Saturday, October 30, 2010

Presentation

Kali ni sengaja aku nak masukkan sebahagian dari Presentation yang aku baru buat jumaat lepas. Bukan apa, simpan kat blog akan kekal selama-lamanya dan boleh diaccess bila-bila masa sahaja berbanding simpan dalam PC yang entah tak semena-mena boleh lingkup kena virus. Lagipun bila sampai masa aku dah batuk-batuk nanti boleh tunjuk kat cucu-cucu aku yang atuk depa pernah buat presentation dulu-dulu. 


Alhamdulillah presentation berjalan dengan lancar diikuti perbincangan yang lebih mendalam. Ramai yang menghadiri, dari Procurement, Design, Material Management, IT dsb. Aku harap semua pihak mendapat manfaat dari presentation ini dan syarikat dapat melaksanakan projek besar ini dengan jayanya.

Thursday, October 28, 2010

Outstation - Meeting with Supplier

Royale Bintang Hotel

Manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allah maha berkuasa menentukan segalanya. Semenjak aku dah balik dok Manjung ni makin kerap pulak outstation ke KL.

Tempat menginap masih sama kat Royale. Makan tak jadi masalah..banyak gerai kat belakang ni jadi kalau time aku tak ada pun, pandai-pandai la depa merayau. Sebelah pagi ada orang jual nasi lemak..tengahari pulak ada nasi kandaq baek punya...

On the way, makan dulu kat Lekir

kat BB Plaza - Nabila cukup suka kedai-kedai cenderamata macam ni


Tasik Perdana



Kat restoran jejantas

Aku agak lepas ni mesti lagi kerap aku ke KL. Maklumlah sebab company aku kerja ni baru je dapat LOI untuk bina lagi 6 buah kapal perang. Billion-billion punya projek, bukan Billion supermarket...mesti lagi ganas kena nego. Lagipun projek ni macam gula....banyak semut yang nak menghurungnya.

Aku ingat lagi masa 1st projek dulu. Kerap betul kat KL.....ada sekali tu sampai sebulan berterusan. Masa ni aku, Nora dan Nabila tinggal di rumah Amir adik aku kat Cheras Perdana. Baik sungguh depa.

Kalau dulu tempat menginap biasanya sama ada Maple Suite Jalan Raja Chulan atau Dynasty Hotel. Ada sekali tu aku kena tinggal lama kat Maple suite sampai kena import Nora jadi tukang masak...tempat ni serba lengkap dengan dapur semua. Siap abang aku yang sulung bawak ikan dan sayur-sayur lagi...

Tapi sekarang ni rasanya tak boleh le nak masak-masak lagi......nak kasi terbakar bilik bolehle.

Satu hal pakcik tak tahan bila kena lalu depan Mydin masa nak balik ke Manjung mula le depa mengajak singgah. Suke benor deme dengan Mydin tu.  Apa hensem benor ke si Mydin itu?? Setakat nak beli keronsang...apekeheiii! Sebab aku ni suami dan ayah misali........layan kan aje.

KL Unplanned Trip

Ni le kali pertama aku jejak kaki di Masjid Negara. Luas jugak rupanya masjid negara ni. Landscaping pun boleh tahan. Masa ni ada ramai orang termasuk budak-budak tahfiz ...yang tengah nak mandi pun ada. Ada kursus agaknya.

Lepas masjid negara terus ke KLCC pulak. Sengaja nak mengembalikan memori 4 bulan lepas masa aku kerja kat 8th Floor sana. Kebetulan ada pameran motorsikal grand prix. Ramai jugak peminat-peminat motor ni. Sempat jugaklah Nabila berposing dengan "Agnes Monica", kata dia. Haikal teringin jugak nak bergambar kat situ sebenarnya tapi disebabkan ada awek-awek aje kat atas motor tu semua, terus tak mahu dia.

Kat Masjid Negara di bahagian atas 
Sini pun ada tempat exercise jugak, habislah kurus anak aku





Tuesday, October 19, 2010

Outstation - Cable Manufacturer Visit

Emerald Puteri Hotel Sungai Petani

Outstation lagi. Kalau ikutkan tiap-tiap minggu ada lawatan Vendor Audit. Nasib la boleh filter...Minggu ni Kedah pulak no.... "Mai Cek Mai...Alhamdulillah perjalanan lancar. On the way ke Kedah sempat aku singgah Pengkalan Baru ambik mak mertua dan hantar ke Bagan Serai....
Kalau Kedah ni aku teringin la jugak nak tengok keindahan sawah padi sepanjang perjalanan....tapi rupanya sekarang musim membajak dan menanam aje.....maka tak nampaklah kehijauan tu semua.

