Catatan 27 dan 28 May
Hari ini adalah hari khas untuk lawatan ke Durham. Dalam pukul 10 pagi, adik aku yang tinggal di Durham pun sampai ke hotel dengan anak sulungnya. Adik aku ni rasanya dah 3 tahun kat Durham UK sebab dia tengah buat PHD dalam Accounting. Alang-alang dah datang London, ada lebih baik menjenguk saudara di sini.
Singgah makan tengahari kat tempat rehat yang dipanggil Service
Perjalanan lancar dan view kiri kanan agak menarik. Ada banyak ladang rapeseed yang kekuningan dan nampak cantik serta ladang ladang ternakan biri biri.
Jauh jugak jarak Durham dengan London ni rupanya. Kira kira 5 jam perjalanan. Agak petang kami pun sampai ke rumah adik aku ni.
Tak sangka aku yang Durham ni masih sejuk lagi berbanding London, mungkin sebab kedudukannya yang dekat dengan laut.
Depan rumah Amir
Esoknya lepas sarapan Amir bawa kami ke market kat Sunderland. Tujuan asal nak cari udang yang bentuknya macam udang
lipan tapi takde rezeki. Menurut adik aku, udang ni sangat sedap
apalagi kalau dibuat laksami.
Dah banyak kali kami nampak udang ni di
Lorient, France tempohari, tapi tak terlintas pulak nak beli. Aku rasa udang yang sama jugak kot.
Ni gambar udang yang kat Lorient tu
Next kami ke tepian pantai Sunderland. Tempat ni cantik. Ada rumah api lagi. Lepak lepak kat sini memang best.
Budak kecik Ajmal ni lahir kat Durham
Puas lepak kat pantai kami singgah pulak sekejap kat Universiti ni sebab nampak ada tulip kat sini.
Tulip yang sangat cantik
Seterusnya kami ke Factory Outlet yang tak jauh dari sini. Tempat ni memang kegemaran mana-mana kaum wanita yang berkunjung ke sini sebab harga barangan berjenama di sini agak murah. Kalau kaki shopping mahu tak cukup satu hari kat sini.
Sebelah petangnya kami mengunjungi ladang ladang di sekitar Durham.
Tempat ni memang indah.....macam dalam fairy tales pun ada
Sebelum ni cuma dapat pandang aje bunga rapeseed ni dari jauh.....sekarang ada peluang masuk ke ladangnya. Rapeseed ni adalah pokok yang
digunakan untuk buat minyak masak. Lepas tempoh matang, bunga
akan gugur, tinggallah biji-biji kecil berwarna kehitaman yang
kemudiannya dituai dengan jentera dan dijadikan minyak
Kenangan
bersamamu.....ladang Rapeseed Durham
Family Amir
Next kami ke ladang biri biri yang lain pulak. Tujuannya untuk tengok kambing dengan lebih dekat.
Sedang memasuki ladang....nasib baik anak pompuan aku tak masuk !!!!
Aksi setelah berjaya masuk....kesian kat anak aku, dia tak berapa sihat masa ni
Ini
dipanggil edisi kantoi......tengah bebudak ni dok bergumbira, tuan
punya ladang sampai. Nak cover malu punya pasal bergambar pulak dengan
mat saleh ni
Aksi
sedih......lembu-lembu dari ladang sebelah jalan datang menjenguk tanpa
dipanggil.....sedangkan biri-biri tadi berlari-lari pergi bila
dihampiri
Sebelum balik tu kami bersiar siar kejap sekitar Pekan Durham ni.
Selama dua malam kami sekeluarga tinggal di rumah adik aku ni. Makanan pun sedap-sedap belaka. Terima kasih banyaklah kat tuan rumah yang sudi melayan kami sekeluarga. Jasamu dikenang.
Lepas habis masa lawatan muhibbah di Durham sekali lagi Amir dan anak-anaknya menghantar kami ke Victoria Coach Station London untuk ke destinasi terakhir iaitu Amsterdam Darul Belanda.
No comments:
Post a Comment