Tuesday, December 29, 2009

Makan Makan @ Restoran Cheng Ho


Alkisah semalam kami sekeluarga pergilah makan di restoran ni. Macam biasalah kalau makan kat tempat yang macam terkenal dan selalu masuk paper, mestilah expectation pun tinggi.
Mula- mula melangkah masuk aje terus aku terasa apehal restoran ni macam tak sejuk pun, nak kata sebab ramai orang tak mungkin sebab pelanggan baru ada tiga meja saja. Rupanya air cond yang dipasang tak cukup kuat dan tak cukup capacity. Macam tu punya besar restoran takkan air cond kecik aje yang digunakan?

Tak pelah pujuk hatiku kot-kot nanti sejuk balik... Aku pun orderlah makanan yang aku jangkakan sedap iaitu siakap masak stim, udang butter, ayam lemon dan sup. Ingatkan sedap rasanya. Tapi hampehhh.....tak sedap pun. 

Udangnya memang besar, tapi rasanya tawar dan tak cukup garam, gula. Ayam lemon punya la masam. Rasa ikan pulak biasa-biasa sangat. Ditambahkan lagi dengan makan dalam keadaan yang agak berpeluh-peluh tu.

Kalau macamni jer rasanya,..jangan harap nak pergi dah!!
 

Monday, December 28, 2009

Balik kampung

Jumaat lepas balik Pantai Remis lagi sempena Shida anak pakngah kahwin. Kali ni ikut highway pulak sebab insaf kena jam masa ikut jalan Kuala Selangor raya haji hari tu. Sempat singgah sekejap di Manjung beli pakaian sekolah Haikal. 
Hampir semua sedara mara balik kenduri kali ni. Inilah event yang melibatkan hampir semua saudara mara, malah lebih ramai lagi yang berkumpul berbanding raya puasa. Menu kenduri kali ni kari kerbau, masak merah ayam, masak cuka ikan, acar buah dan bubur kacang.

selamat pengantin baru shida & nizam semoga bahagia dunia akhirat



mak sedara aku single lagi nih


anak sedara paling dumbam setakat ni

Habis kenduri malam Ahad tu sempatla tidur semalam di Pengkalan Baru. Lepastu teruslah bertolak balik.


jaguh basikal negara rosman alwi

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

Hari ini jumaat yang mulia kita menyambut awal muharram. Hari yang penuh bersejarah. Hari di mana 1400 tahun lalu Rasulullah melakarkan sejarah yang tiada tolok bandingnya. Dan hari ini aku sebagai umat islam hanya menikmati hasil perjuangan mereka. Kadang-kadang aku bertanya juga pada diri ini, apa sumbangan aku terhadap islam. Macam takde apa-apa sumbangan pun?? Terasa sangat kecil diri ini, bila terkenangkan hebatnya perjuangan Rasulullah dan para sahabat baginda membangunkan islam.

Apapun aku harap maal hijrah ini dapat dijadikan sebagai titik tolak aku dan keluargaku ke arah kehidupan muslim dan mukmin yang lebih baik. Azamku biarlah kami sekeluarga lebih istiqamah dalam kehidupan beragama, lebih rajin beribadah, lebih banyak bersedekah dan lain lain lagi, insyaAllah.

Untuk negaraku pula, mudah-mudahan engkau serahkanlah pemerintahan negara ini kepada pemimpin-pemimpin yang mentaatimu, yang boleh menjaga kebajikan rakyat jelata dan tidak mementingkan diri sendiri. Itulah yang aku ingin saksikan....

Jika dimurahkan rezeki yang lebih ingin juga aku sekeluarga mengunjungi Makkah dan Madinah, insyaAllah. Bagaimanakah agaknya perasaan bila berada di sana ya, tentu hebatkan....?

Monday, December 14, 2009

Desa Water Park ++ Besday Kakak


Sabtu

Sabtu lalu sekeluarga pergi ke Desa Waterpark. Tak jauh sebenarnya tempat ni tapi nak pergi sana ada sikit pusing-pusing pasal jalan ke sana simpang siur sana sini. Ada sorang pak cik kat petronas yang bagi tau arah, tapi yang kelakar kitaorang termasuk balik jalan yang sama.......lepas tu timbul laa idea nak tanya sekali lagi kat pakcik tu, biar pakcik tu ingat semua ni "deja vu" sebab orang yang sama tanya soalan 2 kali kat dia!!! pakat-pakat gelak kat dalam kereta.

