Saturday, January 4, 2014

New Zealand : Day 8 - Farewell to Land of Thousand Memories


Catatan 28 November 2013

Dunedin - Oamaru - Timaru - Ashburton - Christchurch

Nampaknya pengembaraan kami ke bumi Kiwi ini sudah makin hampir ke penghujungnya. Begitulah hakikat kehidupan. Setiap yang bermula pasti akan berakhir dan kami semakin hampir ke penamat perjalanan yang serba indah ini.

Maka setelah check out dari Dunedin Holiday  Park ini, aku pun memutarkan kunci, menghidupkan enjin dan memulakan perjalanan untuk hari ini. Sebelum bertolak ke Christchurch kami ke St Kilda Beach terlebih dahulu. 


Suasana di Holiday Park ni agak menarik


Cuaca memang cantik hari ini dan pantai kelihatan indah. Kami mengambil sisa-sisa masa berharga yang masih tinggal untuk menghirup udara segar dan menikmati keindahan dan kehebatan alam ciptaan Allah sepuas-puasnya.

St Kilda Beach
Isi minyak dulu

Dalam masa yang terhad ini kami sempat ke bandar Dunedin sekejap dan singgah di sebuah kedai untuk membeli souvenir serba sedikit sebelum menyambung perjalanan.

Besar-besar strawberry kat sini......cecah pulak dengan coklat bar yang dicairkan memang best le


Kami melewati tempat-tempat yang terasa ingin sangat nak singgah terutama pantai pantai dan taman taman tapi apa boleh buat Campervan ini perlu dipulangkan sebelum jam 5 petang.

Macam dalam teletubbies view ni


Macamanapun singgah jugak sekejap di Oamaru Public Garden. Cantik taman ni. Ada itik lagi. Kat sini kami terserempak dengan 3 orang budak Cina. Terkejut aku dengar dialog "Abang, abang  dari Malaysia ke ?". Hahhahaa.....konfiden betul depa aku ni dari Malaysia.

Rupanya depa ni datang kerja kat Oamaru ni di ladang buah-buahan. Menurut mereka kerja kat sini macam kerja kat Singapore. Dah 6 bulan kat sini dan depa dah nak balik. Wah.....jauhnya merantau mencari rezeki. 

Tengoklah Cina, cepat sungguh depa menghidu peluang macam ni. Ini pastinya lebih baik dari budak Melayu suka melepak tak tentu hala. Lain kali kalau anak lelaki aku dah besar, lepas SPM ke boleh aku hantar dia kerja sini. Nanti aku hantar dia sampai Oamaru.....lepas tu berkeliling New Zealand sampai 2 bulan.....hahahhahaha.


Oamaru Public Garden

Walaupun segan aku nak letak gambar bunga banyak-banyak (rasa cam mat bunga pulak).......tapi  bunga-bungaan ni minat isteri aku, lagipun 99% foto kat NZ ni wife aku yang amik....... kena letak lah......gitulah pengorbanan sorang suami.....hehehhehe

Taman ni memang banyak itik
 
Rakaia river......rasa macam nak singgah, apa boleh buat masa terhad


Roti telur dan dadih



Bilik kat Airport Gateaway Lodge ni luas dan selesa. Interior design dia pun menarik.

Melepasi Timaru, Ashburton dan Rakaia kami akhirnya tiba di Christchurch. Memang peraturan Campervan kena penuhkan tangki minyak dan kosongkan sisa buangan sinki/tandas sebelum memulangkannya. Dendanya sangat mahal kalau gagal berbuat demikian. Lagi satu pastikan mengambil "Stress Free Insurance"  atau yang sewaktu dengan supaya kalau terjadi kemalangan tak payah bayar apa-apa. Penting tu.

Oleh kerana barang memang banyak maka kami check in terlebih dahulu di Airport Gateaway Motor Lodge. Tak membuang masa lepas dapat kunci terus angkut semua barang-barang ke bilik dan bersihkan dalam campervan apa yang patut. Terus ke Jucy Rental dan pulangkan Campervan. Lepas proses pemulangan ni selesai, aku minta staff Jucy hantar kami ke Hotel semula.

Best bilik motel kat sini. Selesa betul maklumlah ratenya NZD200. Ini aje harga yang ada untuk 4 orang. Sebenarnya Airways Motel yang masa kami sampai dulu lebih murah, tapi apa boleh buat dah penuh. Oleh kerana Flight ke Sydney esok pukul 6.30 pagi, aku booking siap-siap transportation ke Airport pukul  4 pagi.

