menyakitkan hati, akupun mula mengaktifkan semula resume aku. Dan aku mula berpindah lagi...
 
 Kencana HL

5th Job - Carigali PTTEPI Operating Company : 2009

Kali ni aku ke anak syarikat Petronas : Carigali PTTEPI Operating Company di KLCC.

Thursday, October 15, 2009

BOSSET Training

Ni training wajib sebelum pergi Offshore. Kursus ni kat Kelana Jaya. So aku kena naik train sampai ke hujungnya. Mencabar jugak kursus ni. Mula mula agak mengantuk pasal ada classroom saja. 

Yang paling ngeri masa kursus tu simulation helikopter jatuh dalam kolam. Cuak jugak aku ada ke patut modulenya kena lepaskan diri 7 kaki ke bawah kolam, dengan badan terikat tali pinggang, terjunam ke bawah, hanya dengan bantuan air pocket saja. 

Apapun ini kira pengalaman baru bagi aku.

Friday, October 9, 2009

Terkenang semasa dulu - Hamburg 2001

Hamburg 2001

Duduk saja - saja ni aku terkenangkan peristiwa masa lalu semasa aku ke Hamburg, Germany tahun 2001. Sebenarnya aku ni dihantar oleh company aku menjalani OJT selama 6 bulan mula March sampai Sept 2001. Bersama ke sini  kawan aku  Rosli dan seorang lagi.

Sungguh berat hati nak meninggalkan anak isteri tercinta tapi apakan daya demi sesuap nasi...hahhaahaa..Aku masih ingat lagi flight saja amik masa 22 jam sebab admin company aku beli tiket murah ....sabo ajelah.

Aku ingat lagi route flight tu macam ni : KL-Singapore - Bangkok - Zurich - Frankfurt - Hamburg. Banyaknya Transit. Bila sampai airport badan dah lembik macam sayur. Keluar aje airport Hamburg, suasana putih di mana-mana sebab musim salji belum abis lagi walaupun dah March. Sampai aje kat apartment di Glinde 3 orang kami kena jet lag .....asyik nak tidur aje dekat seminggu lamanya. Nasib baik boss aku tak kisah tak masuk opis seminggu.....lega.

Macam2 kenangan kat sana tu. Sudahlah terpaksa meninggalkan anak isteri, terpaksa pulak bersusah payah di rantau orang.

Photo-photo di bawah ni adalah tempat tempat yang selalu aku lawati bila boring giler tak tau nak buat apa. hari-hari talipon anak isteri dan dengar Nabila menyanyi lagu "air pasang pagi" dan dengar Haikal "Gugu Gaga". (Haikal lahir masa aku di Paris - dia marah kalau sebut pasal tu).

Tempat tinggal aku di Glinde. Sebelahnya ada Lidl Supermarket


Mönckebergstraße ni pulak tempat shopping yang popular kat Hamburg ni......aku selalu santai-santai sambil makan Mc Fish kat sini

Tasik di Jungfransteig tempat lepak utama

Landungsbrucken .....Aku selalu lepak kat tingkat atas tu tengok feri pelancong.....sejuk lagi syahdu

Ni tempat menunggu feri Landungsbrucken untuk ke opis aku di Blohm + Voss tiap-tiap pagi - petang. Kalau lambat alamat kena menapaklah ikut tunnel kat bawah sungai ni.

Hamburg ni yang tak tahan tu musim sejuk yang teramat sejuk. Tetap sejuk walaupun dah spring. Malah ada sekali tu salji turun dalam masa spring.....adeh. Spring seakan-akan sama saje dengan winter, mungkin sebab pengaruh Nord Sea.  Aku tinggal kat apartment di Glinde. Selesa jugak la untuk tidur, rehat dan masak. Satu keistimewaan kat Hamburg ni dia punya kadar phone card memang murah. Ada pelbagai jenis kad seperti Banana, Universe dan Gyanam. Murah punya pasal aku call anak isteri 2 kali sehari, sembang sampai 1/2 jam tiap-tiap kali. 

Antara aktiviti utama geng-geng melayu kat sini adalah  pergi ke Floah Markt iaitu pasar barang-barang terpakai. Dalam pada tu masa nak beli makanan halal cukup mencabar sebab terpaksa berjalan jauh ke Bellinator, mengusung beras, ayam dan ikan segala bagai...Yang hebat tentang Hamburg adalah system keretapinya yang serba canggih dan cekap serta sentiasa on time.

Satu lagi perkara yang sangat mencabar adalah sembahyang Jumaat. Masjid yang terdekat cuma di Bellinator, tapi masalah utama pergi sembahyang Jumaat bukan dari apartment sebaliknya dari office Blohm + Voss. Memang kebiasaan waktu Jumaat tiada sebarang feri dari Blohm + Voss ke Landungsbrucken.