Sampai sana terus cari parking dan masuk. Tiket RM68.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Security kat pintu masuk tak delah ketat sangat. Dia raba-raba beg lebih kurang aje. Maknanya kalau nak bawa makanan banyak-banyak pun boleh.

Ramai jugak orang rupanya kat sini. Sembahyang zohor dan makan dulu supaya lebih mudah. Suraunya agak kecil dan kena amik wuduk kat luar untuk yang perempuan. Makan tengahari terasa amat sedap walaupun lauknya 'ayam masak kunyit' je.

Yang kurang bestnya aku tengok peniaga makanan kat sini nampak macam orang india je.......tapi aku tengok orang melayu beli dan bedal semacam aje.

Abis makan kami pun mandi sakan...Aliran sungainya agak laju, best jugak cuma agak cetek.
Ada satu kejadian tu, nasibla terselamat walaupun nyaris-nyaris beg aku kena amik dengan makcik "A" yang menyangkakan beg kami kepunyaan ahli rombongan cik kiah dia. Nasib baik betul kebetulan masa tu aku memang tengah nak pergi dekat beg tu, sempatla aku bagitau dia......siap ada kunci kereta lagi dalam beg tu...Alhamdulillah.

Keseluruhan datang sini memang berbaloi dan puashati....walaupun ada yang muka jadi merah, ada yang gatal-gatal badan sikit sebab tak tahan. 
 

 
 
Ahad

Hari ni harijadi kakak. Buat upacara yang simple dan beli kek jenis oren-vanilla sebab si comel kesayangan nama Nabila, jadi kek wajib ada 'vanila'....hahhahhaha. 

Haikal pulak gembira sakan sebab game ironman dia baru boleh main di pc sejak pembelian dua minggu yang lalu sebab asyik tersalah download aje....

 Laksa dan ayam goreng

Tuesday, December 8, 2009

Kenangan Indah Masa Kecil

Berkelah di Teluk Akuan

Kampung aku ni boleh dikatakan semuanya saudara mara dan adik beradik belaka. Satu keturunan dari Tok Denah and Tok Budin. So aktiviti berkelah di Teluk Akuan ni adalah aktiviti paling digemari pada masa tu. Memang seronok abis la bila ada pengumuman nak pergi berkelah esok.

Alamat malam susah nak tidurlah punya asyik berbincang pasal rancangan-rancangan nak berkelah tu. Sebelah petang sehari sebelum tu, pakatlah ramai-ramai pergi cari pucuk paku di belakang rumah Long Munah. Kutip pucuk paku selagi ada untuk dimasak di tepi pantai nanti. 

Yang tak syoknya bila masa pagi-pagi nak pergi tu.....mesti ada suara-suara sumbang menakutkan kanak-kanak yang tengah ghairah nak pegi ni. " Ribut ni !!!! tak jadi la ni......, ombak tinggi ni". Sakit hati, tapi apa boleh buat, yang cakap tu semua pangkat bapak saudara belaka.

Kalau nak tau pergi teluk Akuan ni kena naik bot. Sebelum tu kena berjalan kaki ramai-ramai dekat 3 kilometer. Masa tu mana ada kereta ke, motor ke, air dan letrik pun x ada. Jauh tu. Berkelah punya pasal sanggup susah payah.

Sampai kat pelantar ikan, sedia 2 buah boat menunggu. Apalagi, ramai-ramai la naik bot membawa bersama segala bekalan. Aku tengok cina-cina kat pelantar ikan tu.... angkat-angkat mata tengok melayu suka pergi berkelah. Tak lama aje tu..... lepas tu tengok cina pulak yang terikut-ikut melayu suka pergi berkelah. Naik semak pantai teluk Akuan...... yelah cina ni semua kan suka buang sampah ikut suka.

Perjalanan naik bot tu lebih kurang 1/2 jam. Kadang-kadang singgah dulu Pulau Talang atau Pantai Yat. Hushh.... tak dapat nak gambarkan rasa seronoknya perjalanan nak ke Teluk Akuan. Sampai di pantai, ada yang tak sabar terus terjun berenang ke pantai..... punya laa excited. 

