Sunday, January 12, 2014

Sydney : Day 4

Catatan 30 November 2013

Cuaca pagi ni sungguh baik sekali. Terang benderang. Disebabkan kerja-kerja rennovation di Malaysian Hall, jadi tiada makanan untuk pagi ini.

Aku tanya kat sorang staf mana nak pegi makan, dia bagitau biasanya orang pegi makan kat Taste of Thai di alamat 16, Belmore Road Randwick. Oleh kerana awal lagi maka restoran tu belum bukak, jadi aku beli roti je dulu kat kedai berhampiran dan cadang nak beli lunch kat sini nanti.

Tidak membuang masa kamipun menuju ke kedai idaman kaum wanita iaitu World Kitchen di alamat O'riordan Street, St Alexandria. Kedai peralatan dapur ni memang terkenal dengan jenama Corelle dan Pyrex.

 World Kitchen


Harga pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan dapur kat sini memang jauh lebih murah dari Malaysia. Sejam lebih kami menghabiskan masa kat sini,  dan dapatlah beli serba sedikit  pinggan mangkuk serta peralatan dapur.


Ishhhh sapa pulak pinjam kete aku ni tak bagitau 

Habis tempat ni kami terus ke Restoran Taste of Thai. Restoran ni termasuk senarai restoran yang menjual makanan yang disahkan halal.

Untuk lunch kami dua jenis nasi goreng (tak ingat nama dia) dan mee goreng bungkus sebab cadang nak makan kat Bondi Beach nanti. Tak buang masa terus jalan..




Rupanya Bondi Beach ni dekat je dengan restoran ni. Sekejap dah sampai. Cantik tempat ni. Pantai pun bersih, langit membiru dan angin bertiup segar.

Memang sedap nasi goreng dan mee yang kami beli bungkus tadi. Dengan suasana yang menarik begini rasa lagi best laa makan kat sini.

  







Banyak .......sampai tak terhabis.


Habis Bondi Beach atas permintaan kanak-kanak kami ke tempat jual game pulak di Supa Centa. Anak aku ni tak boleh tahan dia kalau datang oversea mesti dia teringat nak beli game murah kat sini. Memang lebih murah pun berbanding beli kat Malaysia. Layankan aje.


seronok nampak...

Kemudian ada permintaan tambahan dari ibu kanak-kanak pulak nak ke World Kitchen sekali lagi. Nak tambah lagi 1 set katanya. Layankan aje...lagipun pinggan Corell tadi, aku pun rasa berkenan jugak tengok designnya. So pergilah ke tempat yang sama sekali lagi.

Oleh kerana kena pulangkan kereta 6.30 petang jadi ada sedikit masa lagi dan kami pun menuju ke Paddy's Market.

Sebab simpangnya dekat-dekat, walaupun ada GPS entah macam mana aku tersalah masuk lorong sampai melintas Anzac Bridge. Masa nak pusing balik tu terjumpa pula pasar barangan terpakai Rozelle Market. Turun kejap kat sini kot ada apa apa yang menarik......tapi tak adelah nampaknya.

 




Anzac Bridge 

Reset semula GPS dan cari balik Paddy's Market. Jumpa akhirnya, tapi susah nak dapat parking pulak. Pusing punya pusing akhirnya jumpa satu petak kosong. Lega. Akhirnya dapat jugak kami ke tempat yang famous dikalangan pelancong ini.

Sini pun ada Petaling Street




Masa yang tinggal agak terhad, jadi kami segera ke kedai souvenir di sini. Ownernya Cina Malaysia. Tak cukup tu ada sorang Pak Arab boleh cakap Melayu kat kedai ni.....lucu aku dengar Pak Arab ni cakap Melayu.....hehehheh. Maka kamipun belilah souvenir apa yang patut untuk dibawa pulang.

On the way ke airport singgah sekejap kat sebuah taman berhampiran dan menghabiskan baki makanan yang masih tinggal, maklumlah flight 9.30 malam, lambat baru nak boleh order makanan dalam Air Asia nanti.



Sampai airport lepas pulangkan kereta kami terus ke kaunter check in. Seperti dijangka mesti kena adjust lagi sekali hand carry kami maklumlah sudah tambah pinggan mangkuk dan beberapa souvenir lagi. Kali ni mamat India yang jaga kat lugage tu kerek habis. Sampai kena adjust dua kali baru settle. Sama macam mula datang dulu, walaupun aku yakin memang total tak sampai 28kg pun.

Lepas pun agaknya sebab masa kami dok adjust beg tu, aku tengok mamat india tadi bukan main gedik lagi bergurau-senda dengan sekumpulan penumpang perempuan bangsa India. Agaknya sebab syok lebih......dia pun bagi kami lepas ......begitulah kuatnya kuasa "kuch kuch hota hai".......hahhahaha.
  
9.30 malam flight pun berlepas ke Malaysia. Dengan ini berakhirlah percutian kami untuk tahun 2013. Makanan kali ni rendang ayam dan nasi putih. Tak sedap pun.....lapar punya pasal.......balun.

Kami tiba di LCCT pukul 4.30 pagi. Lepas makan kat Marry Brown (mee kari dia memang wowww), terus call adik aku Aziz datang pick up kami.

Segala puji bagi Mu ya Allah yang telah memberikan kami keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik ini.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,

Seronoknya baca cerita yoep dari awal sampai akhir. Dah khatam jugak kembara UK yoep .

Kak liza

am said...

Tq rajin baca blog sy yg tak seberapa ni

Farra Da Smiley said...

Best btol baca blog u bro..tgh kumpul ongkos for nz trip thn dpn ni moga allah permudahkan hihi

am said...

Amin. Semoga cepat penuh duit tabung tu

Your Big Day said...

Assalam,

Saya akan ke sydney next feb 2015, nak tanya rata2 berapa kilo utk set corelle tu ya? Saya bercadang untuk beli 3 set corelle bawak balik malaysia. AA hanya allowed 7kg hand carry luggage andai kata saya terlebih 7kg apa yang perlu saya buat?

TQ

am said...

Waalaikummusalam,
Tak pasti beratnya sebab tiap2 set tak sama. Tapi kalau 3 set rasanya lebih dari 7 kilo. Kedai Kitchen World ni boleh tolong packing yang selamat supaya tak pecah kalau nak letakkan pinggan mangkuk ni dalam Lugage, jadi tak perlu bawak dengan hand carry. Atau bawak hand carry 1 set sahaja.