Tuesday, December 8, 2009

Kenangan Indah Masa Kecil

Berkelah di Teluk Akuan

Kampung aku ni boleh dikatakan semuanya saudara mara dan adik beradik belaka. Satu keturunan dari Tok Denah and Tok Budin. So aktiviti berkelah di Teluk Akuan ni adalah aktiviti paling digemari pada masa tu. Memang seronok abis la bila ada pengumuman nak pergi berkelah esok.

Alamat malam susah nak tidurlah punya asyik berbincang pasal rancangan-rancangan nak berkelah tu. Sebelah petang sehari sebelum tu, pakatlah ramai-ramai pergi cari pucuk paku di belakang rumah Long Munah. Kutip pucuk paku selagi ada untuk dimasak di tepi pantai nanti. 

Yang tak syoknya bila masa pagi-pagi nak pergi tu.....mesti ada suara-suara sumbang menakutkan kanak-kanak yang tengah ghairah nak pegi ni. " Ribut ni !!!! tak jadi la ni......, ombak tinggi ni". Sakit hati, tapi apa boleh buat, yang cakap tu semua pangkat bapak saudara belaka.

Kalau nak tau pergi teluk Akuan ni kena naik bot. Sebelum tu kena berjalan kaki ramai-ramai dekat 3 kilometer. Masa tu mana ada kereta ke, motor ke, air dan letrik pun x ada. Jauh tu. Berkelah punya pasal sanggup susah payah.

Sampai kat pelantar ikan, sedia 2 buah boat menunggu. Apalagi, ramai-ramai la naik bot membawa bersama segala bekalan. Aku tengok cina-cina kat pelantar ikan tu.... angkat-angkat mata tengok melayu suka pergi berkelah. Tak lama aje tu..... lepas tu tengok cina pulak yang terikut-ikut melayu suka pergi berkelah. Naik semak pantai teluk Akuan...... yelah cina ni semua kan suka buang sampah ikut suka.

Perjalanan naik bot tu lebih kurang 1/2 jam. Kadang-kadang singgah dulu Pulau Talang atau Pantai Yat. Hushh.... tak dapat nak gambarkan rasa seronoknya perjalanan nak ke Teluk Akuan. Sampai di pantai, ada yang tak sabar terus terjun berenang ke pantai..... punya laa excited. 

Satu yang amat istimewa pasal pantai ni adalah terdapat 2 buah air terjun di kiri dan kanan pantai. Bayangkanlah lepas mandi laut boleh mandi air tawar yang sejuk dan segar. Kaum bapak-bapak pulak lepas sampai ke pantai, terus ke laut pulak melabuhkan pukat. Hasilnya lumayan.... ikan-ikan dan udang yang amat segar untuk di bakar, dibuat kari atau apa saja, dimakan sekali dengan pucuk paku. Alangkah sedapnya makanan pada masa tu.

Punya seronok mandi manda, makan, mandi air terjun, makan lagi.... sampai kulit hitam jelaga pun tak sedar.... hahhahahhaha.

Paling tak seronok adalah panggilan dari Tok Wan Lazim..... penghulu kami masa tu "Jom balik oii.... dah nak ribut ni".... ala frust betul.
Sungguh bahagia bila dikenang-kenangkan zaman itu.