Satu yang amat istimewa pasal pantai ni adalah terdapat 2 buah air terjun di kiri dan kanan pantai. Bayangkanlah lepas mandi laut boleh mandi air tawar yang sejuk dan segar. Kaum bapak-bapak pulak lepas sampai ke pantai, terus ke laut pulak melabuhkan pukat. Hasilnya lumayan.... ikan-ikan dan udang yang amat segar untuk di bakar, dibuat kari atau apa saja, dimakan sekali dengan pucuk paku. Alangkah sedapnya makanan pada masa tu.

Punya seronok mandi manda, makan, mandi air terjun, makan lagi.... sampai kulit hitam jelaga pun tak sedar.... hahhahahhaha.

Paling tak seronok adalah panggilan dari Tok Wan Lazim..... penghulu kami masa tu "Jom balik oii.... dah nak ribut ni".... ala frust betul.
Sungguh bahagia bila dikenang-kenangkan zaman itu.

Monday, December 7, 2009

Hujung minggu

Sabtu dan Ahad adalah hari emas bagi aku. Kalau boleh aku nak makan tidur makan tidur pada kedua-dua hari tersebut. Tapi kalau buat macam tu bosan la pulak anak isteri. Asal masuk Jumaat aje mulalah aku plan aktiviti aktiviti yang yang boleh di buat kat KL ni. 

Halangan utama adalah hujan (tak baik le pulak merungut pasal hujan), macam Taiping aje lebih kurang selalu hujan. Aku suka jugak lepak taman KLCC dengan keluarga aku walaupun tu tempat kerja aku. Tengok anak anak mat saleh mandi, macam macam komen boleh dibuat tu pulak bangsa depa ni memangla comel-comel.

Rancangan asal lepas KLCC nak ke menara KL. Bagus punya follow panduan jalanraya, boleh terlepas simpang la pulak. KL ni satu hal yang aku musykil, kalau dah miss simpang tu susah nak patah balik. Apa lagi frust la si Haikal yang teringin nak ke menara walaupun aku dah kempen pergi waterpark lagi best. 

Kena pujuk pulak....tu yang bawak makan pizza sebagai ganti.





masih terharu sebab terlepas pergi menara KL

umpan memujuk hati yang dukalara



*
*
*
*
*

Hari Ahad berikutnya. Pagi-pagi lepas cukup tidur aku tukar bateri kereta kat pekan. Cina kedai tu mintak RM 270 untuk bateri size 70, aku cakap kedai sebelah mintak RM 230. 

Dengan sombongnya cina tu cakap macam tu lu pegi kedai sebelah laaa. Aku plak dengan selambanya ubah sikit kereta ke kedai sebelah. Memang betul cina tu bagi aku RM230 bateri jenis Bosch. 

Padan muka cina sebelah tu, lepastu aku nampak dia pergi tanya kat cina sebelah berapa dia kasi aku.....hahahhhaa.....sombonglah lagi kau sepet oiii. Next kena settle wira laa pulak, dah sebulan lebih kereta tu tak bergerak.

Petangnya aku pusing-pusing wangsa walk yang baru dibuka tu. Dah ramai orang rupanya.

Monday, November 23, 2009

Ke Offshore Lagi

Ahad. Hari yang sepatutnya santai dan penuh sejahtera ni aku terpaksa berada di sini dan terpaksa pula bekerja dalam suasana yang sungguh bosan ini. Datang sini malam sabtu. Bukan penting sangat nak datang sini sekadar nak meramaikan 1st gas punya aktiviti. Membazir masa, wang dan usaha.
Mungkin company aku kerja sekarang ni kaya sangat kot sampai langsung takde cost control. Suka suka hantar orang ke offshore yang belanjanya sangat tinggi. Rugi- rugi.

Tak sabar rasanya aku nak nanti hari Rabu, untk balik ke darat semula.

Tuesday, November 17, 2009

Pesanan Luqman Hakim

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya

Sunday, November 15, 2009

Sekitar Hari Anugerah Cemerlang 2009









Rakan sekelas, Aisyah dapat no 2. Tingginya dia berbanding anak aku.

Ini antara gambar di sekolah baru anak-anak aku. Semester akhir ni kakak belum ada rezeki lagi. Adik dapatla hadiah untuk subjek Matematik. Heran jugak aku, kira dengan jari pun boleh dapat. 

