Friday, August 3, 2012

Paris : Day 4

Palais de La Concorde, Arch de Triomphe, Jardin du Palais & Musee de Louvre

Catatan 24 May

Hari ni pagi-pagi lagi aku bangun sorang-sorang dan berjalan-jalan di depan hotel sambil mencari -cari kedai runcit yang ada jual barang makanan. Masih sejuk lagi nih. Nun kat hujung sana berhampiran stesen Dupliex aku terjumpa sebuah kedai yang menjual barang-barang pasar.

Tak berlengah aku pun beli setengah kilo udang, sayur dan sedikit buah-buahan. Pasal masak jangan risau, asalkan ada rice cooker.... duduk hotel pun ada harapan makan makanan yang agak sedap. Entahlah....tekak aku nih tak berapa sesuai dengan makanan halal pak arab semua tu.

Lepas sarapan pagi, kami mengambil train ke destinasi pertama iaitu Palais de La Concorde. Rasanya cuaca kat Paris ni sentiasa berubah-ubah. Kejap panas kejap sejuk. Ada kereta sewa Ferarri dan Lamborghini lagi kat sini. Sapa yang ada duit lebih, bolehlah merasa memandu kereta Ferarri dengan bayaran Euro 89.








Sebenarnya tempat ini termasuk dalam laluan Main Attraction di Paris ini. Dari kejauhan dapat dilihat Arc de Triomphe yang sangat besar... tapi kami mengambil keputusan untuk ke Jardin du Palais di sebelah sahaja dan seterusnya Musee de Louvre yang aku kira lebih menarik.






Santai rasanya dapat melepak-lepak di taman Jardin du Palais ni, di bawah rimbunan pohon-pohan maple yang redup sambil melepaskan penat berjalan. Malangnya tengah syok bersembang mai lagi sorang negro jual souvenir yang sama jugak... terbang lagi beberapa euro. Apapun souvenir ni bila sampai Malaysia asyik rasa tak cukup je... tu yang heran.










Hilang penat kami bergerak pulak ke Musee de Louvres. Nabila pulak bukan main seronok lagi dapat bagi makan burung merpati kat sini. Jinak sungguh burung-burung ini, sampai naik atas riba.

Sejenak tentang tempat ini :

Muzium Louvre (bahasa Perancis: Musée du Louvre) adalah antara muzium terbesar di dunia, muzium yang paling dilawati di dunia, dan merupakan sebuah monument bersejarah Perancis. Ia merupakan sebuah mercu tanda pusat Paris, terletak di Tebing Barat Seine di 1st arrondissement (daerah). Hampir 35,000 objek dari prasejarah ke abad ke-19 dipamerkan dalam sebuah kawasan 60,600 meter persegi (652,300 kaki persegi).


Best la tempat ni bila tengok balik dalam cerita Da Vinci Code. Kononnya Mariam Magdalene tertanam di bawah tempat ini


Maka gembiralah si pengasih haiwan ini kerana dapat memberi makan pada sang merpati


Kenangan yang mungkin sukar diulangi lagi


Lama jugak kami menghabiskan masa melepak-lepak di Louvres ni. Lewat petang kami pun balik ke bilik hotel. Lepas makan malam kami pun berkemas-kemas untuk ke destinasi seterusnya iaitu London. Au Revoir to France........ada rezeki bertemu lagi.

No comments: