Wednesday, December 29, 2010

Makan Kenduri @ Kuala Kangsar

Akhirnya sampai jugak jodoh member aku Azizi ni...pada usia 43 Tahun. Tahniah le. Maka sabtu lepas aku pun ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar untuk menghadiri kenduri member aku ni. Lama benor rasenya teman tak ke kuale. Udah lebih 5 tahun agaknye. Lewat jugak aku bertolak...pukul 12 lebih. Konvoi dengan keluarga Asri member aku kat Kencana HL.

Terasa jauh la pulak Kuala Kangsar ni. Tak susah nak cari rumah kenduri ni sebab sini tempat lepak aku masa zaman persekolahan dulu. Mana taknya dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku di sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar. Habis dah seluruh pelusuk bandar diraja ini telah aku jelajahi.

 Kenduri ni siap ada cendol dan laksa kuala lagi...


Selesai makan kenduri aku pusing pusing bandar KK. Singgah lepak kat tepi sungai sambil mengimbau kembali kenangan dulu dulu dan cerita sikit sikit kat budak budak ni  tentang asal usul tempat ni..subjek sejarah le pulak..


Ni Sungai Perak, seberang sana pulak Sayung...dulu dulu selalu ada lumba perahu, sekolah aku Clifford dengan MCKK. Selalunya sekolah akulah menang, budak MCKK ni anak anak orang kaya...mana larat nak kayuh perahu. Sini jugak kalau harijadi Sultan Perak selalulah ada pertandingan perahu berhias, konsert Battle Of The Band dan fun fair. Sanggup budak budak Clifford curi curi keluar sebab nak tengok konsert. Kalau kena tangkap dengan cikgu memang nahas le jawabnya.


Yang jauh warna putih tu Jambatan ke Sayung...dulu sebelum ada jambatan ni orang yang nak ke Sayung semua kena naik bot. Selalu jugaklah aku dengar ada orang mati lemas kat sini. Kebanyakkannya dikatakan lemas di "Lubuk Mak Anjing" yang kononnya berpuaka. Baru baru ni abang kepada kawan aku ada mati lemas kat sini. Mayatnya beberapa hari baru ditemui. Innalillah.


Satu lagi yang famous kat KK ni mestilah laksa kuale. Dulu dulu gerai je tapi sekarang dah bina medan selera yang lebih teratur sebelah jambatan sungai Kangsar. Adalah menurut sejarah dulu secara ringkasnya asal usul nama Kuala Kangsar ialah "Kuala kurang Sa" yakni 99 anak sungai yang mengalir dari hulu Perak hingga ke muara sungai menuju ke laut .Tidak cukup satu untuk genap jadikan yang ke seratus. Maka di panggil "Kuala kurang Sa" hingga menjadi Kuala Kangsar. Tapi ada pula versi lain yang mengatakan namanya di ambil dari pokok kangsar. Wallahualam..


Ini pulak jam besar kat KK. Dulu dulu masa kat asrama Clifford kalau sapa sapa bertengkar dan orang tu tak mau mengalah, kita kata la kat dia...'ye lah kau menang, kau ambik le jam besor...' 


On the way balik sempat aku singgah kat Lata Ulu Kenas. Depa semua tak pernah sampai sini lagi. Tapi menyesal le pulak tak bawa pakaian mandi. Cuaca elok dan air pun nampak jernih. Nak lepas gian basuh kepala dengan kaki je lah...




Ada lagi....tak berakhir kat sini. Dekat nak sampai singgah pulak 'kedai terbakar' kat Ayer Tawar. Beli kain lagi untuk buat cadar pulak...

Teluk Senangin

25 Disember 2010

Baru baru ni aku pergi lagi bermalam kat Teluk Senangin. Bila aku kata je nak 'check in' kat chalet ni, budak budak ni gelak sebab sewanya cuma RM30 semalam dan chaletnya ala ala kampung aje bukannya macam hotel.

Pagi pagi lepak tepi laut sambil makan laksami udang besor syahdu habis






Adapun tersangatlah nikmat tatkala aktiviti membakar sotong, ayam dan udang tika seusai maghrib dilakukan. 

Saturday, December 18, 2010

Outstation - Valve Fabricator Visit

Pearl View Hotel Seberang Prai

Outstation kali ni kat Penang. Ada sebuah company valve fabricator yang nak dikunjungi. Aku check in kat Pearl View Hotel Seberang Perai. Musykil jugak aku dengan hotel ni, belum pernah aku jumpa satu hotel yang tempat parkingnya kat level 6. Sikit punya tinggi ke tu....sampai pening la pulak sebab laluannya jenis bulatan dan kena naik secara pusing-pusing untuk sampai ke atas. 

Dalam pada tu sempat jugak masuk ke pulau melalui jambatan. Dengan semangat aku sekeluarga pun menuju ke Bukit Bendera. Kisahnya Bukit Bendera ni dah banyak kali datang sini..termasuk masa bujang dulu...tapi tak pernah dapat naik pun. Masalahnya sama je iaitu tak sanggup beratur menunggu train sebab ramai sangat orang, lagi-lagi musim cuti sekolah. Rupanya kali ni gagal lagi.....tutup pulak dah sebab tempat ni under renovation. Frust betullah....

Sebagai option kedua aku pun menuju ke Kebun Bunga.....lagipun ada ternampak poster pesta bunga sedang berlangsung di sana. Ramainya orang....sampai nak parking pun siksa. Rezeki....tiba tiba je dapat parking ngam-ngam depan pintu surau. Apalagi berjalan masuk ler ke pameran ni.





Masa kat sini jugak baru dapat tau yang kalau nak ke ke Bukit Bendera boleh sewa jeep naik sampai atas  kat hujung sana. Rupanya walaupun train under renovation masih boleh ke atas dengan jeep. Apalagi.....alang-alang dah frust tadi, amik jugak jeep ni walaupun sewanya RM60. Apa nak buat sebab nak merasa sekali, tak boleh la nak berkira. 

Tinggi jugak Bukit Bendera ni.....makin ke atas makin sejuk rasanya. Sampai kat atas suasana memang nyaman dan pemandangan yang menarik. Tempat ni lengkap pulak degan gerai makan, restoran, balai polis, pejabat pos semua. 

Satu hal yang ghaplah...Haikal pulak macam nak demam dan semakin tak larat sampai kena dukung pulak dah. Lama jugak aku habiskan masa kat sini. Kalau anak aku sihat nak jugak sambung pegi lepak kat Padang Kota....takde la jawabnya.


View dari atas Bukit Bendera...boleh nampak jambatan




Bahagian atas ni ada masjid 

Boleh dia panggil aku ni jeep masa aku tengah tercungap dukung dia, tu pulak lagi best dia kata dari jeep sebenar yang dia baru lepas naik tadi

Gigih....Jeep gantian untuk Haikal..yang ni lagi best dia kata sebab boleh panjat tangga

Makan tengahari depa

Demam

View dari Pearl View 


Lepas checkout esoknya terus balik...tapi bila sampai je kawasan Bukit Merah tiba tiba Haikal ajak menyinggah nak main game kat situ. Padahal tengah demam. Heran aku dia terus jadi kuat serta merta. Habis main masuk kereta demam pun datang le balik, ini macam pun ada ka...

Tentang lawatan kerja pulak aku puas hati sebab company ni memang berpotensi untuk jadi supplier.

Friday, December 17, 2010

Nur Nabila's Birthday

13 December. Harilahir Nur Nabila yang ke 12. Dah makin besar anak dara aku...tapi dimata aku ni aku rasa macam dia masih lagi seorang budak...tahun depan dah nak masuk tingkatan satu Sekolah Menengah. 

Aku tak cadang nak hantar dia ke asrama mana mana buat masa sekarang dan dia sendiri pun tak tunjuk minat nak pergi. Tapi lepas form 3 nanti kalau kalau dia minat bolehlah hantar. Lagi satu kalau dia ke asrama alamatnya tinggallah Haikal seorang.







Besday dia kali ni ada sikit malang le pulak. Mula mula kereta yang Nora nak gunakan untuk beli hadiah dan persiapan besday dia buat hal (battery kong).....so tertangguh sampai petang sebab rancangan asal nak masak masak sikit untuk dia ni. 

Balik kerja petang tu baru aku pegi beli kek. Lagi sekali kesian.....kek dia terjatuh pulak dah....Sampai rumah try la repair sikit sikit mana yang mampu. Apapun tetap aku teruskan macam biasa. Order pizza, lasagna, crispy chicken, kebab.....semuanya lebih  sikit. Kegembiraan sambutan ini tetap dirasai. 

Ayah berdoa semoga anak ayah ni menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Sunday, December 12, 2010

Wayang Kita - Narnia Voyage of The Dawn Treader

Semalam pergi tengok wayang lagi kat Big Cinema Sitiawan - midnight show. Cerita Narnia. Ramai jugak orang yang tengok cerita ni. Full house laa. Member aku pun ada datang jugak dengan family dia.

Menarik laa cerita kali ni. Mula-mula aku ingat biasa aje. Tapi rupanya lagi best dari Narnia 1 dan 2. Aku bagi 5 bintang ler untuk cerita ni. Aku ni memang le minat cerita adventure macam ni sejak dari kecik dulu. Nabila dan Haikal pun suka cerita macam ni. Tiket pulak aku dah booking siap siap online.  