Kami semua pergi bagi sokongan moral. Majlis ni dirasmikan oleh setiausaha politik menteri pelajaran, Syahrin Jamaludin. Macam macam persembahan budak budak sekolah ni buat.

Wednesday, November 11, 2009

1st Time Offshore

Lanjutan dari kena pegi Bosset Training hari tu....maka sampailah masa aku kena pergi ke Offshore. Lepas peluk cium dan babai dengan tersayang sekelian, aku bertolak isnin 12.00 pm ke KL central. Dari situ aku amik ERL terus ke KLIA. Tambangnya RM35, so lain kali kalau nak pergi KLIA, cara termudah pakai ERL ni. Mewah, senyap dan laju. Sampai KLIA terus ke kaunter MAS dan amik tiket. Terlebih awal la pulak. Flight 3.30 baru jalan. Cuak jugak aku naik flight kecik aje ke Kota Bharu.

Sampai terus aku check in kat hotel Golden terminal. Kecik aje bilik.....just nice. Tapi bengang jugak aku pasal airport taxi mintak RM15 sedangkan hotel tu seberang jalan aje (walaupun boleh claim tapi sakit hati). Lepas check in, terus aku makan "nasi ayam paling tak sedap di dunia" kat kedai sebelah hotel tu. Tidur semalam.......tapi jangan tak percaya hotel ni ada HBO dan AXN.

Esoknya pukul 2pm bertolak dengan helicopter ke MDLQ. Heran pulak, naik kapalterbang rasa gayat sikit, tapi helikopter tak rasa apa apa pun. Sampai sana terus di beri taklimat dan makan petang.

MDLQ ni memang lengkap dan agak mewah. Malam boleh tengok TV screen besar, main snooker atau ping pong dan bebas buat apa apa tak ada sapa nak control. Patutlah budak budak muda suka datang offshore ni........tak de boss yang monitor. Yang kureng sikit pasal aku dapat katil atas, jenuh nak memanjat tu.....maklumlah dah lama tinggalkan "asrama putera SMCKK".

Masa aku menulis cerita ni aku sedang berada di atas kapal FSO nun di tengah lautan luas. Letih jugak aktiviti hari ni, tapi aku puas hati sebab semua kerja aku dah selesai dan esok aku boleh balik. Tadi buat inspection serata kapal dari atas dek sampai ke engine room. Sesak napas laa jugak......Lagi satu masa naik ke FSO tadi, crane operator yang angkat aku menggunakan lifting net tu kasar betullah. Sakit hati aku.

Satu hal yang nyata kat offshore ni, makan mewah betul......sampai tak terhabis. Macam makan kat hotel, boleh ambil ikut suka.

Processing Platform

  Platform waktu malam

Tingginya katil aku kena panjat

Atas Bourbon Liberty

Friday, November 6, 2009

Allah Punya Semua Jawapan



KENAPA AKU DIUJI?"

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?"

Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?"

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

"... ..dan janganlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."-Surah Yusuf ayat 12

Thursday, October 15, 2009

BOSSET Training

Ni training wajib sebelum pergi Offshore. Kursus ni kat Kelana Jaya. So aku kena naik train sampai ke hujungnya. Mencabar jugak kursus ni. Mula mula agak mengantuk pasal ada classroom saja. 

Yang paling ngeri masa kursus tu simulation helikopter jatuh dalam kolam. Cuak jugak aku ada ke patut modulenya kena lepaskan diri 7 kaki ke bawah kolam, dengan badan terikat tali pinggang, terjunam ke bawah, hanya dengan bantuan air pocket saja. 

Apapun ini kira pengalaman baru bagi aku.

Friday, October 9, 2009

Terkenang semasa dulu - Hamburg 2001

Hamburg 2001


Duduk saja - saja ni aku terkenangkan peristiwa masa lalu semasa aku ke Hamburg, Germany tahun 2001. Sebenarnya aku ni dihantar oleh company aku menjalani OJT selama 6 bulan mula March sampai Sept 2001. Bersama ke sini  kawan aku  Rosli dan arwah Haji Amin.

Sungguh berat hati nak meninggalkan anak isteri tercinta tapi apakan daya demi sesuap nasi...hahhaahaa..Aku masih ingat lagi flight saja amik masa 22 jam sebab admin company aku beli tiket murah ....sabo ajelah.