Lawatan pertama ke Southern Cable Kuala Ketil. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari Hotel. Sebelum tu check in dulu kat Emerald Puteri Hotel. Lokasinya betul-betul sebelah kiri depan pintu susur keluar Sungai Petani Selatan. Bilik ok, kolam renang atas bumbung pun cantik .....cuma makanan pagi sikit kurang lazat. 
 Saujana mata memandang..jelapang padi


Makan malam aku pegi kat medan selera depan hotel aje. Boleh tahan sedapnya nasi goreng padprik. Haikal pun mau makan. Suka aku tengok sebab anak aku ni bukan senang nak suruh dia makan nasik.


Depa semua makan tengahari di Leboss. Aku pulak di Kuala Ketil


Kolam atas bumbung lebih menarik dari kolam di bawah rupanya
Pasal lawatan pulak, kilang Southern Cable ni memang besar. Semua dia buat kat sini.....cuma bahan mentah aje yang diimportnya. Proses membuat cable ni memang menarik. Besar sungguh Processing Plant nya, sempatlah aku lenguh kaki dan bermandi peluh. Balik dari lawatan tu singgah Bandar Perdana amik depa semua di rumah Suhaida, anak sedara Nora. Besar dan cantik jugak rumah dia ni.

Destinasi seterusnya adalah Alor Setaq......"dengan kepala hang aku putaq". Check in di Grand Crystal sebelah Masjid Zahir...... yang popular tu. Makan malam kat gerai Alia 4 tepi stadium Alor Setar. Sedap betul masakannya.

Selesai makan merayau kejap dekat uptown sebelah stadium tu. Tak ramai orang macam uptown kat KL sana. Lawatan ke sini tak begitu menjadi sebab Vendor yang nak dilawati ni cokia habis. Opis pun rumah kedai aje....macamanalah dia boleh jual barang juta-juta. Kroni???




Sepatutnya aku check in kat Vistana Penang pulak untuk lawatan ke Bayan Lepas, tapi aku dah abis tenaga ........apalagi bertolak pulang laa. Sempat singgah Bukit Merah Laketown atas permintaan kanak-kanak. Layanzzzzz.   

Thursday, October 14, 2010

Outstation - Port Shipyard Visit

Royale Bintang Hotel

Outstation kali ni aku menginap di Royale Bintang. Mewah jugak hotel kepunyaan Boustead Group ni.

Makan malam hari pertama tu terpaksa aku beli Nasi biriyani Pakistan sebab aku tak perasan ada gerai sebelah belakang hotel ni. Aku ingatkan sedap....rupanya hampesss. Dah la ayam campur sekali dengan nasi....masam pulak tu, nasib.

Dalam masa yang sama buat pertama kali sempat pulak aku ke Plaza Low Yatt.....yang merupakan pusat teknologi digital terkini. Macam-macam ada.

Lawatan hari pertama ke Port Shipyard di Kelang. Boleh tahan port ni.....produktif.

 Di Restoran Jejantas





Lawatan hari kedua ke MAN Diesel di Subang Jaya. Tengok presentation ajelah separuh hari. Macam biasa tengahari tu makan lagi.....kali ni betul-betul Hao Liao.....terutama ayam pandan dan udang besarnya. Balun....

Majlis Hari Raya Boustead

Dah lama jugak aku tak merasa jamuan hari raya kat Boustead ni macam tahun tahun yang telah berlalu.  Jamuan ni diadakan pada 16 Syawal yang lepas dan bermula jam 9.00 pagi. Sedap jugak makanan kali ni terutama nasi biryani dan rendang ayam.

Lepas makan aku bawak pusing-pusing keliling yard. Merasa la jugak depa tengok - tengok sekeliling yard termasuk kawasan yang selama ini kawasan larangan bagi orang luar. Dulu depa kecik lagi masa datang sini. Anak-anak aku paling suka dapat masuk office dan bilik tempat kerja aku.






Surau yang bertaraf masjid sekarang ni

Friday, October 8, 2010

Semalam Di Teluk Senangin

2 Oktober 2010

Untuk kesekian kalinya aku ke sini. Chalet Pak Kamal ni memang favourite kami sekeluarga. Kadang-kadang dengan sedara mara, kadang sendiri sendiri  aje.

Kelebihan utamanya sebab chalet ni sangat dekat dengan pantai. Akan tetapi syarat utamanya kena ada banyak angin....baru sejuk sikit pasal takde aircond, cuma kipas angin.



 


Suasana waktu pagi

Kali ni aku bawak ayam, udang dan sotong untuk dibakar. Dekat nak penuh bonet aku siap dengan dapur kecik, kuali, pinggan mangkuk semua aku angkut sekali. Serba lengkaplah katakan.

Aku sampai sini dah lewat petang, sempat lagilah anak anak aku mandi dan kutip siput. Lepas Maghrib aje apa lagi teruslah aku operasi bakar membakar.