Dalam kesejukan, maka terpaksalah berjalan kaki beberapa kilometer melalui tunnel bawah sungai Elbe (ada lif besar turun dan naik tunnel, maklumlah tunnel ni dikorek jauh di bawah sungai). Sampai di Landungsbrucken kena naik train pulak untuk ke Bellinator. Bila sampai masjid badan dah letih dan mengantuk. Ditambah dengan khutbah dalam bahasa Turki, memang bertambah lentoklah jawabnya. Orang Turki kat masjid ni pulak memang pantang tengok orang tertidur.....mesti dicuit-cuitnya sampai terjaga.......adeh. Sungguh sembahyang Jumaat merupakan perjuangan hebat.

Elbe Tunnel. Tiap-tiap jumaat kena jalan kaki lalu tunnel ni

Kat bawah masjid ada restoran Pakistan yang ada jual nasik dan kari ayam. Untuk 4 Deutch Mark (masa ni belum ada Euro lagi) dapat sepinggan nasi, kari dengan 2 ketul ayam peha besar dan roti.........banyak tu sampai tak abis makan.


Maka bila aku boring giler tak tau nak buat apa tempat di atas iaitu Tasik Junfransteig, pelabuhan Landunsbrucken itulah tempat aku menghilangkan boring sambil menghitung hari bila nak balik. Lagi satu tempat lepak utama kat Hamburg ni adalah Stadtpark. Naik keretapi sampai ke hujungnya sampailah ke padang dan taman serba hijau ni.

Family day untuk warga Malaysia kat Hamburg ni di adakan kat sini lah. Ada makan-makan sate, ketupat, main sepak raga, silat dan lain-lain.  Agaknya itulah hari paling gembira kat Hamburg bagi geng-geng melayu ni termasuk aku. Dalam pada tu aku kagum jugak ada 3 keluarga Melayu yang jadi penganjur yang telah bermaustatin di Hamburg ni iaitu Keluarga Zakaria, Dino dan lagi satu aku tak ingat. Anak-anak dia semua nama melayu......tapi muka mat saleh abis.

Paling sayu tu bila lepak kat Stadtpark ni bila cuaca mendung, angin sejuk bertiup.....syahdunya terkenang kampung halaman. Tapi boleh kata kerap betul geng-geng melayu sini datang kat taman ni. Apa nak buat, itu ajelah hiburan yang ada. Takkan aku nak pergi Repherbahn pulak.....tu kan tempat segala maksiat.

Macamanapun ada jugak hikmah yang dapat ku kutip semasa di rantauan ni iaitu daripada seorang yang langsung tak tahu memasak aku kini tahu memasak serba sedikit. Setakat nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, ayam masak kuning, ayam masak kicap, sweet and sour, masak lada semua tu memang lepas le. Semua ni berlaku sebab aku dah tak mampu nak makan kentang goreng 'pomes' atau nasi lemak/nasi goreng yang dijual oleh seorang member opis tu, mula-mula sedap jugaklah...........tapi kalau hari-hari makan benda yang sama mana boleh tahan.

Hari paling gembira adalah hari kepulangan aku pada 12 September 2001. Kali ni kami berkeras nak balik dengan MAS dan tak mahu peristiwa route macam dulu berulang lagi. Flight ni transit kat Rome, Italy sempatlah jugak aku beli crystalball "I love Roma". Malangnya crystalball tu dah bocor, dan cecair dalamnya abis keluar.

Dan bila kapalterbang mencecah airport KLIA itulah saat paling bahagia. Dalam pada tu aku suspen jugak sebab driver yang ditugaskan menjemput aku asyik nak terlelap aje dalam perjalanan KLIA-Manjung. Dia cakap dia bertolak dari rumah pukul 4.00 pagi, tu yang mengantuk.....sampai nyaris-nyaris eksiden. Dah ler orang tengah rindu anak isteri .......sampai aku pulak offer diri nak bawak kereta sebab aku tengok dia dah teruk sangat nih !!!

Macamanapun Alhamdulillah selamat. Sampai di rumah aku dapati Nora demam, dan aku memeluk penuh kerinduan mereka yang telah lama aku tinggalkan. Nabila malu-malu dan sampai tak berapa kenal aku dan Haikal kelihatan debab di dalam buaian. Sejak hari itu aku berazam kalau aku keluar negeri lagi, maka aku sanggup bergolok-gadai demi membawa seluruh ahli keluarga aku bersama-sama. Kata orang susah senang biar bersama.