Aku ingat lagi route flight tu macam ni : KL-Singapore - Bangkok - Zurich - Frankfurt - Hamburg. Banyaknya Transit. Bila sampai airport badan dah lembik macam sayur. Keluar aje airport Hamburg, suasana putih di mana-mana sebab musim salji belum abis lagi walaupun dah March. Sampai aje kat apartment di Glinde 3 orang kami kena jet lag .....asyik nak tidur aje dekat seminggu lamanya. Nasib baik boss aku tak kisah tak masuk opis seminggu.....lega.

Macam2 kenangan kat sana tu. Sudahlah terpaksa meninggalkan anak isteri, terpaksa pulak bersusah payah di rantau orang.

Photo-photo di bawah ni adalah tempat tempat yang selalu aku lawati bila boring giler tak tau nak buat apa. hari-hari talipon anak isteri dan dengar Nabila menyanyi lagu "air pasang pagi" dan dengar Haikal "Gugu Gaga". (Haikal lahir masa aku di Paris - dia marah kalau sebut pasal tu).


Tempat tinggal aku di Glinde. Sebelahnya ada Lidl Supermarket


Mönckebergstraße ni pulak tempat shopping yang popular kat Hamburg ni......aku selalu santai-santai sambil makan Mc Fish kat sini

Tasik di Jungfransteig tempat lepak utama

Landungsbrucken .....Aku selalu lepak kat tingkat atas tu tengok feri pelancong.....sejuk lagi syahdu

Ni tempat menunggu feri Landungsbrucken untuk ke opis aku di Blohm + Voss tiap-tiap pagi - petang. Kalau lambat alamat kena menapaklah ikut tunnel kat bawah sungai ni.

Hamburg ni yang tak tahan tu musim sejuk yang teramat sejuk. Tetap sejuk walaupun dah spring. Malah ada sekali tu salji turun dalam masa spring.....adeh. Spring seakan-akan sama saje dengan winter, mungkin sebab pengaruh Nord Sea.  Aku tinggal kat apartment di Glinde. Selesa jugak la untuk tidur, rehat dan masak. Satu keistimewaan kat Hamburg ni dia punya kadar phone card memang murah. Ada pelbagai jenis kad seperti Banana, Universe dan Gyanam. Murah punya pasal aku call anak isteri 2 kali sehari, sembang sampai 1/2 jam tiap-tiap kali. 

Antara aktiviti utama geng-geng melayu kat sini adalah  pergi ke Floah Markt iaitu pasar barang-barang terpakai. Dalam pada tu masa nak beli makanan halal cukup mencabar sebab terpaksa berjalan jauh ke Berliner Tor menuju ke supermarket Linden, mengusung beras, ayam dan ikan segala bagai...Yang hebat tentang Hamburg adalah system keretapinya yang serba canggih dan cekap serta sentiasa on time.

Asal cuti aje depa ajak mai floah markt ni, ni aje aktiviti kegemaran Melayu....nangis

Satu lagi perkara yang sangat mencabar adalah sembahyang Jumaat. Masjid yang terdekat cuma di Berliner Tor, tapi masalah utama pergi sembahyang Jumaat bukan dari apartment sebaliknya dari office Blohm + Voss. Memang kebiasaan waktu Jumaat tiada sebarang feri dari Blohm + Voss ke Landungsbrucken.


Linden ni nadi makanan halal kat sini

Dalam kesejukan, maka terpaksalah berjalan kaki beberapa kilometer melalui tunnel bawah sungai Elbe (ada lif besar turun dan naik tunnel, maklumlah tunnel ni dikorek jauh di bawah sungai). Sampai di Landungsbrucken kena naik train pulak untuk ke Berliner Tor. Bila sampai masjid badan dah letih dan mengantuk. Ditambah dengan khutbah dalam bahasa Turki, memang bertambah lentoklah jawabnya. Orang Turki kat masjid ni pulak memang pantang tengok orang tertidur.....mesti dicuit-cuitnya sampai terjaga.......adeh. Sungguh sembahyang Jumaat merupakan perjuangan hebat.


