Wednesday, September 30, 2020

Cuti Cuti Malaysia Day 3 : Lexis Hibiscus Port Dickson


2 September

Suasana pagi yang agak sejuk maklumlah tengah malam tadi hujan lebat. Ayuhlah anak anak kita pegi makan. Apapun kenalah book buggy terlebih dahulu, sebab jauh jugak kalau nak berjalan kaki. Kejap aje buggy sampai, kira ok sangatlah servis macam ni.

Best betullah bangun pagi boleh lepak lepak sambil tengok tengok view macam ni

Sarapan dulu... macam macam menu jugakla ada sini

Serius lah pulak gaye aku ni 

Selesai sarapan terus ke kereta. Plan nak pusing pusing area sini aje. Jalan depan sikit jumpa pantai sebelah Tanjung Tuan. Tak salah aku namanya Blue Lagoon. Ada beberapa orang je aku perasan ada sini.

Cantik jugak pantainya, cuma air tengah surut.

Ada banyak angin masa ni... nyaman 


Seterusnya ke Teluk Kemang. Rilek rilek sambil mencari makan tengahari, cadang nak bungkus aje sebab masih kenyang ni. Jumpalah satu kedai asam pedas. Macam special aje gayanya, jadi aku pun belilah siakap dan pari asam pedas.

Panas betul masa sampai sini, sampai tak sempat nak lepak tepi pantai


Kalau air pasang lagi cantik rasanya


Restoran ni memang specialist asam pedas... sebab lauk lain aku tengok tak berapa ada

Tak boleh nak abiskan asam pedas ni sebab rasa dia biasa sangat... banyak pulak tu

Lepas balik tadi langsung tak pergi mana lagi... asyik berkolam-kolam ajelah


Sunset

Sebelah malam depa ajak pergi ke Hibiscus Walk. Layankan aje. Buggy pun sampai awal, masa call dia cakap 1/2 jam, tiba tiba 10 minit dah sampai👍 Terkalut kalutlah pulak sudahnya, hahaha adehh.

Menarik suasana malam di sini. Ni musim PKP, kalau tak mesti jauh lebih meriah. 

Keindahan malam depan hotel 

Fountain yang boleh tukar tukar warna ni menarik sekali

Dia tukar hijau pulak... suka aku tengok ni

Tak lama lagi dua beradik ni nak balik IPTA dah... mmm

Bersama sayang-sayang sekelian










Nasi goreng room service RM30 sebekas. Mahal jugak ya

Selamat malam Lexis... esok dah nak check out.

Sunday, September 27, 2020

Cuti Cuti Malaysia Day 2 : Lexis Hibiscus Port Dickson


1 September 

Untuk dua malam berikutnya aku memilih Port Dickson untuk meneruskan agenda cuti cuti Malaysia ini. Lama dah depa dok intai Lexis ni nak merasa hotel yang ada private pool.

Perjalanan ke PD lancar nampaknya. Alhamdulillah, tak ada traffic jam. Banyak tahun dah tak ke sini sebenarnya. Kali terakhir tahun 2010, masa tu aku kerja di Carigali KL. 

Singgah makan di R&R sekejap sebelum menyambung perjalanan. Tiba di Lexis ni lebih kurang pukul 1 tengahari. Masa check in sepatutnya pukul 3, tapi dibenarkan pukul 2. Kena berbaris menunggu giliran. Ni belum lagi cuti sekolah, memang confirmlah terlebih ramai orang.


Aku ambik Executive Pool Villa. Sesuai dengan namanya Hibiscus, hotel ini diilhamkan berbentuk bunga raya. Bilik ini ikut map dia terletak di bahagian daun. Untuk 2 malam harganya RM1746. Aku syak ada diskaun sikit aje ni. Tidak begitu murah macam hari tu, masa tamat PKPD. 

Masa check in tu aku bagitau yang aku ada request dalam booking form nak bilik no 28 sebab ikut plan view bilik ni agak privacy, tapi bilik tu dah diambil orang. Alhamdulillah rezeki, sebagai ganti Lexis upgrade kami  ke Premium Pool Villa yang terletak di bahagian bunganya tanpa sebarang charge. Agaknya dia bagi aku tu sebab ada banyak bilik kosong masa ni. Dapat  bilik 125 yang lebih luas, nice view dan agak privacy.


