Tuesday, July 31, 2012

Paris : Day 3

Eiffel Tower

Catatan 23 May

Setelah 2 hari bermalam di hotel Sejours Disney, kami pun check out untuk ke destinasi seterusnya iaitu kota Paris. Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami bergerak dari stesen Val De Europe sekali lagi menuju ke Gare De Lyon, kemudian menukar train dan kali ini turun pulak di Station Dupleix.
 
 Keretapi 2 tingkat ke Gare De Lyon

Di Paris ini aku tak ambik apartment, tetapi memilih menginap di Hotel Arley Tour Eiffel.

 Bilik di Paris... 1 queen, 1 single dan 1 sofa bed

Lepas puas berehat, sebelah petangnya kami pun bergerak menuju ke Main Attraction utama Paris ni.... semestinya Eiffel Tower. Sebab tak berapa jauh, kami berjalan kaki saja. 

Dalam perjalanan tu kami sempat beli key chain dari Mat Pakistan kat sini. Beli kat depa ni lebih murah dari beli kat kedai souviner sekitar tower.... maklumlah depa beroperasi secara solo.

Ini kali kedua aku ke Eiffel Tower ni. Kali pertama pada tahun 2001. Aku ingat lagi masa tu menginap di sebuah hotel di Grand Boulevard. Masa tu mana ada kamera digital.... gambar pun gelap aje.  







 Kenangan bersamamu di Eiffel Tower



Beratur untuk naik lift ke atas Tower




 River Cruising


Kalau ikut aku bila suasana makin senja terus nak ajak depa balik hotel aje. Mujurlah Nora bagitau kalau malam depa bukak lampu kat tower ni lagi meriah. Lagipun solat boleh jamak takhir. Memang betullah, start aje dia bukak lampu orang ramai pun berbunyi.... wow!! tanda kekaguman.


 
Tower ni nampak menarik bila lampu dari pelbagai sudut dipasangkan. Tak lama lepas tu dia bukak pulak lampu yang jenis berkelip kelip.... bertambah cantiklah jadinya. Patutlah ramai aje menunggu kat sini walaupun dah malam.   



Bila dia dah tutup lampu berkelip tu kami pun bergerak ke hotel. Dalam perjalanan balik ada lagi mat negro pulak nak jual key chain sampai tak mau beli pun nak jual jugak... nak berjalan pun tak selesa, kena kacau aje.

Kesian jugak tengok depa ni... kena kejar dengan polis lari bertempiaran. Kesian punya pasal beli lagi la beberapa Euro key chain.  


Kombinasi lampu yang bergemerlapan dan langit yang kebiruan menjadikan suasana sangat menarik pada waktu malam di sini

Friday, July 20, 2012

Paris : Day 1 & 2

Disneyland

Catatan 21 dan 22 May 2012

Pagi-pagi lagi lepas check out dari hotel Ala Gare kamipun bertolak dari Gare Lausanne menuju Gare de Lyon, Paris. Masa dalam train ini lah aku dapat call dari member UKM, Zuki yang memaklumkan rakan sekuliah Chemical Engineering dahulu, Nordian telah meninggal dunia secara mengejut. 

 إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Terkejut dan sedih jugak aku sebab Nordian ni memang sangat baik orangnya dan selalu bergurau dulu-dulu juga masa dok berborak-borak di facebook baru-baru ini. Macam-macam kenangan dengan dia ni termasuk masa dok buat tutorial dan assignment....semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Pukul 12 lebih baru sampai. Memandangkan rancangan berikutnya adalah Disneyland Paris, maka kami terus mencari keretapi ke sana. Letih jugak mencari platform yang betul sebab sistem keretapi di sini kurang user friendly. Troli pun susah nak jumpa dan lif pulak jarang jarang ada. Sistem keretapi di Swiss jauh lebih baik dan cekap dari ini.

Macamanapun dapat jugak naik keretapi menuju ke Disney dan kami turun di perhentian Val De Europe one stop dari Parc Disneyland. Best jugak hotel Séjours and Affaires Serris Rive Gauche yang aku tempah ni sebab memang betul-betul selesa dan lengkap dengan perkakasan memasak. Lagi best sebab harganya jauh lebih murah dari hotel di kota Paris atau Swiss.... jimat. 