Elbe Tunnel. Tiap-tiap jumaat kena jalan kaki lalu tunnel ni

Kat bawah masjid ada restoran Pakistan yang ada jual nasik dan kari ayam. Untuk 4 Deutch Mark (masa ni belum ada Euro lagi) dapat sepinggan nasi, kari dengan 2 ketul ayam peha besar dan roti.........banyak tu sampai tak abis makan. Gunting rambut pulak ada kat bawah masjid ni pada harga DM 10. Mahal kot berbanding Malaysia.

Maka bila aku boring giler tak tau nak buat apa tempat - tempat favourite aku ialah Tasik Junfransteig dan pelabuhan Landunsbrucken inilah yang aku jadikan tempat menghilangkan boring sambil menghitung hari bila nak balik ke Malaysia.

Lagi satu tempat lepak utama kat Hamburg ni adalah Stadtpark. Naik keretapi sampai ke hujungnya sampailah ke padang dan taman serba hijau ni.

Stadtpark. Selalu aje aku lepak tepi kolam ni sambil terkenangkan anak isteri tercinta dan kampung halaman

Family day untuk warga Malaysia kat Hamburg ni di adakan kat Stadtpark ni lah. Ada makan-makan sate, ketupat, main sepak raga, silat dan lain-lain.  Agaknya itulah hari paling gembira kat Hamburg bagi geng-geng melayu ni termasuk aku. Dalam pada tu aku kagum jugak ada 3 keluarga Melayu yang jadi penganjur yang telah bermaustatin di Hamburg ni iaitu Keluarga Zakaria, Dino dan lagi satu aku tak ingat. Anak-anak dia semua nama melayu......tapi muka mat saleh abis.

Paling sayu tu bila lepak kat Stadtpark ni bila cuaca mendung, angin sejuk bertiup.....syahdunya terkenang kampung halaman. Tapi boleh kata kerap betul geng-geng melayu sini datang kat taman ni. Apa nak buat, itu ajelah hiburan yang ada. Takkan aku nak pergi Repherbahn pulak.....tu kan tempat segala maksiat.

Macamanapun ada jugak hikmah yang dapat ku kutip semasa di rantauan ni iaitu daripada seorang yang langsung tak tahu memasak aku kini tahu memasak serba sedikit. Setakat nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, ayam masak kuning, ayam masak kicap, sweet and sour, masak lada semua tu memang lepas le. 

Semua ni berlaku sebab aku dah tak mampu nak makan kentang goreng 'pomes' atau nasi lemak/nasi goreng yang dijual oleh seorang member opis tu nama dia Mokhtar , mula-mula memang sedap jugaklah...........tapi kalau hari-hari makan benda yang sama mana boleh tahan 😭.

Hari paling gembira adalah hari kepulangan aku pada 12 September 2001. Kali ni kami berkeras nak balik dengan MAS dan tak mahu peristiwa route macam dulu berulang lagi. Flight ni transit kat Rome, Italy sempatlah jugak aku beli crystalball "I love Roma". Malangnya crystalball tu dah bocor, dan cecair dalamnya abis keluar.

Dan bila kapalterbang mencecah airport KLIA itulah saat paling bahagia. Dalam pada tu aku suspen jugak sebab driver yang ditugaskan menjemput aku asyik nak terlelap aje dalam perjalanan KLIA-Manjung. Dia cakap dia bertolak dari rumah pukul 4.00 pagi, tu yang mengantuk.....sampai nyaris-nyaris eksiden. Dah ler orang tengah rindu anak isteri .......sampai aku pulak offer diri nak bawak kereta sebab aku tengok dia dah teruk sangat nih !!!

Macamanapun Alhamdulillah selamat. Sampai di rumah aku dapati Nora demam, dan aku memeluk penuh kerinduan mereka yang telah lama aku tinggalkan. Nabila malu-malu dan sampai tak berapa kenal aku dan Haikal kelihatan debab di dalam buaian.

Sejak hari itu aku berazam kalau aku keluar negeri lagi, maka aku sanggup bergolok-gadai demi membawa seluruh ahli keluarga aku bersama-sama. Kata orang susah senang biar bersama.


Denmark
Masa aku kat Hamburg ni aku di jemput pergi Helsingor Denmark ni pulak atas undangan software provider MARS. Pergi dengan menumpang kereta sorang mat salleh, lagi sorang Loh Chean Leap (masa ni dia ada kat KHL). Hebat pemandangan sepanjang-panjang perjalanan ke Denmark ni.