Denmark

Masa aku kat Hamburg ni aku di jemput pergi Helsingor Denmark ni pulak atas undangan software provider MARS. Pergi dengan menumpang kereta sorang mat salleh, lagi sorang Loh Chean Leap (masa ni dia ada kat KHL). Hebat pemandangan sepanjang-panjang perjalanan ke Denmark ni.

Jambatan dia nampak hebat dan memang indah betul. Memang luarbiasa, sebab jambatan tu bersambung dengan pulau-pulau, dan ada laluan keretapi yang tenggelam- timbul? kejap nampak....lepas tu hilang.

Kat Denmark tinggal di hotel Marienlyst. Tapi..harap hotel aje la mewah, kesudahannya aku makan maggi aje sebab makan malam tak disediakan. Maggi tu pulak direndam dengan air panas dari water heater kat dalam tub mandi......adus.  Tapi malam berikutnya makan memang best sebab aku dapat makanan special untuk muslim. Sedap betul makanan dia. Pemandangan kat belakang hotel pun hebat, boleh nampak negara sweden nun di seberang sana........tapi tak mampu nak lepak lama kat luar sebab sejuk sangat nih !!.

Siangnya ada presentation oleh Software Provider MARS lepas tu lawatan ke simulation center. Huh memang real simulation kapal yang dia buat tu, sebijik macam kat bridge kapal. Satu perkara yang aku kesal, aku langsung tak beli sebarang sourviner dari tempat ni.

Jambatan Germany - Denmark

Hotel Marienlyst

Update : Terjumpa jugak aku gambar masa Hotel Marientlyst ni


Update : Depan Eiffel Tower dan Arc de Triompahe
Paris
Masa ni jugak sempat aku ke Paris pada 13 April 2001 dengan 2 orang member serumah, Rosli dengan sorang lagi. Pergi naik bas Euro Tour dekat stesen Junfrangsteig. Kerek betullah driver bas bangsa Hitler ni. Aku nak bawak beg kat dalam bas pun dia tak bagi disuruhnya letak kat tempat simpan beg. Apapun bas ni memang selesa. Tandas kat bawah jenis kapalterbang punya standard. Perjalanan memang lama sekali, sampai 12 jam baru sampai. Sakit bontot aku.

Sampai di Paris kami naik tren ke grand boullevard dan check in kat sebuah hotel. Ikut undang undang tak boleh 3 orang satu bilik, tapi ayat punya ayat di benarkan jugak. Letih giler, lepas makan tu terus tertidur sampai terlepas sembahyang maghrib.

Esoknya pagi pagi aku call rumah. Aku dimaklumkan oleh ibu mertuaku bahawa isteri ku sayang Nora telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ditanya nak bagi nama apa, terus aku jawab Arif Haikal nama yang telah aku prepare dari awal. Alahai rindunya kat depa anak beranak di Manjung.

Antara tempat yang kami lawat adalah Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Musee Louvre dan beberapa tempat lain lagi. Eiffel Tower ni memang hebat..sesuailah di namakan antara 7 benda ajaib dalam dunia. Terasa kehebatannya bila ada di depan menara tu. Abis Eiffel Tower kami ke Arc De Triomphe dan seterusnya Musee Louvre. Selain itu, silap punya pasal kami ikut aje pamplet  melawat gereja atas bukit - penat giler naik bukit, sekitar paris dan lain-lain. 

Macam mana pun pada keseluruhannya lawatan ini amat menarik sekali.

Photo aku kat sana cuma ada hard copy, kalau nak disertakan kenalah scan sebab masa tu belum ada teknologi digital. Nanti kalau ada masa akan ku scan gambar - gambar kenangan tu.


Gambar Hiasan - copy dari lawatan kali kedua 2012. kali ni dah ada camera digital

Saturday, October 3, 2009

Pindah Kerja Pindah Rumah



Dah masuk sebulan lebih aku pindah ke sini (masuk rumah 23 August 09). Idea asal kalau boleh nak tinggal di Manjung sampai bila -bila.

Tapi benarlah manusia hanya mampu merancang sedangkan Allah yang menentukan. Bila sampai masa yang ditetapkan, perancanganNya pasti akan mengatasi perancangan kita sebagai makhluk.

Rumah yang aku sewa ni dekat dengan kemudahan untuk pergi balik kerja. Kami nak elak dari menyewa rumah dua tingkat macam dulu, tak larat naik turun tangga.

Kelebihan rumah ni ialah jaraknya dekat sekali dengan sekolah kebangsaan dan agama dua beradik ni...Apapun yang paling best aku cuti setiap hari Sabtu dan Ahad. Satu kelebihan berbanding kerja di Manjung.