Hotel Séjours and Affaires Serris Rive Gauche  


 Dua malam tidur sini. 1 katil queen dalam bilik dan 1 katil sofa kat depan 

Untuk dapatkan makanan halal pulak takde masalah sebab segala ayam halal, sayur-sayuran bagai, semuanya boleh dibeli di supermarket yang ada dalam Val De Europe yang berhampiran train station tadi. Apa lagi... mengumpul bekalan untuk masuk ke Disney esok pagi la. 

Val de Europe

Esoknya dalam pukul 9.00 pagi kami pun bergerak ke Disneyland sambil dalam hati berdoa mudah-mudahan hari ni tak hujan macam petang semalam sebab ada sorang driver teksi tu bagitau ramai yang kecewa sebab sepanjang hari hujan dan aktiviti di Disneyland jadi terbantut.

Sampai di Disney kami kena scan beg terlebih dahulu. Nampaknya langsung tak de masalah nak bawak makanan dan minuman masuk sebab tujuan dia scan tu cuma nak check kalau-kalau ada senjata merbahaya ke apa.


 



 Star Tours - terasa macam betul-betul naik space ship


Buzz Lightyear - bebudak ni hairan macam mana aku boleh dapat highest score dalam game tembak-tembak target guna pistol laser ni... aku kan peminat Cowboy kecik-kecik dulu


 Menunggu bot dekat entry Its A Small World

 
 Its a Small World ni sangatlah menarik dan menghiburkan sebab Disney create suasana dan budaya pelbagai bangsa dan negara yang ada di dunia ini. Sambil bot bergerak  slow-slow dapat menikmati  kombinasi lagu, patung-patung yang menari nari dan teknik lampu yang digunakan diadun dengan begitu sempurna sekali



 
 Peter Pan dan Captain Hook




Swiss Family Robinson Tree House - dah balik ke Malaysia baru aku teringat yang rumah pokok ni berdasarkan cerita masa aku kecik-kecik dulu

Inilah harta-harta Jack Sparrow dalam Pirates of Carribean. Masa tengah naik bot kat dalam ni tiba tiba bot terhenti dekat 10 minit. Basah la jugak sikit-sikit terkena air terjunnya. Sabo ajelah......tapi ada sorang mamat France tu marah betul dia sampai macam nak gaduh aje dengan pekerja kat dalam ni

Kat Disney ni aku letak jawatan sebagai pemandu pelancong dan telah melantik budak berdua tu mengambil alih jawatan ni, maklumlah depa ni lagi tau pasal Disney ni dari aku......budak budaklah katakan. Nak tergelak aku dengan Nora tengok perangai depa punya teruja nak masuk permainan yang mana satu dulu sambil dok membelek-belek pamplet panduan yang diambil di enterance sebelum ni.

Sebab masa ada sehari saja, takut tak sempat jadi pilih aje game yang ada tanda "family game". Nasib baik ada jugak indication kategori "scary game" kalau nasib tak baik terkena roller coaster......tak ke naya pokcik dibuatnya. Lagi naya kalau terkena game Tower of Terror sebab adik aku bagitau dia dulu sampai termuntah terkena game ni.....hahahhaha.

Memang rezeki hari tu... walaupun cuaca ada sedikit mendung, tapi tak hujan langsung sampai ke waktu balik.
Thunder Mountain


Phantom Manor... rumah ni kepunyaan hantu













Dalam semua kat sini, Disney 20th Anniversary Parade la yang betul-betul meriah dan happening. Pelbagai watak animasi Disney dapat disaksikan dalam perarakan ini, diiringi alunan muzik dan lagu merdu yang menghiburkan. 

Sebenarnya sebelah malam ada lagi yang lebih meriah iaitu pertunjukkan bunga api, tapi start pukul 10.00 malam... tak kuase teman nak tunggu, udah lewat bebenor.



 The Little Mermaid pun ada



The Lion King ke Madagascar?








Habis tempat ni dah senja, nasib baik sempat lagi jamak zohor dan asar maklumlah maghrib masuk lambat. Kami tidur semalam lagi di hotel yang sama sebelum ke next destination.... Kota Paris yang dah beberapa kali lalu dan singgah sebentar tapi belum sempat melawat lagi.