Jambatan dia nampak hebat dan memang indah betul. Memang luarbiasa, sebab jambatan tu bersambung dengan pulau-pulau, dan ada laluan keretapi yang tenggelam- timbul? kejap nampak....lepas tu hilang.

Kat Denmark tinggal di hotel Marienlyst. Tapi..harap hotel aje la mewah, kesudahannya aku makan maggi aje sebab makan malam tak disediakan. Maggi tu pulak direndam dengan air panas dari water heater kat dalam tub mandi......adus.  Tapi malam berikutnya makan memang best sebab aku dapat makanan special untuk muslim. Sedap betul makanan dia. Pemandangan kat belakang hotel pun hebat, boleh nampak negara sweden nun di seberang sana........tapi tak mampu nak lepak lama kat luar sebab sejuk sangat nih !!.

Siangnya ada presentation oleh Software Provider MARS lepas tu lawatan ke Simulation Center. Huh memang real simulation kapal yang dia buat tu, sebijik macam kat bridge kapal. Satu perkara yang aku kesal, aku langsung tak beli sebarang sourviner dari tempat ni.


Jambatan Germany - Denmark


Hotel Marienlyst
Photo ni sempena MARS Conference di  Hotel Marienlyst 


Paris
Masa ni jugak sempat aku ke Paris pada 13 April 2001 dengan 2 orang member serumah, Rosli dengan arwah Haji Amin. Pergi naik bas Euro Tour dekat stesen Junfrangsteig. Kerek betullah driver bas bangsa Hitler ni. Aku nak bawak beg kat dalam bas pun dia tak bagi disuruhnya letak kat tempat simpan beg. Apapun bas ni memang selesa. Tandas kat bawah jenis kapalterbang punya standard. Perjalanan memang lama sekali, sampai 12 jam baru sampai. Sakit bontot aku.

Sampai di Paris kami naik tren ke grand boullevard dan check in kat sebuah hotel. Ikut undang undang tak boleh 3 orang satu bilik, tapi ayat punya ayat di benarkan jugak. Letih giler, lepas makan tu terus tertidur.

Esoknya pagi pagi aku call rumah. Aku dimaklumkan oleh ibu mertuaku bahawa isteri ku sayang Nora telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ditanya nak bagi nama apa, terus aku jawab Arif Haikal nama yang telah aku prepare dari awal. Alahai rindunya kat depa anak beranak di Manjung.

Antara tempat yang kami lawat adalah Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Musee Louvre dan beberapa tempat lain lagi. Eiffel Tower ni memang hebat..sesuailah di namakan antara 7 benda ajaib dalam dunia. Terasa kehebatannya bila ada di depan menara tu. Abis Eiffel Tower kami ke Arc De Triomphe dan seterusnya Musee Louvre. Selain itu, silap punya pasal kami ikut aje pamplet  melawat gereja atas bukit - penat giler naik bukit, sekitar paris dan lain-lain. 

Macam mana pun pada keseluruhannya lawatan ini amat menarik sekali.

Photo aku kat sana cuma ada hard copy, ni zaman dolu-dolu punya teknologi😅

 Depan Eiffel Tower dan Arc de Triompahe

Gambar Hiasan - copy dari lawatan kali kedua 2012. kali ni dah ada camera digital

Saturday, October 3, 2009

Pindah Kerja Pindah Rumah



Dah masuk sebulan lebih aku pindah ke sini (masuk rumah 23 August 09). Idea asal kalau boleh nak tinggal di Manjung sampai bila -bila.

Tapi benarlah manusia hanya mampu merancang sedangkan Allah yang menentukan. Bila sampai masa yang ditetapkan, perancanganNya pasti akan mengatasi perancangan kita sebagai makhluk.

Rumah yang aku sewa ni dekat dengan kemudahan untuk pergi balik kerja. Kami nak elak dari menyewa rumah dua tingkat macam dulu, tak larat naik turun tangga.

Kelebihan rumah ni ialah jaraknya dekat sekali dengan sekolah kebangsaan dan agama dua beradik ni...Apapun yang paling best aku cuti setiap hari Sabtu dan Ahad. Satu kelebihan berbanding kerja di Manjung.