Maka tinggalah kami di sini menghabiskan sisa-sisa masa di New Zealand ini dengan berehat-rehat dan makan-makan sementara menunggu esok menjelang. Tepat jam 4 pagi, kami menunggu di lobi. Rupanya driver mat saleh motel ni dah sedia kat sini. Ni lah yang dikatakan "jam mat saleh".....memang tepat pada masa. 

Lepas load barang semua, kamipun bertolak ke Christchurch Airport. Jam 6.30 pagi pesawat berangkat menuju Sydney sekali lagi.

Farewell to New Zealand....... land of thousand memories...Ada umur dan rezeki pasti berjumpa lagi.
Pengembaraan kami di South Island New Zealand ini menempuhi laluan sejauh lebih 1900 km . Laluan yang masih belum cover adalah Arthur Pass/ Fox Glacier dan  Lake Tekapo ke Dunedin, masa terhad jadi simpan kot-kot nak repeat lain kali.....insyaAllah   

Rasanya patutlah aku membuat sedikit kesimpulan tentang trip kali ini. Apa yang dapat aku katakan adventure, hebat, sangat indah dan puas hati.

Aku bagi 7 bintang untuk pengalaman sehebat ini. Insyaallah kalau direzekikan Allah, kami akan ke sini lagi......tapi kalau boleh ingin lebih lama sekurang-kurangnya 3 minggu dan termasuk Pulau Utara sekali.

16 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Boleh tanya on the petrol and food cost x sepanjang di sana. Nak watestimate for our trip. Planning dec 2014 ni ...
Tq.

am said...

Wsalam
Minyak lebih kurang NZD 450 dan makanan lebih kurang NZD 200

Anonymous said...

Salam En Amran,

Total abis semua berapa ye?If nak cover both northern and southern island eloknya 2 minggu ke?

TQ.

Nazmi

am said...

Wsalam. Total dalam 18K.kalau both kena lebih dari 2 minggu rasanya

Anonymous said...

Assalam...
Best betul baca ur percikan kenangan. Teringin nak tour mcm ni. Budget brape for the whole trip ( 4 Pax.
Lagi satu nk tye..senarai makanan utk melepasi imigresen tu nk tulis apa ? Ingredients ke?
TQ..

aisya

am said...

Wsalam. Mcm dah bgtau kat atas total 18k. List tu tulis guna excell food name,cth brahim sambal tumis,category spices ke atau packed food dan juga quantity. Medicine pun mcm tu.

Anonymous said...

Assalam...18k tu utk kos 4 org temasuk tix ker?...termasuk kos di sydney sekali ker bro...

am said...

Yes. Semua sekali but kena make sure air asia dan jetstar tengah ada offer. Rajin rajin intai

soraya.nasir said...
This comment has been removed by a blog administrator.
am said...

Ikut undang2 kena pakai seat belt. Tapi sepanjang kat sana langsung x de polis pun, kereta pun jarang2 ada.boleh je kalau nk kasi budak2 tidur asalkan bawak dlam 80km/jam

Jaya said...

Salam,
Terbaekk blog ni. Saya sekeluarga dah pusing NZ bulan Mac/Jun lepas, 16 hari separuh south island saja...baru jumpa blog yg sangat berinfomasi ni. Sebenarnya ni tengah cari info Swiss terjumpa blog En Amran. BTW wife saya orang Segari.

-Jayasuria Yahaya

am said...

Jaya,
thanks. Waa, 16 hari pusing new zealand mesti seronok dan puas hati...swiss pun mmg sgt cantik. Pasti berbaloi pegi sana.

Hadif Khawarizmi said...

The best blog info sharing ever. Tahniah. Sangat inspiring. Way to go En Am. Gambar2 dalam diari ini sudah menggambarkan keindahan.. saya percaya bila berhadapan sendiri keindahan nya adalah berganda. kan.. Teruskan.

am said...

Thanks. Mmg kalau tengok sendiri NZ ni lebih cantik dari dalam gambar.

Nebuchadneeza said...

Kalau bawa baby dan warga emas..lebih baik naik motorhome atau sewa mpv dan tido motel ke Tuan,?

am said...

Kalau ada baby dan parents, eloklah amik motorhome lebih memudahkan