Selesai urusan check in, sekejap aje buggy pun sampai. Cuaca memang baik, naik buggy ni pun dah rasa best. Gitulah rasa kalau dah lama tak datang bercuti hehe...


Memang agak mewah chaletnya. Seronok semua orang berendam dalam private pool ni siang malam. Berbaloi-baloilah tempat macam ni enjoy betul rasanya. 

Dua extra large double bed



Movie pun ada macam-macam 

Lama dah tak pegi hotel yang ada nama aku macamni



 Gift

Kerusi tak cukup, mohon Lexis tambah lagi dua


Air lautnya takdelah jernih... nak crystal clear kenalah pi Maldives😅


Untuk makan malam kami ke pekan, maklumlah Lexis ni agak terkebelakang tak nampak pun ada tempat makan area ni. Singgah di satu restoran. Sederhana aje rasa dia. Kena RM104.


Fish and chips ni homemade

Balik Lexis anak-anak aku mandi lagi, seronok tengok depa enjoy betul mandi manda sebelum tidur, hujan lebat pulak tu tengah malam. Lagilah sedap tidur hehehe.

Thursday, September 24, 2020

Cuti Cuti Malaysia Day 1 : Semalam di Kuala Lumpur

31 August 

Seharusnya kalau ikutkan plan asal ada ler  niat nak ke oversea bulan Ogos ni. Last pergi Japan awal tahun Februari 2019... lama benor dah tu. Namun manusia hanya mampu merancang. Covid 19 pun belum reda sepenuhnya. 

Sempena cuti hari kebangsaan ni cantik jugak kalau cuti ni disambung untuk cuti-cuti Malaysia. Untuk hari pertama ni kita bermalam dulu di KL. 

Lancar aje perjalanan hari ini sebab bertolak awal pagi, orang pun dok sambung tido agaknya sempena cuti merdeka. Singgah makan pagi dulu kat Pasar Tani Lekir sekali lagi. Ni dah kali ke 3 makan kat sini. Macam merosot aje tempat ni dengan pilihan makanannya yang makin susut, nampaknya kena cari tempat lainlah lepas ni.

Sampai KL terus depa ajak pi Time Square. Alamak hazab jugak nak dapat parking kat tempat ni, entah berapa kali punya pusing la, baru nak dapat parking. Aku tak le minat shopping centre macam ni, layankan aje anak-anak tu. Bapak misali lah katakan.

Ni nama dia parking keramat. Siksa nak cari kau dek. Nasib baik cepat sikit aje, kalo tak brader depan ni mesti dah sambar dulu

Polis pun pakai Civic dah 

Habis Time Square terus ke penginapan pertama kali ni iaitu Saba Suite at Platinum KL. Ratenya RM152 semalam. Ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Agak murah untuk suite ini aku rasa. Maklumlah musim Covid macam ni.

 Kampung Baru dari apartment. Patutlah ada aje politician berusaha keras nak jual tanah Kampung Baru ni. Tak tahan depa tengok kampung yang tersepit dicelah-celah pembangunan pesat macam ni



Master bedroom dan bilik air utamanya agak luas


Lawa pulak peti ais putih ni



Check in pun mudah aje. Memang selesa dan rasa mewah betullah tempat ni. Depa search Platinum KLCC ni harga rumah dia 1.5M, patutlah. Ada pool kat rooftop, tapi tak sempatlah nak menjenguk masa suntuk dan masa penggunaannya terhad sempena Covid.

Rooftop Infinity pool. Gambar google

Sebelah malam kami pergi makan di kedai Monster Kampung Baru. Berdekatan dengan apartment ni aje. Ikutkan review dari google 4/5 tapi bagi aku biasa sangat rasa makanannya.

View Platinum Suite dari kedai makan

Geram aku tengok rambut budak ni. Dah panjang benor. Takpe kasi chance sempena PKP, sebelum masuk U kena potong le

Lepas makan malam tak pi mana-mana lagi ,semua dah letih. Esok nak sambung perjalanan lagi.