  

Tapi ada 2 hal yang kureng sikit ler. Pertama ada satu pasangan kat depan aku jenis duduk tegak terpacak, sampai terlindung pemandangan...padahal panggung ni dah design style menurun. Dah le tengkuk panjang.....keturunan zirafah apa? Nasib baiklaa depan anak anak aku takde orang macam depa tu. Kedua panggung ni sejuk betul ler.....macam dalam peti ais aje aku rasa. Nasib baik pakai jaket..tapi itupun masih lagi terasa sejuk sikit sikit. Aku pilih tempat belakang sekali. 

Lagi satu pemandangan dalam cerita ni memang menarik. Penggambaran kat New Zealand dan pemandangan yang hebat tu buat aku lagi teringin nak melancong ke sana. Kalau ada rezeki apa salahnya.....jadi...!!

Bacalah Olehmu

Alkisah Nabila punyalah seronok dapat hadiah sempena UPSR tempoh hari. Sebab dia ni minat membaca novel, baru baru ni aku pun bawak le dia ke kedai buku Pustaka An Nur. Ada macam-macam novel kat sini, maka seronok la dia pilih novel dan buku kegemaran untuk dibaca sempena cuti sekolah ni. Jumlah belian lebih kurang RM90 lebih, dapat diskaun tinggal RM80 aje.... apa lagi pakai duit hadiah dia le. Dapat la kat dia 8 buah. Happy dia.


Aku suka tengok kalau dia ni rajin membaca...tak payah disuruh suruh, tapi itu kalau buku cerita hahaa... buku sekolah kalu kurang berkenan dia.  Aku dulu kecik-kecik pun suka sangat baca novel, komik dan buku cerita. Kalau komik tu yang paling aku suka cerita Si Kaki Tunggal, Pengembaraan Malindo oleh Zoy, komik Saari A.M dan banyak lagilah. 

Dulu kat SK Pengkalan Baru ada satu pasar malam yang ada jugak gerai komik. Situlah tempat aku melepak lepas habis sekolah. Kalau novel pulak aku suka cerita-cerita misteri misalnya 3 penyiasat Alfred Hitchcock, Hardy boys dll. Buku cerita aku paling suka, Monyet Dari Batu - Sun Wukong, Pandawa Lima, Hikayat Seri Rama, Pengembaraan Hang Tuah atau apa-apa yang ada kisah pertarungan dan pengembaraan. 

Sekarang ni aku tengah fikir macam mana nak bagi Haikal suka membaca sebab dia ni suka tengok movie dan main game aje.   

Peristiwa Seminggu Lalu

Ada macam macam peristiwa berlaku baru baru ni. Pertama mak mertua aku masuk Hospital Manjung sebab reading paras gula yang tinggi. Seminggu di sana. Banyak kali jugak kami ( paling banyak tentulah Nora- hari hari pergi) melawat kat sana, sampai cover sport rim kereta aku pun kena kebas kat hospital. Apakehei......dah tak de benda lain nak dicuri?

Baru lepas pulun bihun, pekena pulak roti cicah kari. Masa ni keluarga abang sudin datang sempena mak mertua keluar dari hospital

Rumah aku jadi tempat bertanggak orang yang nak datang melawat. Keluarga Kak Da, Kak Cik, keluarga maklang dari Pahang pun ada datang. Baguih ada tetamu.....murah rezeki, insyaAllah. 

Gambar keluarga Asyraf - Ni masa depa datang rumah kat KL dulu.....

Dalam pada tu, Asyraf member Carigali dan keluarga pun ada datang singgah sempena depa pergi makan kenduri di Pantai Remis. Banyak jugak cerita pasal perubahan kat carigali...termasukla tempat Marzuki yang telah diganti oleh Hamdan. Baguslah macam tu.....makin sempoi la depa kerja kat sana.  

 Masa kat wad 8


Pasal kerja pulak, aku dah pun disahkan jawatan, cuma menunggu surat aje. Harap harap dapatlah increment yang masyuk....kalau ada rezki laa. Minggu depan aku kena pergi visit company kat Penang. Nasik kandaq satu...

Dalam pada tu ada jugak peristiwa yang hati paneh. Aku punyalah syok sebab dapat cek duit refund income tax sebab terlebih potong PCB. RM 1700.....huih best tu. Boleh lah aku bagi kat adik aku sikit cadangnya.... Sekali nama ayah aku depa salah tulis daa. Apa orang kerja kat LHDN tu tak reti nak eja ke......nama pun boleh salah?? Undang undang sekarang salah eja sikit kena reject walaupun nombor IC ada tertulis kat atas cek tu. Jadi terpaksalah tunggu beberapa minggu lagi untuk depa buat cek baru.